Bab 1

135 8 5
                                    

Jumaat. Antara hari paling aku nanti-nantikan. Bukannya aku pemalas nak pergi sekolah, cuma aku lebih rajin nak duduk rumah. Hahaha. Dalam kelas, aku tak mampu nak ikut apa yang cikgu Shamihah ajar. Entah. Mungkin suara dia yang mendayu-dayu tu buat aku mengantuk atau aku tak sabar nak balik rumah. Hmm.

Kringgggg!!!! Kringgg!!

Aku tersenyum. Loceng keramat Dah berbunyi. Adli, ketua kelas ter-chenta, terus bangkit Dan mengucapkan salam. Aku pun mengemaskan beg yang memang tak pernah kemas pun.

"We Dam, esok hang ada plan apa-apa dak?" Sam menepuk aku dari belakang.

"Tak dak rasanya. Awat? Hang nak ajak aku usha mak nyah dekat pekan tu lagi ka?"

"Haha Dajeyy. Aku rabun bodoooo. Mana aku nak perasan tu mak nyah." Jari tengah Sam diangkat. "Takkan hang lupa kot?? Esok ada tournament. Hang ingat dak??"

Oh. Tournament. Paintball. Aku rasa satu-satunya sebab aku stay dekat sekolah ni semestinya kelab paintball.

"Ya la ya la. Lepas Jumaat satgi aku bagitau." Aku mula berjalan ke koridor.

"We, tunggu la!!" Sam pun mengikut.

********************************
Selesai solat jumaat, aku pergi ke arah tabung masjid. Duit dalam saku diseluk. RM2. Jadi la. RM1 aku bawak masuk dalam tabung. Lagi RM1 aku ingat nak buat beli aiskrim bangla tepi jalan tu.

Baru nak pakai selipar, tiba-tiba ada orang menjerit.

"Woi Amiaqq!!"

Kurang ajaq. Nama pak aku kot.

"Barua Pak Din!!" Aku jerit lagi kuat.

Sam berlari ke arah aku. Penumbuk dikepal. Muka gaya anjing nak terkam orang. Aku pun apa lagi, buka kuda-kuda la.

"Ha Jebat! Mai la! Ingat aku takut?"

Sikit lagi penumbuk tu nak kena muka aku. Nasib aku sempat elak. Aku tiup tangan Sam.

"Aiii.. lebam biji Mata kot?? Main nama tok pulak." Sam acah-acah penumbuk dia depan muka aku.

"Hahaha. Come on la. Ni Tuah. Takat Jebat. Puii!!" Aku pun acah penumbuk dekat dia.

"Ceh. Dengan hang, semua hang nak menang." Sam Mula mencari seliparnya.

Kami berjalan ke arah motosikal bangla jual aiskrim. Memang boleh kata untung bangla ni meniaga. Budak ka, pakcik Tua ka, boleh kata semua orang la beli aiskrim dia. Aku dengan Sam antara regular customer dia la. Aku tak tau kenapa, tapi aiskrim dia boleh buat ketagih. Bak kata Sam, aiskrim dia jual aiskrim kangkang.

Selepas beli aiskrim, kami berjalan kaki menuju ke taman perumahan Kami. Bukan tak pandai bawak motor, tapi Sam suka ajak aku jalan kaki. Lebih pahala kata dia. Aku pun ikut je la.

"Ha. Esok macam mana?" Tanya Sam sambil menjilat aiskrim 'kangkang'nya.

"Ha. Esok aku on. Hang nak tumpang ka?" Aku pun jilat aiskrim aku.

"Ha. Lawa. Esok 7 on 7 tau. Speedball. Full elimination punya style. Rules biasa."

Aku mengangguk. Speedball je pun.

"Yang lain macam mana?" Aku menggigit kon aiskrim.

"Yang lain OK ja. Hang ja tinggaii" Sam buat muka annoying.

"Hahaha. Aku pi laa.. gila tak pi??"

"Ha. Aku tumpang hang tau??" Muka Sam berubah. Buat muka cute.

"Haha. Penampaq Mau? Esok mai rumah aku. Mai awai tau. Lambat aku tinggai"

"Haha. Berani hang tinggai aku? MVP kot. "

Kami tergelak. Selang beberapa minit, kami sampai Di hadapan rumah masing-masing. Aku melambai ke arah Sam lalu masuk ke dalam rumah.

"Jumpak esok woi!!!"

"Petang satgi la bangang!" Sam membalas.

"Oops lupa. Hahahah." Aku menutup pintu rumah.

********************************

"When your legs don't work like they use to before."

HTC biru aku berbunyi. Nama Sam terpapar. Aku mengangkat panggilan itu dengan malas.

"We ada mana?? Pukoi 8 Dah bongok!!"

"Ha ha. Aku dok pakai baju ni. Sabaq sat"

Aku tekan button loud speaker dan meletakkan phone aku dekat atas meja study. Sambil tu, aku mencari jersi official team paintball.

"Lekas sikit. Aku panjat rumah hang dah ni."

"Hahaha. Buat macam rumah sendiri. Aku nak siap dah ni."

Seluar tracksuit Forrest, jersi paintball, stokin Adidas. Ok complete. Aku sempat menggayakan rambut dekat cermin sebelum mula melangkah ke arah pintu. Phone yang diletak Di atas meja diambil.

"Ha aku mai ni" Panggilan tadi belum diletak. Biarlah. Kredit Sam yang habis.

Sebaik sahaja aku sampai Di ruang tamu, Sam sedang makan biskut coklat yang aku tinggal tadi. Kaki nya diletakkan Di atas meja kopi. Sambil membuat gaya merokok, dia melihat aku dengan muka selamba.

"Apa?? Rumah sendiri kan??"

"Hahaha. Dah. Toksah dok melebih. Aku tinggai satgi kot."

"Hahaha. Jom!" Sam melangkah ke pintu depan kemudian memakai kasut.

"Bik!!! Adam pergi dulu ya!!!"

"Iya Dam!! Perginya elok-elok"

Sam memandang aku dengan muka tahan gelak.

"Dah. Jom." Aku memakai kasut Dan terus menunggang motosikal LC di hadapan rumah.

Moto dihidupkan. Sam pantas duduk membonceng di belakang.

"Kalau hang duduk sapa nak bukak gate?"

"Oops. Sorry. Sat."

Sam membuka pintu pagar. Aku memecut keluar hingga ke simpang masuk rumah aku. "Nak tumpang tak Mau Sam?!!!"

Sam menutup pintu pagar sambil menjerit "Woi!!! Tunggu la!!"

"Nak tumpang... Ligan la" Aku menjerit kemudian ketawa.

AntaraWhere stories live. Discover now