BAB 7

132 8 4
                                    

Bulan mengambang sungguh Indah. Ekor sembilan Reza digerakkan.

'Haih. Ni lah perangai manusia. Ajak jumpa tapi lambat.'

Sedang dia membebel. Cahaya putih muncul dan disebalik cahaya itu muncul Izah Noh. Sedang Reza ingin meneruskan bebelannya kabus putih pula muncul. Adrian di situ. Tetapi........

"Kenapa kau bawak dia?"

"Sukati aku lah sibuk je."

"Tapi dia bukan macam kita. Kalau dia cakap kat orang macam mana? Kita akan terancam!"

'Hek eleh propa sekor ni bising je'

Bisik hati kecil Zawawi.

"Dia sepupu aku. Dia tau aku ni apa. Dia tau tentang kewujudan Izah. Dia tau kau tu apa sebenarnya."

Adrian membalas.

'Dah agak dah terbuntang mata korang'

Adrian berbicara didalam hati.

"Macam mana? Macam mana dia tau? Kau bagi tau?"

Izah bersuara.

"Tak ahh dia tengok dekat twitter. Hek eleh. Takde masa aku nak bagi tau lah. Dia ni sebenarnya bukan manusia biasa. Dia dilahirkan dengan satu anugerah pancaindera. Anugerah melihat masa hadapan. Jadi nak buat camne. Dia dah nampak korang siapa. Pastu dia dah nampak kita nak jumpa. Pastu nak ikut. Nak buat camne terpaksa lah aku ajak. Kang menyentap je menyampah aku. "

Reza dan Izah pandang Zawawi tanda tak percaya.

"Tak caya dah. Ni korang senanya nak buat apa jumpa ni?"

Zawawi berkata.

"Kata boleh nampak masa depan takkan tak tau kot?"

Izah bersuara. Sarkastik.

'Boleh tahan minah ni.'

Bicara hati Adrian.

"Kau ingat aku ni takde life ke sampai semua benda aku kena nampak. Poyo je. Aku bukan boleh nampak semua benda apa yang akan jadi."

Izah terbatuk kerana tersedak. Tu lah kifarah menyindir je kerjanya.

"Dah lah. Jom kita duduk sana. Kita kena berbincang."

Ajak Reza. Mereka berjalan menuju ke sebuah tempat yang lapang. Berada di puncak bukit di kawasan perumahan Reza dan Izah. Semua memandang langit.

Adrian memulakan bicara.

"Reza. Ceritalah. Macam mana kau boleh...."

"....Boleh ada ekor sembilan ni? Jadi rubah?"

Reza memintas bicara Adrian.

"Yap."

Reza menarik nafas sebelum memulakan bicara.

                                ************

"Abang. Sayang nak jugak makan buah dari hutan tu!"

"Tak boleh sayang. Bahaya!  Faham?"

"Abang tak sayang anak dalam kandungan ni ke. Dia yang nak. Bukan sayang."

Si isteri mula sedih kerana keinginannya ditolak suami tercinta.

Si suami pun tak sampai hati melihat wajah muram si isteri.

"Abang cuba."

Akhirnya si suami mengalah dengan kehendak di isteri.

Si isteri terlalu gembira dan terus memeluk si suami lalu berkata.

"Terima Kasih abang. Sayang abang."

                              *************

Si suami menyusuri ke dalam Hutan Hitam. Gelap. Seram. Menakutkan. Itu yang boleh digambarkan.

Dia berjalan dan terus berjalan. Mencari buah untuk si isteri tercinta yang mengidam untuk zuriat pertama.

Akhirnya dia jumpa apa yang dicari. Tetapi dia terlupa. Bahawa itu Hutan Larangan. Hutan yang penuh sumpahan.

Buah yang dipetik si suami juga tidak terkecuali. Mempunyai sumpahan. Sumpahan RAHSIA.

                            ***************
Uwekkk *bunyi bagi menangis bila keluar*-.-

Seorang putera dilahirkan. Tapi......

"Nah encik. Dia bukan manusia . Separa manusia dan......"

                           ***************

"Rubah berekor sembilan."

Reza berkata sambil memandang ke arah bulan purnama. Sungguh indah. Bulan menerangi langit malam. Seperti ada dunia lain di sebalik awan.

"Jadi. Kau ni kena sumpah sebab mak kau dulu makan buah dari hutan tu?"

Zawawi bertanya.

Reza sekadar mengangguk.

"Aku ingat Snow White je makan buah kena sumpah."

Okay Adrian cuba buat lawak tapi tak jadi but dia cuba.-.-

"Sejak peristiwa tu. Daddy and Mummy aku terus pindah ke sini. Sebab dia taknak perkara makin teruk."

Reza menyambung bicara.

"Dulu kau duduk kat mana?"

"Dekat satu kawasan perkampungan di korea."

Reza membalas pertanyaan Izah.

Mereka semua terdiam. Masing-masing melayan perasaan. Sampailah Reza bersuara.

"Izah. Macam mana pulak kau jadi macam ni?"

Izah Noh memandang kearah Reza. Dia berdehem seketika sebelum memulakan bicara...

---------------------------------------------------------------------------------

P/s: Kahkahkah. Ada yang tunggu untuk chapter ni keh? *rolling eyes* Okay. Hahahaha. Tunggu for next chapter ya. Omegodd dah nak dekat sekolah tidakkkkkk!

RAHSIAWhere stories live. Discover now