Dua; Dia Siapa?

379 20 0
                                    

Sebagai pelajar Tingkatan 5 atau famous dengan gelaran calon SPM, mesti ada azam yang baru untuk tahun yang baru supaya lebih cemerlang gemilang terbilang 'menyerlang' kan?

Puteri Nur Intan Amyra yang namanya 'hots' melonjak naik pada tahun sebelumnya iaitu di Tingkatan 4, dipanggil oleh Cikgu Hirwati.

"Ye cikgu panggil saya ke? Hee ada apa?" Tanya Puteri Nur Intan Amyra. Aih panjang betul nak menaip!

"Haa Intan. Awak dah ada azam baru?" Soalan dibalas soalan. Entah apa cikgu ni tanya azam pula?

"Err cikgu panggil nak tanya tu je ke?" Tanya Puteri Nur Intan Amyra mendatar.

"Iye lah. Awak kan sebagai komander KRS, mesti ada azam dalam platun awak untuk jari johan kawad kaki tahun ni kan? Tak kan nak kalah? Tahun lepas dah meningkat tu tempat ketiga. So, dalam life awak pun mesti ada azam. Awak jangan main-main, awak tahun ni SPM tau! Result math awak tahun lepas tu teruk. Fail!" Bebel Cikgu Hirwati panjang lebar.

Eee apa cikgu ni ungkit result last year aku! Hish patah semangat aku! Rungut Puteri Nur Intan Amyra.

"Ye cikgu. Faham." Hanya tiga patah dibalas.

"Bagus. Saya nak result math awak tahun ni meningkat ya. Kalau tak, lompat katak sepanjang koridor!" Ugur Cikgu Hirwati.

MasyaAllah. Mengucap panjang.

Puteri Nur Intan Amyra hanya mengangguk faham sambil tersengih seperti kerang busuk. Kecut dengan ugutan diterima.

"Hari ni saya nak awak kumpulkan semua platun KRS ya. Kita start latihan mulai harini." Arah Cikgu Hirwati.

"Hah harini?! Uish awalnya cikgu start latihan?" Tanyanya agak kaget.

"Eh mesti lah. Kata nak johan kan! Haa awak pun kena banyak practise sebagai ketua platun! Dah apa-apa petang ni kita cakap ya. Saya ada kelas." Ujar Cikgu Hirwati.

Dengan hati sedikit hambar, Intan pulang ke kelasnya.

"Weh Intan. Pe cita Cikgu Hirwati nak jumpa? Muka sedih je." Kaysha yang melihat muka 'mendung' Intan mula bertanya.

"Tak ada apa lah. Dia cuma cakap je kumpulkan budak kawad sebab petang ni dah latihan." Puteri Nur Intan Amyra jawab acuh tak acuh.

"Awalnya start?! And then kenapa muka kau sedih je? Patutnya kau kan happy." Kaysha memeluk bahu sahabatnya.

"Sedih lah beb. Ada ke cikgu tu pergi ungkit result math aku yang exam final last year tu? Sedih kot! Aku dah hampir-hampir nak humban kenangan pahit tu dalam recycle bin tahu tak?" Rungut Intan diselangi rengekannya.

Oleh kerana bunyi agak lucu, Kaysha ketawa mendengar rengekan Intan.

"Haha lah itu je ke? Kesian kau Intan. Dah jangan sedih beb. Tak comel lah!" Pujuk Kaysha. 'Semut' betul ayat dia.

Intan yang dengar pujukan sahabatnya, hanya diam. Bibirnya saja yang muncung sedepa.

******************************

"Eh Taqif. Petang ni ada training bola. Jangan lupa datang." Aizad Naufal menyampaikan pesanan yang diamanahkan kepadanya.

"Training bola? Untuk apa sia?" Megat Taqif Iman bingung.

"Ala kau ni. Tahu lah ada problem dengan Zahra, tak kan sampai training bola pun tak tahu untuk apa Taqif?" Aizad yang tahu sikap bengong sahabatnya yang datang tiba-tiba, masih membiarkan Megat Taqif Iman.

Biniku 'Monster'?Where stories live. Discover now