Kawan BF Atiqah

32 1 0
                                    

27 Julai 2014

Sedang sibuk aku membelek kemeja untuk dipilih ketika di H&M tiba-tiba aku dikejutkan dengan sapaan dari belakang sorang brader yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun.. "Yo bro, sorang je?" sapa mamat tu sambil menghulurkan salam.. dengan fikiran yang kehairanan aku membalas salamnya dan menjawab "ahh, aku datang sorang jer".. dan aku tanya balik
"kau datang dengan siapa?"
"aku datang sini dengan member2 aku hah" jawabnya lagi..
Dengan wajah kehairanan yang tak dapat lagi aku bendung, aku memberanikan diri bertanya soalan mungkin membuatkan brader tu pelik semacam dengan aku..
"Nak tanya bro, kau kenal aku ke?"
Jawabnya balik sederet..
"Lah, takkan dah lupa kot bro. Kan kita pernah lepak sama kat Cuci & Chill 3 bulan sudah dengan si Atiqah"
Bila dia sebut nama Atiqah baru aku ingat. Budak course akaun asal Setiawangsa yang tinggal satu apartment dengan aku tu. Memang aku selalu lepak dengan dia sebelum dia kapel dengan sorang mamat jock hunky member brader tadi.
Dammit, camner aku boleh lupa? Mungkin sebab kalut tercium bau ketiak pekerja asing benggali masa dalam bas GoKL tadi agaknya.

Buat Rilek SajaWhere stories live. Discover now