Disember 2015
Masuk harini dah seminggu aku terperap di rumah, meskipun semester enam aku ini sudah bermula hampir seminggu lalu. Tidak, ini semua bukan disebabkan aku malas datang kuliah cuma kau orang faham-faham sajalah di semester akhir ni para siswa-siswi akan menjalani latihan industri di beberapa tempat yang terpilih. Namun sehingga ke hari ini pegawai HR company yang aku contact minggu lepas untuk internship masih lagi tak menghubungi aku untuk memberitahu sekiranya ada kekosongan dalam bahagian interns di tempat mereka. Agak frustrating bukan?
Ikutkan persediaan aku sendiri untuk semester ini boleh dikatakan tersangatlah ill-prepared. Kenapa aku cakap macam tu. Kerana persediaan aku untuk semester ini agak kokap akibat kerana kesibukan aku menyiapkan tesis final year project aku yang boleh dikatakan jugaklah, agak memeritkan. Imagine, segalanya kau kena juggle baik sistem dan aplikasi yang kau gunakan untuk menyiapkan tesis final year project kau disamping menyiapkan resume dan curriculum vitae kau sendiri. Siapa tak pening bukan? Even aku ni bukanlah handal sangat guna software macam Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan sebagainya.
Dipendekkan cerita, selepas lunch dengan family. Aku beritahu mak aku yang aku nak keluar petang tu mencari briefcase untuk diisi dokumen penting waktu interview internship nanti. Memang aku nak keluar semalamnya tapi disebabkan hujan lebat perancangan aku jadi tergendala. Inilah susahnya kalau tak berkenderaan sendiri. Honestly, aku memang malas berkereta di Lembah Kelang ni sebab mengenangkan sikap pemandu kita di jalanan yang macam haram jadah. Satu attitude yang tak pernah berubah sejak aku jadi penumpang 25 tahun dulu, daripada bapak aku drive Mercedes Benz W115, Volvo 240 Saloon, Proton Saga Iswara, hinggalah Proton Waja 1.6 4G18 SOHC I4.
Memandangkan aku pun tak tahu berapa lama aku akan berada di luar sana, aku cas bateri smartphone Asus Zenfone 6 aku cukup-cukup sampai 100% dan tidak aku lupakan powerbank Pineng 20,000mAH aku cas jugak dalam sejam disebabkan aku dah cas 7 jam lepas dia kong kelmarin. Aku sarungkan t-shirt Hard Rock Cafe Bali, beserta baju flannel merah, biru, putih L.O.G.G. H&M dan seluar chino Uniqlo. Aku bawak sekali beg galas laptop hitam untuk aku isi briefcase file bersaiz A4. Dalam beg tu jugak aku isi antologi cerpen karya Nami Cob Nobbler Teh Tarik Gelas Besar dan non-fiction How to Outwit Aristotle oleh Peter Cave. Seperti kebiasaan kalau aku nak keluar atau pergi kuliah, aku akan cium tangan parents aku. Terima kasih mak sebab bagi belanja tadi. Selain briefcase, ada benda lain lagi aku nak cari. Bedak talkum Aiken yang aku selalu pakai lepas mandi dah habis. Sebelum keluar mak aku pesan suruh bawak kunci rumah just in-case kalau aku lambat pulang ke rumah.
"Arbain, tolong bawak kunci rumah dengan remote pagar. Senang nanti kalau kau balik time maghrib. Takdelah kau tertunggu kat luar if mak tengah sembahyang. Anyway, don't forget to hang these key's on the key hook. Kakak kau tertinggal tadi."
"Okey, nak bawak kunci ni ke mak?" Saja aku tanya walaupun aku tau tu bukan kunci yang sepatutnya aku bawak.
"Eh, ni kan kunci kereta kakak kau. Kau bawaklah kunci rumah yang tergantung tu."
Aku pun turun ke bawah dan terus bersalaman dengan bapak aku yang tengah baca surat khabar kat ruang bacaan sebelah dining room tetamu. Tanpa melengahkan masa aku terus meletakkan semula kunci kereta Honda Fit 2015 di penggantung kunci dan sambar kunci rumah. Kebetulan Syirah, anak tunggal abang aku yang berusia 6 tahun ada di ruang tamu menonton Playhouse Disney. Abang aku tiada di rumah kerana dah berangkat ke Singapura awal pagi tu. Sementara menunggu kepulangan abang aku lusa nanti maka kakak ipar tinggallah di rumah parents aku. Syirah datang terus menyapa aku.
YOU ARE READING
Buat Rilek Saja
Short StoryBiarkan. Tak perlu risau apa bala yang melanda. Tak perlu khuatir akan cabaran yang mendatang. Tak perlu pikir apa-apa pun. Kita buat rilek saja. There's nothing to be worry about at all.