PELIK 16

337 26 1
                                    

"kenapa awak berkasar dengan bapa awak sedangkan bapa awak hanya datang menjenguk awak?..."
"sebab saya tak mahu berjumpa dengannya..."
"kenapa joey?... apakah kerana dia berkahwin lagi maka awak membenci dia?"
"ya... lagi pun dia pernah menyakiti hati saya dengan perkataan yang kesat..."
"jadi sampai bila awak akan membenci dia?...."
"kenapa awak banyak tanya ni ar?"
"saya tanya ni sebab saya ingin tahu sampai bila awak terus terusan membenci bapa awak tu? Pada hal bapa awak selama ini selalu datang menjenguk awak kat hospital ni...."

Joey mengeluh seketika....
"kalau dia selalu datang jenguk saya kat sini pun buat apa? buat sakit hati aje..."
"eh.... awak tak patut cakap macam tu, tau... dia datang menjenguk awak kat sini sebab dia ambil berat tentang diri awak. awak patut bersyukur sebab awak masih ada seorang bapa yang masih sayangkan awak. Tidak macam saya ni, saya langsung tidak ada bapa sejak dari kecil lagi..."

Joey terus memandang wajah melcy sebaik saja dia mendengar perkataan gadis itu.
"maksud awak bapa awak meninggal dunia semasa awak kecil?"
"ya joey... saya di besarkan oleh ibu saya seorang diri. by the way, my real point is awak harus menghormati bapa awak biar pun dia teruk sangat orangnya..."
Melcy memberikan nasihatnya. joey hanya diam membisu.
"joey... kenapa awak diam ni? awak tak suka ke kalau saya membicarakan tentang bapa awak?"
"ya..."
"hm... maaflah sebab saya membicarakan tentang bapa awak. apa apa pun saya harap awak akan dapat membuang perasaan benci itu dari lubuk hati awak.... you know what?... menyimpan perasaan benci terhadap bapa awak sendiri adalah satu perkara yang tidak baik... malahan ianya akan menjejaskan hubungan kekeluargaan yang sedia ada... so, saya berharap hubungan awak dengan bapa awak akan menjadi baik selepas ini..."
Joey hanya diam membisu ketika melcy berbicara padanya. dalam diam dia berfikir panjang tentang apa yang melcy katakan padanya saat itu. Tidak lama kemudian waktu melawat pun habis, melcy segera meminta diri untuk pulang ke rumahnya.

*** *** ***

Keesokan harinya melcy pergi kuliah seperti biasa. selepas habis waktu kuliah dia pun pergi berjumpa dengan profesor mahyudi.
"prof... boleh saya bercakap dengan prof sekejap..."
"ya... ada apa melcy?"
"sebenarnya saya nak bercakap dengan prof tentang kawan saya..."
"kenapa dengan kawan awak, melcy?"
"dia bermasalah sikit..."
"maksud awak?..."
"dia seorang yang suka cederakan diri sendiri apabila dia merasa sedih atau tertekan... saya dapat mengesannya dari kesan parut luka yang ada di atas lengan kirinya tu. baru baru ini dia di masukkan ke hospital kerana dia telah mencederakan lengan kirinya sehingga dia jatuh pengsan lalu terlantar di hospital bandar mersik..."
"eh... teruk tu... siapa nama kawan awak tu?"
"nama dia joey saul... dia pelajar kat universiti ni juga tapi dia ambik jurusan lain..."
"joey saul?... eh... saya pernah dengar nama tu sebelum ni..."

Melcy segera memandang wajah pensyarahnya itu.
"maksud prof?"
"dia pelajar jurusan seni lukis dan seni bina, bukan?"
"ya.... prof kenal dia ke?"
"taklah kenal sangat tapi mr cheng iaitu pnsyarah joey pernah berjumpa dengan saya 3 minggu yang lalu. dia menyuruh saya supaya saya mengajak joey untuk menyertai sesi kaunseling yang saya adakan setiap hujung minggu tu tapi saya tak ada kesempatan untuk berjumpa dengan joey. so macamana keadaannya sekarang?"
"dia dah beransur pulih prof, cuma jiwanya saja yang belum pulih..."
"maksud awak?..."
"maksud saya, dia sering merasa tertekan. setelah ibu dan adik adiknya meninggal dunia, jiwanya tidak tenang. tekanan yang di alaminya semakin parah apabila kekasihnya di rampas oleh kawan baiknya sendiri. lebih teruk lagi bila ibu dan adik adiknya meninggal dunia dalam kebakaran. Bila ibunya meninggal dunia, bapanya pula berkahwin dengan perempuan lain. bertambah stresslah dia. ekoran dari peristiwa itu jiwanya mulai terganggu. tanpa di sedarinya dia telah mencederakan dirinya sendiri..."

Perlahan lahan profesor mahyudi menganggukkan kpalanya,
"oh begitu ceritanya... anyway, macamana pula awak tahu tentang semuanya tu?... joey sendiri ke yang memberitahu awak semuanya tu?"
"Tidak... joey tidak pernah pun memberitahu saya tentang masalah hidupnya tapi lukisannya yang menceritakan segala galanya..."
"maksud awak?"
"dia melukis setiap perkara yang terjadi dalam hidupnya di dalam sebuah buku sketch. buku sketch tersebut hampir sama seperti buku diary peribadinya. cuma bezanya buku sketch tersebut di penuhi dengan lukisan yang nampak 'real'. bila tengok semua lukisan tu ianya tak ubah seperti sebuah buku komik pula tapi bezanya buku sketch itu tidak ada texts atau pun kotak perbualan. yang ada cuma nota kecil di bawah lukisan lukisan tersebut. By the way, saya rasa joey ni jenis orang yang sukar meluahkan masalahnya pada orang lain..."

Profesor mahyudi memandang wajah melcy.
"kenapa awak cakap macam tu pula?"
"sebab setiap kali saya bertanyakan tentang masalah peribadinya dia akan mendiamkan dirinya... pendek kata amat sukar untuk kita mengetahui apa sebenarnya masalahnya tu..."
"oh... mungkin dia merasa tidak selesa kot bila menceritakan masalah peribadinya pada orang lain. apa apa pun cara yang paling baik ialah dengan menyuruhnya melukis apakah masalah peribadinya itu. maklumlah dia kan minat melukis. jadi suruhlah dia melukis apa yang terbuku di lubuk hatinya. manalah tahu dengan cara ini dia dapat meluahkan masalah peribadinya tanpa rasa segam silu..."
"oh begitu... terima kasihlah prof sebab prof dah bagi nasihat pada saya tentang perkara tu tapi saya nak prof buat sesi kaunseling untuk joey bila dia keluar dari hospital tu nanti..."
"hm... baiklah... awak suruh dia berjumpa dengan saya bila dia kembali kuliah kat sini lagi..."
"hm... baiklah prof... saya pergi dulu... bye..."
"bye..."
Melcy pun segera beredar dari situ. dalam diam dia bertekad hendak menyuruh joey melukis apa yang di fikirkannya sukar untuk di luahkan secara lisan. mungkin dengan cara melukis saja pemuda tersebut dapat menyuarakan isi hatinya tanpa rasa segan silu.

Selepas berjumpa dengan profesor mahyudi dia pun pergi ke hospital besar mersik. sebaik saja dia sampai di sana dia lihat joey tidak ada lagi di atas katilnya. katil itu nampak kemas dan rapi sekali. melcy pun terus bertanya pada jururawat yang bertugas di situ."nurse, mana perginya pesakit dalam wad no 8 ni?", soal melcy ingin tahu. "oh... pesakit tu sudah di benarkan pulang ke rumahnya pagi tadi. dia pulang ke rumah dengan di temani oleh emak saudaranya...", terang jururawat tersebut. "oh begitu... terima kasih, ya nurse...", ucap melcy sambil tersenyum. "sama sama...", balas jururawat itu. cepat cepat melcy melangkah pergi dari situ. dia bertekad hendak mencari joey di rumah mak cik rita...

PELIK (PG13)Where stories live. Discover now