BAB 3

159 12 0
                                    

Adrian terjaga dari mimpi yang menakutkan. Mimpi yang membawanya ke sini. Dahinya disimbahi dengan peluh dingin.

"Ad,  kenapa ni?"

Seorang wanita melabuhkan duduk di atas singgahsana serba putih itu. Wanita itu berpakaian serba putih. Selendang putih yang membalut rambut wanita itu mencantikkan wajahnya.

"Ad mimpi lagi ye? Dah. Tak apa. Ni mesti tidur tak basuh kaki. Dah solat Isyak belum ?"

Adrian hanya menggeleng.

"Dah. Pergi solat. Basuh kaki. Lepas tu tidur."

Adrian hanya tersenyum.

Wanita itu melangkah keluar dari bilik Adrian.

Wanita itu adalah bonda Adrian. Bukan bonda kandung. Bonda disini. Di dunia ini.

                               **********

"Ibu Abah aku macam mana?"

"Diorang Okay. Sekarang dekat England. Menetap kat sana. Lepas sahaja 'kematian' kau.  Mereka terus berpindah."

Sahaja sepupu Adrian menekankan perkataan kematian tu.

Mereka melepak di balkoni sekolah. Tingkat paling atas. Tersorok.

Adrian tidak boleh melepasi sempadan kecuali memakai  Rantai Bintang.

Tibanya senja , sumpahan kembali. Jasad tidak kelihatan , hanya mata tertentu boleh melihatnya.
Apabila subuh menghampiri. Sumpahan pun pergi. Jasad kembali menampak kan diri.

Di malam hari ini Adrian melepak dengan sepupunya. Sepupu manusia biasa.

Ada kisah mengapa Adrian menjadi sebegini. Dahulunya dia manusia juga tetapi.......

"Ad,  kau tak rindu Ibu abah adik beradik kau ke?"

"Mestilah aku rindu Awie. Tapi kau tau kan. Aku bukan macam dulu. Aku tak boleh keluar dari situ lagi. Kau tau sumpah Dunia tu bukan? Sudah masuk tiada jalan keluar."

"Tapi kan ada cara  yang boleh leraikan sumpah tu?"

"Aku tengah cuba Wie. Aku tak jumpa lagi siapa. Atau wujudkah orang seperti tu?"

Zawawi Dawam hanya menarik nafas perlahan.

"Kalau kau pun boleh jadi seperti ni. Tak mustahil keturunan seperti tu tak ada. Mungkin dia ada."

"Mungkin."

"Tapi aku tertanya-tanya."

"Apa?"

"Kenapa kau cari dekat sini?"

"Kau ingat tak dulu. Masa aku masih lagi manusia biasa. Aku dianugerahkan oleh Allah. Mimpi yang jadi kenyataan. Aku mimpi 'dia' ada disini. Tapi kabur. Sebab tu aku cari dekat sini."

"Owhh. Aku faham."

Zawawi Dawam. Sepupu Adrian. Hanya dia yang boleh melihat Adrian di kala waktu malam. Dia tinggal di asrama. Sebab itu Adrian mudah menjenguk dia.

                               ***********

Adrian kembali kepada realiti. Terlalu jauh dia termenung tentang perbualan dia dengan Zawawi tadi . Dia perlu solat Isyak. Dan tidur. Esok dia mahu ke sekolah. Mencari sesuatu yang belum pasti akan ada di sana. Sesuatu yang dapat membebaskan dia dari sini.

Sesuatu yang dapat meleraikan sumpahan keatas dirinya sedikit demi sedikit.

Seusai dia menyempurnakan solat Isyak dia menyambung tidur yang tergendala sebentar tadi.

                            *************

"Kau dari mana Awie?"

Sufi Hizam bertanya.

"Adalah. Buat apa nak tau. Sibuk ahh."

"Aku tanya je."

Zawawi terus berlalu ke katilnya. Dan dia merasakan ada mata yang memerhati.

Apabila menoleh ke kanan. Tiada siapa.

'Perasaan aku je kot'

Bisik hati kecilnya.

                              **************

Sekali lagi dia kembali ke sini. Pada waktu yang sama. Seperi biasa. Datang dan pergi. Sama sahaja waktunya.

Mencari dan terus mencari. Mencari sesuatu.

Tapi apa?

                              ************

Ada satu cahaya terbentuk di belakang sebuah pokok. Pokok tersebut berhampiran dengan belakang pagar sekolah. Tapi agak tersorok. Di sebalik cahaya tersebut muncul seorang gadis.

Gadis yang sama terselamat dari digelakkan. Terselamat dari jatuh akibat lantai licin.

Dia tersenyum sambil kaki melangkah masuk ke sekolah.

Dia menolak pagar belakang sekolah dan menutupnya kembali.

Pagar yang sama digunakan oleh Adrian untuk datang dan pulang dari sekolah.

Dia melangkah girang sambil menuju ke kelas 4 Sains.

                          *************

Izah Noh meletakkan beg sandang oren nya ke  kerusi dan duduk sambil menuggu Hanis yang belum datang. Selalu mereka pergi ke dataran bersama-sama.

Sambil mata melilau-lilau menunggu kelibat Hanis muncul dia terpandang Adrian yang sedang duduk termenung.

'Siapa dia ni sebenarnya? Kenapa aku tak boleh nak baca fi....'

"Izah jom pergi dataran."

"Jom"

Izah Noh mengikut Hanis menuju ke dataran.

                            ***********

Tiba bulan purnama. Kau boleh pergi ke mana sahaja. Tamat seminggu. Kau harus pulang ke negeri.

                             **********

"Ad. Aku nak cakap something ni."

Reza bersuara.

"Eh. Sejak bila Kiah Propa kalau nak cakap kena bagitau aku dulu yang kau nak cakap. Bukan sebelum ni kau main cakap je ke?"

"Hehehehe . Aku sebenarnya........."

Kringggggg.

"Dah. Jom pergi dataran. Kang tak pepasal kang cikgu Nasir rotan kita sebab lambat"

Mereka beransur pergi ke dataran.

---------------------------------------------------------------------------------

P/s: Thanks for reading! Yaa. Hasil yang tak seberapa dan masih mencuba menulis.

RAHSIAWhere stories live. Discover now