Setahun kemudian...
DARI jauh, aku lihat pintu lif mula hendak tutup. Oh tidak! Kenapa lif ini begitu anti dengan aku. Tiap kali aku nak cepat, mesti dia lagi cepat daripada aku. Huh, tak boleh jadi. Kejar! Aku lajukan langkah. Mula-mula berlari anak, tapi oleh sebab tak sempat, aku pecut macam akulah olahragawati dunia.
Dush!
Akhirnya, aku berjaya masuk sebelum pintu lif tertutup. Bukan itu sahaja, oleh sebab aku pecut laju sangat sampai tak boleh nak break, aku terlanggar dinding lif. Tapi, peliknya dengan dinding ni, walaupun kepala aku terhantuk pada dinding tapi aku tak rasa sakit. Rasa macam span tapi keras sikit. Dan... bau minyak wangi Hugo Boss!
Aku mengangkat kepala. Alamak! Ini bukan dinding! Ini six pack err... maksud aku, dada orang. Lelaki. Tinggi. Tegap. Kacak. Oh, aku patut berhenti pandang muka dia sekarang!
"Sorry," aku lantas menjarakkan diri daripada lelaki itu.
Huh, nasib baik hanya aku dan dia dalam lif ini. Kalau dilihat oleh orang lain, mesti aku kena gosip dengan penduduk di flat ini.
"Tak mengapa," dia menjawab.
Aku hanya tersenyum dan berpaling ke depan. Dia cakap tak mengapa? Huh, lelaki! Dapat kena peluk dengan perempuan, siapa yang tak suka. Semua lelaki sama saja. Lagi-lagi spesies lelaki yang ada six pack.
Oh, jauhkanlah mereka ini daripada aku!
Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka di tingkat bawah. Aku segera keluar dan laju menuju ke tempat parking. Sampai ke keretaku, aku mengeluh. Arghh! Kereta aku kena block lagi!
"Kalau dah tahu nak block kereta orang, bagilah kad ke, nombor telefon ke. Ini tidak, tinggalkan macam tu saja! Sekarang, macam mana aku nak keluar ni? Sudahlah bos nak jumpa aku pukul 9.00 pagi!" aku mengadu seorang diri di depan kereta Honda yang block kereta aku.
Kereta cukup punya cantik. Kereta Honda pula tu. Tengok model, aku dah tahu itu kereta mewah. Bukan calang-calang kereta Honda. Sepatutnya pemilik kereta ini sudah boleh beli apartmen, bukan flat murah begini.
"Kenapa cik?" tanya lelaki yang aku langgar tadi.
"Tak ada apa. Saya tengah tengok pemandangan tak elok depan saya ni," aku balas selamba.
Dia mengerut dahi. Hisy, budak ni, takkan tak faham-faham lagi?
"Awak tengoklah. Kereta cukup main mewah tapi otak kecik! Ada ke patut dia block kereta saya tak tinggalkan nombor telefon! Bukannya saya nak mengorat pun. Sekurang-kurangnya, tinggalkan nombor telefon, senang sikit orang nak pergi kerja pagi-pagi ni," aku sudah mula membebel. Siapa suruh dia tanya. Lepas ni dia nak kata aku macam mak nenek, aku tak kisah.
"Oh macam tu ya?" dia mengangguk.
Kemudian, dia keluarkan buku kecilnya dan tulis sesuatu pada sehelai kertas. Selepas tulis, dia koyak kertas itu dan hulurkan kepada aku. Aku mengerut dahi. Apa hal mamat seorang ni, bagi nombor telefon dia kat aku? Aku tak minta pun nombor telefon dia walaupun dia ada six pack.
"Apa ni?" aku tanya dia.
"Nombor telefon saya. In case kalau saya block kereta cik lagi, cik boleh telefon saya. Dengan syarat, jangan ngorat saya ya," ujarnya sambil mengenyit sebelah matanya.
Dia kenyit mata, aku terus jadi kaku macam batu. Aku nampak dia berlalu masuk kereta Honda yang block kereta aku itu. Dia start enjin dan terus pandu pergi. Beberapa minit kemudian barulah aku tersedar.
YOU ARE READING
JANGAN CURI HATI DIA
RomanceWARNING Ini projek terbengkalai saya. JANGAN baca kalau tak sanggup nak tunggu!