Satu; Pilihan

510 20 0
                                    

"Papa nak kamu habis SPM ni sambung belajar jadi akauntan bertauliah ataupun polis!" Tegas Encik Syamil Zulkifly.

"Tak nak lah papa. Puteri tak nak jadi akauntan ke polis ke, Puteri ada cita-cita sendiri!" Betah Puteri Nur Intan Amyra.

"Kamu nak lawan papa ya Puteri? Nak jadi anak derhaka?" Encik Syamil Zulkifly mula mengugut dengan kuasa seorang ayah.

Puteri Nur Intan Amyra yang kehilangan kata hanya berdiam. Berdiam bukan bererti kalah! No papa! I have my own choice! It about my future!

Puteri Nur Intan Amyra bukan mahu melawan papanya. Tapi dia juga mempunyai pilihan dan cita-citanya sendiri. Kehendak papanya yang ingin anaknya itu menjadi seorang akauntan bertauliah ataupun polis, sungguh tidak masuk akal! Jauh sekali tersimpang sasar dari cita-citanya yang asal untuk menjadi seorang doktor. Akauntan bertauliah bukan senang petik jari. Belajar di sekolah menengah sahaja susahnya baru ibarat susah di tadika, jika di universiti nanti apatah lagi?

Polis juga begitu. Meskipun Puteri Nur Intan Amyra seorang yang tegas, kasar dan mempunyai ciri ciri seorang polis namun dia tidak mahu! Dia tidak mahu jika terpaksa merantau ke negeri orang kerana hanya ingin menetap di tempat tinggal lahirnya sahaja. Tidak mahu berjauhan dengan keluarga untuk masa yang sangat lama!

"Sudah lah tu abang. Biar lah dia ikut pilihan dia. Tak kan dia kena ikut kehendak kita untuk masa depan dia? Dia pun ada pilihan untuk masa depan dia juga." Puan Faridah cuba memujuk suaminya.

"Pilihan? Pilihan apa dia ada untuk masa depan dia tu? Ha apa yang dia fikir?! Awak yakin dengan apa dia fikir tu? Budak-budak zaman sekarang bukannya boleh percaya. Entah apa saja dia fikir! Pilihan sendiri konon!"

Puteri Nur Intan Amyra yang malas hendak mendengar papanya membebel melangkah masuk ke dalam bilik. Panas baran hatinya tidak mungkin untuk melawan papanya.

Puan Faridah juga hanya berdiam mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya. Bukan tidak mahu masuk campur, sebagai ibu juga dia berhak untuk masa depan anaknya. Namun baran si ayah dan baran si anak menguasai keadaan. Puan Faridah juga tidak mahu menderhaka kepada suaminya.

Puteri Nur Intan Amyra masuk ke biliknya lalu menghempaskan badannya ke atas katil. Masih memikirkan perbalahan bersama papanya sebentar tadi.

Akauntan? No! Nonsense lah. Aku paling benci benda tu! Dah lah susah nak jadi akauntan bertauliah tu. Polis? Ingat senang ke jadi polis? No papa. Kali ni Puteri ada pilihan sendiri. I'm sory papa. Rungut hati kecil Puteri Nur Intan Amyra.

******************************

"Weyh!" Aizad Naufal menyergah sahabatnya yang sedang mengelamun.

"Eh kau ni aku tumbuk kang!" Megat Taqif Iman yang terkejut seperti baru tersedar di alam nyata, agak berang dengan tindakan spontan Aizad.

"Woah woah. Relaks lah bro. Awat ni? Macam ad problem je? Share lah. Kau kan sahabat aku." Tanya Aizad melihat muka Megat Taqif Iman yang agak frust.

"Tak ada apa lah." Jawab Megat Taqif Iman malas.

"Eleh kau ni. Sejak bila pendam ni? Poyo lah. Pasal Zahra eh?" Tanya Aizad tidak putus.

"Hmmmmm!" Hanya keluhan saja keluar dari mulut Megat.

"Eh kau ni, pang kang!" Aizad yang makin kurang sabar melihat sahabatnya, jadi panas hati. Mahu saja ditonyoh tenyeh muka si Megat yang tidak mahu membuka cerita!

"Aku bosan betul lah dengan si Zahra tu. Eee life aku ni tak pernah kena control tahu tak! Even mummy daddy aku pun bebaskan aku dengan life aku. Tapi dia tu? Dah macam bini aku je nak control aku sana sini! Brrrr!" Luah Megat Taqif Iman berjela. Haa amik!

Aizad yang mendegar luahan sahabatnya hanya gelak.

"Hahahaha! Lawak lah kau ni Taqif." Seloroh Aizad. Entah lawak celah mana pun tak pasti.

"Ape siaaa yang lawak. Macam bodoh tahu? Tadi nak aku cita sangat ni dah cita cakap lawak pulak? What the hell! Ujar Megat Taqif Iman agak bengang. Semakin berkerut mukanya menanggung frust!

"Haha. Okay sory bro. Tak ada lah. Kelakar je. Kau bukan sayang ke dengan Zahra tu? Ni tang mana pulak datangnya bosan ni? Berjela juga rungutan kau ni haha!" Seloroh Aizad diselangi tawanya.

"Entah lah. Memang lah sayang. Tapi dia tu melampau lah. Sikit-sikit aku buat semua salah. Nak melepak pun kadang-kadang salah. Macam tak ada life sendiri je dia nak control. Grr rimas aku!" Megat Taqif Iman masih merungut.

"Kalau macam tu, break je lah dengan dia. Kalau kau rasa bosan, tak suka kena control, and what so ever." Cadang Aizad.

"Tapi aku sayang dia lah. Tapi, eerghh perangai dia tu je buat aku geram!"

"So, nak buat macam mana? Kau pilih, nak setia and still go on dengan dia or kau break up dengan dia and enjoy life kau tanpa kesayangan? Relaks lah, bunga bukan sekuntum." Aizad mencadang idea yang hadir kepada sahabatnya.

Megat Taqif Iman masih buntu. Buntu dengan pilihan yang ada. Bukan senang untuk memutuskan hubungannya dengan Tasya Zahra. Mungkin ada cara lain, sama ada dia masih bersama dengan Zahra dan mengubah perangai buah hatinya itu ataupun tinggalkan sahaja dan buang perasaan sayangnya terhadap perempuan itu.

——

Hola guys! Yeah finally dapat jugak update first bab untuk biniku 'Monster'! Sory if take too long time. Dah lama juga tak bukak wattpad and update Minah Brutal and Biniku 'Monster'. Idea dah datang kena lah sepantas kilat hasilkan kan? Hew hew. Moga terhibur :D  keep vote and comment ^^

FasyaLola.

Biniku 'Monster'?Where stories live. Discover now