Prolog

667 29 0
                                    

"Aku terima nikahnya Puteri Nur Intan Amyra Binti Syamil Zulkifli dengan mas kahwinnya RM100 tunai."

"Sah?"

"Sah."

Dengan sekali lafaz kini Puteri Nur Intan Amyra sah menjadi isteri kepada Megat Taqif Iman.

Meskipun nama isterinya itu cukup panjang untuk disebut semasa akad nikah, alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz sahaja.

Upacara pembatalan wuduk dimulai dengan menyarungkan cincin pada jari pengantin.

Ya Allah. Bidadari dari langit ke ni? Alhamdulillah. Desis Megat Taqif Iman.

Sewaktu Megat Taqif Iman mencium dahi isterinya, Puteri Nur Intan Amyra sempat memberi amaran.

"Jangan mimpi nak sentuh, nak tidur, nak apa-apa dengan aku. Berani kau langgar, siap kau." Bisik Puteri Nur Intan Amyra perlahan tapi hanya mampu didengar oleh Megat Taqif Iman.

Gulp! Ya Allah. Aku salah isteri ke? Ni bidadari ke 'monster'? Rungut Megat Taqif Iman risau.

Tiba giliran Puteri Nur Intan Amyra untuk mencium tangan suaminya, dia menggenggam tangan suaminya kuat. Tanda bahawa apa yang dikatanya tadi bukan hanya sekadar bicara!

Peluh kerisauan Megat Taqif Iman mula merintik.

Hari yang sepatutnya paling gembira untuk pasangan pengantin, tapi tidak untuk Megat Taqif Iman.

Habis lah kau Taqif dapat bini 'monster'! Huaaaaaaaa! - Megat Taqif Iman.

**

Assalamualaikum. Hola guys! Ni karya saya yang kedua! Story ni tak ada kene mengena dengan yang hidup atau pun yang dah tiada. Actually saya cuma jadikan perwatakan yang ada dalam diri saya untuk cerita saya. And tak ada melibatkan sesiapa pun. Its specially comes from me and tak ada 'copy cat' cerita lain ya :) Stay enjoy readers! Jika dapat sambutan dengan vote, I will continue this story :*

FasyaLola.

Biniku 'Monster'?Where stories live. Discover now