BAB 5

133 10 0
                                    

Kesembilan ekornya digerakkan.
Dia tersenyum suka. Bukan apa. Tidak selalu dia dapat melakukannya. Hanya di bulan purnama. Kesembilan ekornya akan tumbuh.

Mata dia bertukar kepada kuning keemasan. Bukankah dia lagenda di Korea? Rubah berekor sembilan?

                            ************

Pagi menjelma. Mata biru berkilau itu terjaga. Adrian bangun dari tidur untuk menunaikan kewajipan. Walaupun dia bukan manusia. Tapi dia tetap dicipta oleh Tuhan yang satu. Walau darah hitam. Separa bunian-manusia. Dia tak lupa kewajipan. Asal usulnya. Kelahiran terakhir. Sebagai manusia biasa hingga menjadi bunian. Dia tetap merupakan Kelahiran Terakhir.

                              ************

Matahari terbenam dia datang. Terbit fajar pun dia muncul. Menghargai ciptaan Tuhan katanya. Cahaya putih terbentuk dan muncul lah Izah Noh. Darah biru tanda darah pahlawan. Yaa. Pahlawan dari zaman dahulu kala. Pahlawan yang tiada sejarahnya. Tetapi wujud di dunia. Yaa. Izah Noh. Kelahiran Terakhir.

                              *************

Reza bangun dari tidur. Dia menunaikan kewajipannya. Sinar mentari menampakkan diri. Dari kejauhan. Keindahan matahari dapat di lihat. Apabila pagi muncul. Kesembilan ekor nya akan hilang. Apabila malam menjelma. Akan kembali kelihatan. Tetapi ekornya bisa halimunan tidak kelihatan. Seminggu juga tempohnya. Yaa. Reza adalah Rubah Berekor 9. Darah putih mengalir didalam tubuhnya. Kelahiran Terakhir.

                             ************

Sumpahan hilang dengan pengorbanan. Tapi adakah kesemuanya akan terselamat? Sumpahan ketiga-tiganya. Cara menghapuskannya. "Kelahiran Terakhir."

                             **************

Pagi itu Reza keluar lebih awal untuk berjoging.

10 minit kemudian Adrian pula keluar untuk berjoging. Dia mengajak Zawawi tetapi Zawawi tidak mahu. Kerana tidak mahu memaksa di biarkan saja. Gemuk padan muka. Hahaha!

Adrian berlarin ke arah berlawanan dengan arah yang Reza ikuti.

Tidak lama kemudian selepas Adrian dan Reza tidak kelihatan. Izah pulak muncul dengan berpakaian sukan.

Ketiga-tiganya menggayakan seluar track suit baju putih dan Hoodies. Reza Hoodies berwarna putih. Izah berwarna biru. Adrian berwarna hitam.

Izah memilih laluan ke kiri. Sebenarnya begini. Ada tiga simpang di kawasan perumahan tersebut. Reza jogging di simpang pertama. Adrian di simpang kedua. Dan Izah di simpang ketiga.

Tetapi tiada siapa dapat menjangkakan apa akan berlaku.

Ketiga-tiga mereka berlari perlahan dan terus berlari. Sampai memasuki satu kawasan kampung yang rumahnya berjarak jauh. Boleh tembus ikut kawasan perumahan Reza dan Izah.

Sampai di satu tempat(masing-masing di tempat berlainan) mereka bertiga ternampak satu kepulan asap hitam yang sangat tebal.

Mereka berlari ke arah tersebut. Orang ramai telah berkumpul dan mereka sedang menyaksikan satu kebakaran. Kilang papan terbakar! Api semakin marak.

"Ada ramai yang terlerangkap kat dalam"

Ada diantara mereka berbisik. Adrian , Izah dan Reza masih tidak terserempak.

Mereka bertiga mendengar lagi bisikan tersebut.

"Tidak silap ada 9 orang yang masih berada di dalam tu."

RAHSIAWhere stories live. Discover now