ABANG TAK NAK MARAH SAYA LAGI...?

53 3 0
                                    


Satu hari,aku datang kerja lewat sikit sebab dapat perlepasan untuk ambik report card anak aku kat sekolah.Masa aku sampai,hujan tgh lebat sangat.Makanya,ramailah pesakit2 ni yang x blh balik dan tersadai kat klinik.Maklumlah,kebanyakan diorang datang naik moto atau bas aje.Kenalah tunggu hujan berhenti dulu.Lagipun,guruh tengah berdentam dentum.Masuk je kat klinik,aku dah dengar suara si mangkuk sama kuat dengan suara petir kat luar.Issyy..budak mangkuk ni ada kene dipanah dek petir kang..Aku pasang telinga perbualan diorang.

"Ni apa x balik lagi ni?Ubat korang dah dapat kan ?Tunggu apa lagi?"

"Bang,hujan lebat sangat ni.Macam mana kitorg nak balik.Nanti dah reda kitorang baliklah"

"Itu masalah korang.Aku sakit mata tengok korang ramai2 kat sini.x blh nak fokus buat keja tau tak?'

Ok...Sampai sini darah aku dah mendidih.Kuang hajau sangat si mangkuk ni..Aku terus tarik si mangkuk ni masuk bilik aku(bilik pejabat aku.jgn nak menguningkan kaler otak korang).

"Wei,mangkuk,ko ni dah kenapa?Halau orang x tentu pasal.Tu..kau x nampak macam mana lebat hujan.Dengan petir segala.Kalau aku suruh kau balik naik motor sekarang,apa kau rasa?"

"Ala...rileklah...yg ko emo x tentu pasal ni kenapa?Ko jangan bagi muka sgt kat diorang tu.Cakap nak kena tegas.kalau x dipijaknya kepala ko nanti.."

"Ko jangan,kuk..Diorang tu manusia,tau.Pesakit kita lagi.Sepanjang aku kat sini,x de plak aku nampak diorang pijak kepala bagai.Jadik apa2 kat diorang karang,sapa nak jawab?"

"Haaa...yang tu ko jgn susah.Aku tanggung.Ko jaga je kuman2 ko tu"

Si mangkuk tu boleh berlenggang keluar dari bilik aku.Aku jenguk kat luar,Cuma tinggal sorang pesakit je lagi yang tunggu kat klinik. Habis yang lain aku x tau pegi mana.Ya Allah....Kesiannya kat diorang..Hujan masih melebat..Aku pergi kat pesakit yang tinggal tu.

"Sudin,mana kawan2 awak yang lain?"

"Haa?oh..diorang malas nak dengar abang tu bisisng.Diorang pergi berteduh kat kantin,misi."Jawab pesakit ni sambil aku tgk tangan dia terketar2.

"Awak ok x?sejuk ke?Napa gigil2 tu?"

"demam,misi.Tadi saya dah mintak ubat ngan abang tu tapi dia x kasik.X pelah.Saya dah biasa mcm ni.Nanti ok latu"

Nak nangis aku dibuatnya.Aku masuk balik bilik,ambik panadol sepapan,(misi mmg biasa simpan panadol sendiri)aku bagi kat Si Sudin kat luar.

"Nah sudin.makan 2 bijik je.Yg lebih awak simpan kalau demam lagi kat rumah nanti"

Sumpah!!Aku x leh lupa muka Sudin masa tu.Dengan mata yang berkaca,dia ambik ubat yang aku bagi.Bibirnya menuturkan terima kasih tapi x de suara yang aku dengar..Perlahan2,Sudin bangun dan keluar klinik.Kebetulan hujan dah makin mereda.

Keesokan harinya,hari minggu.Tapi aku kena gak datang kerja.Biasalah,banyak data2 yg belum sempat key in.Hujan hari ni makin lebat.Jam baru pukul 9 pagi tapi langit dan suasana sekeliling dah macam pukul 7.30 malam.Bagi klinik methadone,dibuka setiap hari.Cuma hari minggu sampai pukul 12 tgh hari je.Masa aku sampai,x de sorang pun pesakit masa tu.Letak beg,aku terus kusyuk menaip sampai aku tengok jam dah pukul 11.30 pagi.Untuk meredakan pinggang yg lenguh,aku berjalan keluar dari bilik aku.Sampai kat muka pintu,aku nampak sorang lelaki tgh berdiri.Dia pakai baju hujan dan kepala bertutup hud.Kepalanya menunduk sahaja.Aku kenal pesakit ni.Dah biasa aku tengok Sudin pakai baju hujan ni.Tapi agak samar2 sebab kat luar langit masih gelap.Hujan masih belum menunjukkan tanda nak berhenti.

"Sudin,awak buat apa berdiri kat luar ni?Dah makan ubat ke belum?"

Sudin menggelengkan kepalanya.Tetapi masih menunduk.Tiba2 dia menyeluk poket baju hujannya dan menghulurkan padaku sepapan panadol yang telah luak 4 biji

"X pelah misi.Saya datang ni nak pulang balik panadol yang misi bagi.Tapi saya dah makan 4 biji"

"Laa...yang awak pulang balik kenapa?Kan saya suruh awak simpan kat rumah"

"Tak pelah misi.Saya dah x perlukan panadol ni lagi.Terima kasih misi sebab baik pada saya.Saya cuma nak jumpa dgn abang mangkuk kejap"

Sebab si Sudin ni x berenti menghulur panadol tu,aku pun ambik la.Aku masuk balik bilik aku nak siapkan kerja yg sikit lagi nak habis.Panadol tu aku letak atas meja.Lebih kurang stengah jam kemudian,tiba2 aku dengar suara lelaki menjerit ketakutan.Terkejut aku lantas aku berlari nak tengok sapa pulak yg menjerit x tentu hala ni.Kat kaki lima klinik,aku tengok si mangkuk terduduk atas lantai yang basah dengan hujan.Matanya terbeliak dan dia menggoyang2 kan tangannya ke satu arah.Tapi aku x nampak sapa2 pun kat situ.

"Wei,mangkuk,ko dah kenapa ni?"

Mangkuk x leh nak bercakap apa2.Muka dia pucat lesi.Tangan dan satu badan dia menggeletar.Macam tersampuk hantu pun ya si mangkuk ni.Aku nak pegang pun x kena gaya.Bukan muhrim kau...Nasib baik Mail(Attendent) keluar dari dalam klinik.

"Ehh.kenapa pulak ngan si mangkuk ni?"

"Ntahlah mail.saya dengar suara orrg mnjerit.tgk2 si mangkuk ni dah mcm ni".

pasal dah x tau nak buuat apa,mail membacakan ayat kursi dtelinga mangkuk.Beransur2 si mangkuk kembali tenang.tapi dia masih x maampu bcakap.muka pucat mcm kena deemam kepialu.last2 mail tpaksa hantar dia balik rumah sbb si mangkuk dh mcm patung cendana.x. respon apa2 bila dtanya.Aku pun tetiba rrasa seram. sejuk.Darripada dok sensorg kt sini,aku packing barang2 terus balik rumah.

APAKAH??Where stories live. Discover now