sapa kat sini pernah kena tindih?
mak aku cakap biasanya bukan hantu yang tindih kita tapi roh tu tak sempat nak masuk, entah la betul ke tak
mak aku cakap lagi 'mungkin hang ni penat sangat kerja kot abu hoi' .. hahaha
tapi apa yang aku nak cerita kat sini memang pengalaman aku la..
malam jumaat, sedara aku balik semua ( aku duk dgn mak ayah, family tu adik beradik aku yg duk tempat lain balik umah mak ayah, esok lusa kan cuti..),
so aku x dapat tido bilik terpaksa tido kat ruang tamu,
malam tu pulak aku tido lambat sebab layan Runningman,
korang tahu la kalau layan citer bodoh tu mesti gelak gila2..
mak aku da nasihat jangan dok gelak gila-gila bagai...
aku yang degil ni layan la citer tu dgn anak buah aku yang lain,
so bila citer dah habis, anak buah aku tu masuk la bilik tidur masing-masing kan..
di ulang, aku kena tidur kat ruang tamu
tempat tidur aku tu kebetulan berdekatan dengan tangga turun bawah..
kat sini la berlaku...
bila tengah tido jer dalam sedar dan ngantuk bagai maklum la kul 2 pagi kot aku rasa tangan aku kena cengkam,
dada aku kena himpit
dan aku tak boleh nak bersuara
dan aku rasa benda yang berbulu-bulu.......
kenapa bulu tuu..
apakah..
dan aku cuba lagi nak buka mata dan berjaya..
aku nampak sesuatu yang berdiri sebelah aku sambil kepala dia menbengkok memandang aku..
aku jerit laaaaa
satu family bangun siot..
mak aku tanya kenapabising bagai...
aku cakap la kat mak aku kena tindih bagai...
mak aku boleh bantai pergi gelak..
'kan mak da cakap jgn dok gelak bagai, hang tak dengaq. yang hang dok tidoq kat tepi tangga tu awat?' emak aku bebel daaa
'laa mak , nak tidoq tang mana lagi kali kat ruang tamu tu abang dah ambik...' aku balas la
'hang tau tak kat situ laluan syatoin nirojim nak lalu, laluan jin semua la' mak aku bebel lagi
laaaaaaaa
YOU ARE READING
APAKAH??
Horrorcerita seram yang selalu aku alami sorry bukan kopy passse ok... original by me enjoy la