Bab 2

22 1 0
                                    

"Selamat pagi saya ucapkan. Saya, Encik Rahman, akan jadi referee kamu semua pada pagi ni. Ok, disebabkan rules dia semua Dah tahu, saya akan terangkan mengenai gameplay dia. "

Ahhh. Aku paling meluat tunggu explanation referee ni. Lama. Dah la tengah panas ni.

"Ok kalau semua dah sedia, boleh ambik gear masing-masing."

Kami mula bergerak ke station masing-masing. Sambil berjalan,aku usha Sam. Dia usha aku. Aku usha pulak Adli. Adli dok usha awek team lawan.

"Ehem. Ehem. Dah berkenan ka? Satgi dok buat drama time lawan lak."

Adli menoleh. Dengan muka tak puas hati, Adli menumbuk perlahan bahu aku. "Ala aku usha sikit ja pun. Takkan jealous kot?"

Aku membalas tumbukan Adli di bahu jugak. "Hahaha. Aku layan amoi macam Felixia Yeap ja la." Kami berdua ketawa.

Selesai memakai gear paintball, kami ke tengah court. Gameplay harini antara favourite aku. 6 bunker satu side. 4 depan, 2 belakang. So total 12 bunker. Sambil membuat bulatan, kami berbincang mengenai taktik Kali ni.

"Ok. Aku taktik besa. Kamikaze." kata Sam sambil membuat muka serius.

"Ha aku lak Semangat Ghazi." Kata Din sambil membuat muka lagi serius.

"Ghazi tu nama pak hang!" Balas Zul.

Hahahahahahaha!!!

Kami semua ketawa. Team lawan usha panas. Ingat kami gelak kat depa la tu.

Perbincangan diakhiri dengan satu sorakan semangat. 4 orang defend, 6 orang attack. Aku jadi attacking player.

"Semua sedia!!" Referee memberikan isyarat.

Prittttttt!!!!

Semua player berlari ke arah bunker masing-masing. Aku memberi isyarat pada Dude. Bunyi tembakan mula kedengaran.

Aku berada Di bunker hadapan sebelah kanan. Baru sahaja hendak mengintai peluang, sebiji peluru sedikit sahaja lagi mengenai pipi aku.

Shit.

Sam dengan strategi Kamikazenya mula menyerang. Setiap bunker lawan menjadi sasaran. Aku mengambil peluang ini. Aku mencari sebarang pergerakan pada bunker lawan. Tiba-tiba, sepucuk paintmarker kelihatan Di bunker hadapan aku.

Aku mula mengambil target. Orang Di bunker hadapan menjadi sasaran. Baru sahaja orang itu hendak mengintai, aku melepaskan tembakan.

Pap!!

Kena. Peluru itu tepat mengenai vest gear lawan itu.

" 1 down!! 9 more!" Jerit aku.

Ketika ini, bunker Din dihujani peluru lawan. Aku melepaskan tembakan ke arah bunker lawan. Tiada sasaran tepat. Din mula mengambil tempat. Aku memberi isyarat kepada team aku. Strategi sebenar bermula.

"Bob cover Farah!" Aku menjerit sambil tersengih.

"Aminah jaga bunker 1 2!!

"Alia!! Bunker 4 full pressure!!

"Asam!! Ready position hang!!"

Aku playmaker. So, aku yang susun strategi. Nama ejekan atau nama awek dijerit dengan kuat bukannya untuk arahan, tapi lebih kepada nak menambah pressure lawan. Taktik 'shuffle' yang pernah digunakan tentera. Setiap bunker dinomborkan.

"Aten pi dua bunker kanan!"

" Ayu cover Aten!!"

"On your mark!" Aku menjerit sambil mula mengambil tempat.

"Go!!"

Seluruh team aku bergerak.

Din hujung kanan, Sam dan Zul kanan tengah, aku dan Bob kiri tengah, Ayie hujung kiri. Nama yang aku jerit tadi hanya untuk memeningkan lawan. Team aku mana ada perempuan.

Ayie memulakan langkah. Dengan tubuh kecilnya, dia bergerak ke arah bunker kiri lawan.

Geng lawan mula menunjukkan persaingan. Mungkin pada awalnya mereka menanti serangan kami. Din dengan penuh gayanya melakukan slide tackle ke tengah court. Sambil meluncur, dia melepaskan tembakan. Style kamikaze. Paintmarker di tangannya menyemburkan peluru tanpa henti bak mesingan. Dalam 2 saat, aku nampak wajah Sylvester Stallone pada muka Sam. Rambo. Dia berjaya 'membunuh' 2 orang team lawan. Dia jugak berjaya 'membunuh' diri dia sendiri.

"Jasamu ku kenang Din!!!" Jerit aku sambil membalas tembakan.

"Takbir! Allahu akbar!" Sam bangun sambil melaungkan takbir. Mukanya yang kotor dengan tanah dikerut.

Kali ini, seorang team lawan menuju ke hadapan. Dua orang teamnya melakukan 'team cover'. Aku dengan Bob terpaksa menyorok Di belakang bunker.

Bob memberi isyarat menyuruh aku ke bunker Ayie. Aku bergolek dengan penuh aksi.

Kemudian, aku mengintai ke arah bunker Bob. Geng lawan tadi sedang menyorok Di belakang tu. Dalam senyap, aku bergerak ke tepi bunker.

Bam!! Bam!!

Dua biji peluru dilepaskan. Satu mengenai bunker, satu lagi mengenai geng lawan tadi.

Bam!!

Sebiji peluru datang ke arah aku. Aku yang dalam keadaan mencangkung tak sempat mengelak.

Oh tidak.

Dengan selambanya, aku mengelap kesan cat di gear vest aku.

Pritttt!!

Referee membunyikan wisel. Dia melihat ke arah aku.

" Number 7 wiping! 3-for-1 penalty. "

Ah shit.

Aku, Bob dan Ayie dikeluarkan. Sekarang team lawan dengan team aku sama ahli.

Bob menghempas mask dengan muka yang bebal sebaik sahaja keluar dari court.

"Bangang la Dam. Aku baru nak main kot."

Aku senyap. Baik aku senyap. Nanti bergaduh pulak.

"Aku baru nak masuk kot!! Ayie pula menambah. Aku buat-buat tak dengar sambil buat muka khusyuk dengan game yang masih berlangsung.

********************************

Adli mengambil alih. Sekarang tinggal 3 lawan 3.

"Jidin tengah!!"

"Dude!! 1 2!!!"

Sebaik sahaja memberi arahan, Adli terus menerjah ke tengah court di bunker paling hadapan. Tak perlu bertahan. Biar mereka bertahan.

Semua pemain lawan menetapkan sasaran pada Adli. Dude mengambil peluang ini untuk berlari ke arah bunker kiri lawan.

"Tutututututu!!" Dude menembak sambil mulutnya mmbuat sound effect. Lantas, seorang geng lawan berjaya disingkirkan.

Sekarang, 2 lawan 3. Adli dengan Din masih berbalas tembakan dengan team lawan.

"We pod aku tinggai 2 ja lagi!!

"Nah ambik pod aku! " Adli melemparkan pod berisi peluru.

"Chantek!!" Din menyambut kemas.

Dude pantas menyelinap ke bunker defensive. Dari posisinya, dia terus memecut ke arah bunker lawan.

Bammm!!!

Dude ditembak. Lagi beberapa langkah saja lagi sebelum dia sempat berlindung.

"Shit!!!" Dude menjerit.

AntaraWhere stories live. Discover now