27 Julai 2014
Semalam aku bershopping baju H&M Lot 10 Bukit Bintang. Entah kenapa hati aku tergerak nak membeli baju semalam sedangkan aku ni bukanlah jenis kaki shopping pun. Aku rasa lebih 5 bulan aku tak beli baju baru (satu pencapaian yg agak baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya)
Nak dijadikan cerita, ketika hendak naik ke seksyen pakaian lelaki. Nun dari eskaletor aku terpandang sorang hijabster melayu berpelukan dgn sorang lelaki india yang berpawatakan lembut yang aku kira usia mereka dalam lingkungan muda sikit dari aku. Aku tersentak jadi terpinga-pinga. Terus aku menggeleng2kan kepala dan tersenyum di dalam diam.
Sejujurnya, aku bukanlah seorang voyeurist sebab aku sebelum ni pun pernah nampak lebih teruk dari tu. Namun, aku agak 'amazed' dengan keberanian mereka melakukannya secara depan-depan di khalayak ramai lebih2 lagi di bulan puasa ni. Mungkin secara spontan gamaknya.
Bulan puasa apa kira beb?
YOU ARE READING
Buat Rilek Saja
Short StoryBiarkan. Tak perlu risau apa bala yang melanda. Tak perlu khuatir akan cabaran yang mendatang. Tak perlu pikir apa-apa pun. Kita buat rilek saja. There's nothing to be worry about at all.