Sedari aku sudah lebih berbulan lamanya jari telunjuk aku tidak menyentuh icon Instagram. Entah mengapa aku berasa amat takut hendak menyentuh apatah lagi melancarkan aplikasi milik Encik Mark Zuckerberg tersebut. Sudah berapa lamanya replies tak berbalas, DM tak terusik apa lagi seen dan gambar tak ber-like. Kebiasaannya aku akan like gambar profile yang aku follow terutama sekali kawan lama zaman sekolah, kolej, para celebrity dan public figures serta adik angkat yang juga jiran satu apartmentF aku ketika di MSU, Ika dan juga kawan sekampus tapi lain course seperti Zara dan Zue. Tidak dilupakan bekas housemate aku iaitu Jijie dan Walter.
Seperti juga Twitter, Pinterest dan Tumblr, aku bukanlah IGers yang aktif sangat pun. Kadangkala, satu gambar pun aku tak upload dalam tempoh masa yang agak lama seperti dua minggu. Seingat aku pada suatu ketika masa baru memiliki smartphone Samsung Galaxy S2 Plus adalah saat-saat keemasan dimasa aku teramatlah aktif memuat naik gambar ke akaun aku. Masih ingat lagi trend foto berfilter hitam putih yang diinspirasikan dari music video band The 1975 dan The Neighbourhoods pada tahun 2013 hingga 2014 dulu? Waktu itu ianya memang hype namun bila dah terlalu mainstream ke tahap agak kitschy sehingga semua orang buat daripada rempit hinggalah budak baru nak up. Ianya jadi amat mengjengkelkan.
Apabila aku bertukar kepada Asus Zenfone 6 pada lewat tahun 2014. Segalanya berubah dimana aku hanya menjadi follower tegar sahaja. Disebabkan keangkuhan Asus yang tidak meng-outsource kamera untuk telefon pintar dan dengan beraninya membina Pixelmaster-nya dari scratch atau senang ceritanya tanpa sebarang pengalaman dalam pembinaan kamera. Aktiviti menangkap gambar untuk menjadi semakin kurang. Aku tidak berpuas hati dengan tahap kualiti kamera smartphone Asus aku ni.
Maka aku demi mengisi ruang melampiaskan kebosanan aku menjadi follower tegar pengguna Instagram yang lain. Antaranya peserta pertandingan ratu cantik. Ya, aku memang seorang peminat pertandingan ratu cantik. Lebih-lebih lagi sekiranya ia pertandingan ratu cantik antarabangsa yang diadakan di negara kelahiran aku sendiri. Disebabkan juga hubungan aku yang semakin renggang hingga retak terbelah seribu dengan bekas kekasih aku, gadis-gadis peserta ini adalah tempat ganti bagi aku untuk memuji keindahan, kecantikan makhluk ciptaan Illahi yang bernama wanita.
Hanya memuji, bukan bermakna mencinta. Benar cinta itu akan lahir daripada puji-memuji namun kadangkala cinta itu lahir tanpa sebarang compliment dari kedua buah pihak merpati dua sejoli. Cukup sekadar dari lirikan mata pandang pertama.
Di dalam ramai-ramai gadis peserta ini, seorang yang berjaya memukau pandangan aku adalah Emmanuelle Martin, gadis blonde manis yang merupakan wakil negaranya Switzerland dalam pertandingan ratu cantik pelancongan dunia yang diadakan di Melaka pada Januari 2016. Berasal dari Geneva dan berpewatakan menarik serta peramah dan happy go lucky. Aku menyifatkan beliau sebagai gadis blonde yang tercantik pernah kulihat sepanjang hidup aku. Aku tak expect gadis blonde tercantik berbahasa Francophone kerana umumnya stereotaip blonde vixen itu selalunya identik kepada gadis Eropah yang berbahasa rumpun Germanic ataupun Slavic dan Baltic (tidak dilupakan Finnic, cuma bahasa mereka bukan dari kategori rumpun Indo-European).
Mulanya hanya sekadar 'like' dan komen puji-pujian serta memberi kata semangat untuk mara ke suku akhir. Akhirnya beliau follow aku kembali di Instagram dan kami mula bersahabat di ruang maya menerusi aplikasi Snapchat. Boleh dikatakan aku like semua gambar dia di Instagram dan aku selalu komen momen dia di Snapchat. Salah satu sebab aku berasa amat senang dengannya adalah responnya yang positif bila aku memujinya sebagai gadis cantik. Kebiasaannya gadis Eropah memang begitu, mereka sememangnya menghargai pujian orang berbanding gadis rumpun Austronesia yang terkenal dengan sikap pemalu dan penyegan.
Paling tidak aku lupakan betapa terujanya beliau apabila dihadiahkan sepersalinan baju kebaya nyonya oleh penganjur pertandingan ratu cantik pelancongan dunia yang disertainya di Melaka. Sebagai seorang bakal pereka fesyen (kebetulan beliau adalah pelajar dalam bidang rekaan fesyen), sudah tentu ini merupakan saat keemasan. Siapa tidak mahu kalau diberikan masterpiece secara percuma bukan? Gambar tersebut telah beberapa beliau kongsikan di Instagram dan Snapchat. Aku sedikit sebanyak turut berkongsikan sejarah di sebalik pakaian tradisi wanita Peranakan tersebut walaupun aku sendiri tiada setitik pun darah Peranakan. Aku nyatakan bahawa pakaian tersebut adalah pakaian utama sewaktu tempoh Belle Époque oleh wanita bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura pada lewat kurun ke-19 dan sebelum Perang Dunia Pertama.
YOU ARE READING
Buat Rilek Saja
Short StoryBiarkan. Tak perlu risau apa bala yang melanda. Tak perlu khuatir akan cabaran yang mendatang. Tak perlu pikir apa-apa pun. Kita buat rilek saja. There's nothing to be worry about at all.