Kisah Banglo

122 7 0
                                    

Bab 2

Usai solat subuh, shaz turun pergi ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk suami tercinta nya. Namun masih terngiang-ngiang kejadian malam semalam yang berlaku kepadanya membuatkannya beristifar bagi melupa segala yang berlaku semalam.

Jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Alam yang sudah siap berpakaian kemeja yang lengkap (hensem tau) terus mencari kelibat isterinya. 'Sayang?' Panggil Alam sambil merangkul pinggang isterinya dari belakang..Shaz hanya aa tersenyum sahaja. Alam sarapan dengan penuh ceria dan senyuman yang manis. Namun senyumannya mati apabila melihat isterinya hanya mengacau-ngacau mee goreng dan hanya membatukan diri tidak seperti selalu.

'Sayang kenapa ni? Kenape mee tu tak dijamah langsung? 'tanya alam kepada shaz. Shaz hanya memandang suaminya dengan senyuman yang dibuat-buat sahaja kemudian dia tunduk semula. Melihat isterinya berkelakuan begitu membuatkan Alam teringat tentang isterinya kemarin. Alam belum tahu pokok pangkal cerita Shaz semalam.

'Sayang abang nak tanya ni? Tanya alam.

Shaz mendongak. 'Nak tanya apa bang?' Sahut shaz.

'Apa yang terjadi semalam? Cuba cerita kat abang. Abang bukan ape,kita kan dah duduk sebumbung jadi apa yang jadi kat Sayang abang kene la amik tahu.' Tanya alam lagi.

Shaz mendekatkan mukanya ke muka Alam dengan mata yang berkaca. Hampir saja butiran yang lahir dgn sedirinya hendak mengalir namun dikuatkan hatinya akibat teringatkan cerita semalam. Lalu Shaz menceritakan segala yang terjadi kepada alam.

'Apalaa sayang ni, bagitau abang berapa orang yang tinggal di dalam rumah ni?' Tanya Alam tidak puas hati namun masih dalam nada yang lembut dan romantik.

'Dua.' cepat saja shaz menjawab sambil mengeluarkan dua jarinya.

'Jadi?' Tanya Alam ringkas.

'Betul abang. Shaz nampak sendiri mcm ade budak kecil berlari dekat ruang tamu.' Balas shaz dengan bersemangat dalam takut.

'Merepek la sayang ni. Perasaan sayang je tu. Mana ada budak dalam rumah kita ni. Ke sayang yang tak sabar nak ada budak kecik dlm rumah ni? Tanya Alam sambil mengangkat keningnya dengan senyuman yang nakal kepada isterinya. Shaz hanya berdiam dan memandang ke arah lain.

'Oke sorry sorry.' Balas Alam dengan senyuman. 'Okelah sayang dah lambat dah ni. Abang pegi dulu.' Sahut Alam lalu menghulurkan tangannya kepada isterinya. Berat sungguh hati shaz hendak menyambut tangan suaminya itu kerana dia tahu lepas sahaja dia mencium tangan suaminya, dia akan mula merasa kesunyian bertambah dengan ketakutan kerana hanya dia sahaja di dalam rumah yang besar itu.

Shaz meluangkan masanya dengan menyiram pokok bunga,mengemas rumah dan membaca novel. Lagi satu shaz ni seorang yang berbakat seni juga. setiap hiasan lukisan di dalam rumahnya adalah air tangannya sendiri...

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Bunyi ngauman enjin kereta alam di hadapan rumah sudah pun kedengaran. Shaz segera membuka pintu dan bersalaman dengan suaminya. Itulah rutin harian shaz bila Alam pulang ke rumah. Shaz sangat hormat kepada Alam kerana baginya syurga bukan hanya di bawah tapak kaki ibu malah syurganya juga di bawah kaki suaminya.

Usai mandi, mereka solat maghrib bersama-sama. Alam menonton rancangan kegemarannya di tv 3 iaitu cerita 'Teduhan Kasih'. (Alam ni malah jiwang jugak tau walaupun badan taff mcm aaron aziz.. hahaha).

'Abang makanan dah siap.. moh la kita makan.' Panggil shaz.
'Emm dapp nye bau' Hidu Alam sambil menutup mata. Selepas alam membaca doa makan mereka menjamu selera dengan sedapnyaa..

10 p.m. Alam masih menonton tv. Seperti biasa shaz akan mencuci mukanya sebelum tidur. Sedang shaz mencuci muka bunyi pintu tandas itu seperti terbuka perlahan-lahan. Shaz tidak menghiraukan kerana pintu itu dari awal tidak dikunci oleh shaz. Jadi shaz menyangka bahawa angin yg menolak pintu itu. Sesudah mencuci muka shaz mengambil tuala yang diletakkan di tepi tab mandi.. selepas mengelap mukanya, 'abanggg!!!!' Jerit shaz. Alangkah terkejutnya bila dia melihat ada seorang budak perempuan yang pucat mukanya tersenyum kepadanya. Alam terus berlari ke tandas tingkat atas mengalahkan usain bolt.

Alam terus memeluk isterinya apabila melihat keadaan isterinya yang terduduk di lantai sambil menangis. Alam dapat merasakan yang badan shaz begitu panas dan seluruh badannya menggeletar.

~bersambung~
~hope you guys enjoy~

Kisah BangloTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang