PAGI-PAGI lagi, aku sudah terima berita yang mengejutkan. Mak mertua aku dimasukkan ke dalam hospital. Dapat sahaja panggilan telefon, aku segera bergegas ke hospital. Semasa dalam perjalanan, aku langsung tak dapat berfikir. Pedal minyak aku tekan selaju yang mungkin. Walaupun aku rasa aku sudah laju tapi ada lagi kereta yang lebih laju daripada kereta kancil buruk aku ini.
Nasib baiklah pagi orang bercuti ini jalan tidak jem. Oleh itu, dalam setengah jam aku sudah sampai ke hospital. Tanpa berlengah, aku segera berlalu ke bilik wad yang menempatkan mak mertua aku.
Sampai-sampai sahaja di hospital, aku tengok Puan Badariah sedang bergelak ketawa dengan Kak Juma. Sebelum itu aku sempat lagi tengok mereka berdua berselfie bersama. Macam sudah buang tabiat pula aku tengok.
"Ibu!" aku tegur dari muka pintu.
"Eh, cepatnya Yohana datang. Kalau tak silap akak baru saja call tadi," Kak Juma, anak angkat mak mertua aku nampak terkejut dengan kedatangan aku ke situ.
"Kak Juma kata ibu tengah sakit tenat..." aku menjeling tajam ibu mertuaku itu. Tapi Puan Badariah jeling lagi tajam.
"Err... tadi memang tenat tapi sekarang dah okey dah," tergagap-gagap Kak Juma bersuara macam ada sesuatu yang disembunyikannya.
"Sudahlah. Tak payah nak berdalih lagi dengan Yohana ni. Dia ni lagi bijak daripada kita, Juma," Puan Badariah menegur Kak Juma.
"Kenapa ibu tipu Hana? Tahu tak, Hana macam orang gila drive kereta untuk ke sini? Mujurlah Hana bawak kancil. Kalau Hana bawa Fearari, memang dah melayang nyawa," balasku tidak puas hati.
"Jangan salahkan ibu, ini Kak Juma yang punya idea," Kak Dina bersuara di sebelah.
"Idea? Untuk apa?" Aku bertambah tidak faham. Apalah motif mereka berdua berpakat menakutkan aku dengan berita seperti itu.
"Ibu dah tak boleh tahan lagi. Dia rindukan Amirul. Hana tahukan, Amirul satu-satunya anak tunggal dia?"
Dengar nama Amirul, aku yang marah tadi terus tak jadi marah. Aku pandang Puan Badariah, ibu mertua aku yang selalu cari pasal dengan aku. Walaupun perangainya tidak kugemari tetapi dialah perempuan yang banyak mengajar dan menjaga aku sepanjang Amirul tiada di Malaysia. Aku sayang dia seperti mana aku sayang keluarga kandung aku. Sebab itulah, aku bagaikan seperti orang gila bila dapat tahu dia sedang tenat.
Rupa-rupanya aku kena tipu! Cis!
"Akak keluar dulu ya. Hana pujuklah sikit ibu tu..." Kak Juma menepuk-nepuk bahu aku sebelum meninggalkan bilik itu.
"Kenapa ibu buat macam ni? Tak baik tipu Amirul tau. Dia pun pasti akan susah hati di sana," soalku mendekati wanita yang separuh abad itu.
"Habis, Hana nak ibu buat macam mana lagi? Ibu dah penat menunggu. Lebih setahun dia tinggalkan ibu dan langsung tak nak balik ke sini. Ibu ni ibu kandung dia, bukannya ibu mainan. Tapi dia lebih pentingkan perempuan tu daripada ibu!"
Aku lihat air mata ibu mula mengalir. Aku mula sebak tapi aku tak boleh menangis. Kalau aku menangis juga, siapa pula hendak pujuk ibu nanti? Lagi bertambah air mata seorang ibu. Semua ini berlaku disebabkan aku. Kalau aku tak degil, kalau aku mengakui Amirul bukan hak aku, kalau aku tak tolong Amirul melarikan diri, semua ini tidak akan berlaku.
Belum sempat aku ingin berkata-kata, telefon bimbit aku berbunyi. Nama Amirul tertera di skrin telefon. Ibu tengok aku. Aku tengok ibu.
"Beritahu dia memang ibu sakit tenat!" suara ibu memberikan arahan.
Aku mengeluh. Tanpa berlengah lagi aku segera menjawab panggilan itu.
"Ibu masuk hospital?" soal Amirul. Tiada salam, tiada mukadimah, dia terus tanya soalan itu. Dulu, aku pernah demam sampai masuk hospital juga tapi langsung tak telefon aku. Dia langsung tak bertanyakan khabar. Nampak sangat aku ini sudah tak penting dalam hidupnya.
YOU ARE READING
JANGAN CURI HATI DIA
RomanceWARNING Ini projek terbengkalai saya. JANGAN baca kalau tak sanggup nak tunggu!