"joey... joey...", melcy cuba menyedarkan pemuda itu dengan menggoncang goncangkan bahunya tapi joey masih juga tidak sedarkan dirinya. melcy merasa bimbang apabila dia melihat keadaan joey. "mak cik dah lama ke dia dalam keadaan begini?", soal melcy ingin tahu. "mak cik rasa baru baru ni dia tidak sedarkan diri kot. tadi sempat juga dia bersarapan dengan mak cik di dapur. selepas bersarapan pagi dengan mak cik, dia pun terus masuk ke dalam bilik mandi ni. mak cik tak tahu pula macamana dia jadi begini...", jawap mak cik rita dengan jujur. "mak cik ada kain tak?... tolong ambilkan sehelai kain untuk saya... saya nak ikat lengan kiri joey yang berdarah ni...", melcy bersuara sambil memegang lengan kiri joey yang basah dengan darah itu.
mak cik rita segera mengambil sehelai kain dari dalam bilik tidurnya lalu menyerahkan kain tersebut pada gadis itu. Melcy pun terus mengikat lengan kiri joey yang berdarah dengan kain di tangannya. Tak lama kemudian kedengaran kereta ambulans berhenti betul betul di hadapan rumah tersebut. mak cik rita segera keluar menyambut kedatangan mereka di situ. cepat cepat 2 orang petugas hospital datang lalu mengangkat tubuh joey di atas kayu pengusung di tangan. mereka segera mengangkat tubuh joey masuk ke dalam kereta ambulans itu. melcy dan mak cik rita turut melangkah masuk ke dalam kereta ambulans tersebut. perlahan lahan kereta ambulans itu meluncur pergi meninggalkan tempat tersebut.
Beberapa minit kemudian mereka pun sampai di hospital besar bandar mersik. sebaik saja kereta ambulans itu berhenti hadapan hospital tersebut para petugas hospital itu pun terus mengangkat tubuh joey di dalam pengusung di tangan sambil melangkah masuk ke dalam hospital tersebut. mereka memasukkannya di bilik kecemasan. melcy dan mak cik rita terpaksa menunggu di luar bilik kecemasan tersebut. setelah beberapa minit berlalu pintu kecemasan itu di buka orang dari dalam. kelihatan doktor yang merawat joey sedang melangkah keluar dari bilik kecemasan tersebut. mak cik rita terus bangun dari kerusinya. begitu juga dengan melcy.
"tuan doktor macamana dengan keadaan joey sekarang?", soal mak cik rita ingin tahu. "mak cik ni siapa? ibunya kah?", soal doktor itu ingin tahu. "bukan... saya cuma emak saudaranya dan dia ni kawannya...", kata mak cik rita. "oh... mana ahli keluarganya yang terdekat?", soal doktor tersebut. "er... ibu dan adik adiknya sudah meninggal dunia. cuma bapanya saja yang masih hidup...", terang mak cik rita. "kalau macam tu awak suruh bapa dia datang ke sini secepat mungkin...", kata doktor itu. "saya dah hubungi dia... sebentar lagi dia akan datang ke sini... tuan doktor macamana dengan keadaan joey?", mak cik rita bertanya lagi. "keadaan anak saudara mak cik tu kurang stabil. dia kehilangan banyak darah akibat kecederaan di lengan kirinya itu... saya terpaksa menjahit luka di lengannya tu sebanyak 10 jahitan. Lukanya sangat dalam... anyway, saya nak tanya korang ni... sebenarnya joey ni mangsa dera ke atau apa?... saya tengok badannya penuh dengan kesan parut luka sana sini.... apakah dia pernah di dera sebelum ini?", soal doktor tersebut ingin tahu. "Tidak, tuan doktor.... sebenarnya joey ni penderita self harm or self injuries... ianya sejenis penyakit kejiwaan... bila dia mengalami tekanan dia akan mencederakan dirinya sendiri...", terang melcy perlahan lahan. doktor itu menganggukkannya kepala tanda faham.
"oh begitu... baru saya faham. by the way, bila lagi bapanya datang ke sini?... sebenarnya kami tidak boleh tunggu lama ni sebab joey perlukan darah yang banyak.. kebetulan bekalan darah jenis O sudah habis jadi susah untuk kami mencari penderma darah dalam masa yang singkat ni...", jelas doktor tersebut dengan wajah yang serius. "tuan doktor boleh tak saya menderma darah saya untuk joey?... saya rasa darah saya sama dengan darah joey...", kata melcy. "boleh juga tu. awak ikut jururawat ni pergi ke makmal sana tu untuk memeriksa sample darah awak... jika betul darah awak jenis O, saya akan suruh jururawat mengambil darah awak untuk joey... nurse, tolong bawa cik ni ke makmal sana tu...", kata doktor tersebut pada jururawat yang berdiri di sebelahnya saat itu. "baiklah.... mari ikut saya, cik...", kata jururawat tersebut. dia melangkah pergi dari situ. melcy mengekorinya dari belakang.
*** *** ***
Perlahan lahan joey membuka matanya. dia lihat yang dirinya berada di atas katil. ada beg plastik di penuhi darah merah tergantung kemas di atas tiang penggantung yang ada di situ. ada hos kecil masuk ke dalam tangan kirinya. matanya memerhatikan keadaan di dalam bilik kecil itu. kelihatan melcy sedang tidur di sebelah katilnya. wajah gadis itu di perhatikannya seketika. Gadis tersebut kelihatan comel sekali ketika dia sedang tidur. tiba tiba saja joey terasa ingin melukis wajah melcy yang sedang tidur lena itu. Di saat dia sedang berfikir apa yang perlu dia lakukan, tiba tiba dia lihat ada seorang jururawat sedang melangkah tidak jauh dari situ. dia pun segera memanggil jururawat tersebut. "cik, boleh berikan saya sehelai kertas dan sebatang pensel tak?", soalnya dalam nada suara yang separuh berbisik. "boleh... awak tunggu sekejap, ya...", balas jururawat tersebut.
dia lantas pergi dari situ. Tidak lama kemudian dia muncul dengan membawa sehelai kertas A4 dan pensel 2B di tangannya. Dia menyerahkannya pada joey. "thanks...", ucap joey separuh berbisik. "You are welcome...", balas jururawat itu sambil tersenyum. joey mula melukis wajah melcy dengan penuh teliti. beberapa minit kemudian lukisannya hampir siap. tinggal sedikit saja yang perlu di lukiskannya. tiba tiba pintu bilik wad tersebut di buka orang dari luar. kelihatan encik saul dan mak cik rita melangkah masuk ke dalam bilik wad tersebut. "dup...", kedengaran daun pintu bilik wad itu di tutup dengan kuat oleh encik saul. terkejut melcy dari tidurnya. kebetulan pada waktu yang sama joey sudah pun siap melukis wajah gadis itu.cepat cepat dia menyembunyikan lukisannya itu di bawah bantalnya. "joey, awak sudah sedar ke?", soal melcy sambil menggosok gosok kedua belah matanya. joey hanya menganggukkan kepalanya.
encik saul segera menghampiri anak lelakinya itu. manakala mak cik rita pula berjalan lalu duduk di sebelah melcy. sebaik saja joey melihat bapanya berdiri d situ, dia mula bermasam muka. sedikit pun dia tidak menghiraukan kehadiran bapanya di situ. "joey... maafkan bapa sebab bapa tidak datang masa awak di masukkan ke hospital pagi tadi... kebetulan bapa ada hal yang perlu di selesaikan sebab itulah bapa tidak sempat datang...", terang encik saul cuba berkomunikasi dengan anaknya itu. "bapa tak datang pun saya tak kisah...", balas joey dengan nada suara yang dingin. "joey... kenapa cakap macam tu? bapa awak datang jenguk awak pun awak berkasar bahasa dengannya. tak baik macam tu tau...", tegur mak cik rita. joey terdiam apabila mendengar teguran emak saudaranya itu. "er... siapa gadis ini joey? kekasih awak ke?", soal encik saul sambil menudingkan ibu jarinya ke arah melcy.
joey tidak menjawap soalan bapanya itu. wajahnya semakin masam mencuka. "er.... sebenarnya saya bukan kekasih joey, pak cik... saya cuma kawan biasanya. nama saya melcy ak pugang... kami sama sama belajar di universiti mersik. cuma kami tidak sama jurusan... dia ambik jurusan seni lukis dan seni bina tapi saya ambik jurusan psikologi....", terpaksa pula melcy bersuara memperkenalkan dirinya pada lelaki tersebut. "oooh.... pak cik fikir awak ni kekasih joey tadi.... sorrylah pak cik tersalah sangka pula...", kata encik saul sambil tersengih macam kerang busuk. "oh... itu tidak mengapa pak cik... its ok...", balas melcy sambil tersenyum. "kakak... saya dengar tadi pihak hospital perlukan penderma darah untuk joey... sekarang diorang masih mencari orang untuk dermakan darah lagi tak?.... kalau diorang masih mencari penderma darah tu biar saya seorang saja yang mendermakan darah saya untuk joey...", encik saul bersuara pada mak cik rita kakak kandungnya itu.
"tak apalah.... semuanya sudah di uruskan. buat pengetahuan awak melcylah yang memanggil ambulans untuk membawa joey ke hospital ni semasa dia tidak sedarkan diri pagi tadi... melcy juga yang mendermakan darahnya pada joey... nasib baik darah melcy sama dengan darah joey... kalau tidak tak tahu lagilah...", tutur mak cik rita sambil tersenyum. "eh... betul ke awak mendermakan darah awak pada joey?....", soal encik saul pada melcy. dia macam tidak percaya dengan apa di dengarinya saat itu. "ya betul pak cik...", balas melcy sambil tersenyum. "oh... terima kasihlah sebab awak telah selamatkan nyawa anak pak cik ni... awak seorang gadis yang baik hati....", ucap encik saul sambil menghulurkan tangannya pada gadis tersebut. melcy menyambut huluran tangan lelaki itu. "tak apalah pak cik... its a small matter...", ucap melcy sambil berjabat tangan dengan lelaki tersebut. joey merenung wajah melcy. dia tidak menyangka yang gadis itu sanggup mendermakan darahnya untuk selamatkan nyawanya. sungguh mulia hati melcy. dalam diam joey merasa terhutang budi pada gadis tersebut...
YOU ARE READING
PELIK (PG13)
Novela JuvenilSinopsis:- mengisahkan tentang seorang pemuda yang pendiam dan berkelakuan pelik. dia tidak suka bergaul dengan orang lain. malah dia lebih suka menyendiri. pada suatu hari ada seorang gadis ingin berkawan dengannya tapi dia tidak mahu berkawan deng...