Hari ini adalah hari yang sangat susah untuk aku mentafsir perasaan aku sendiri. Risau, Takut, Malu, -macam-macam lagilah!.
"Hoi! Kau dah kenapa dari tadi termenung je? Cepatlah, jom turun, kita kena bertugas!" jerit Raisyah, seorang kawan yang sangat komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang Pengawas Koperasi. "Eh kau, bila masa aku termenung?" balas aku, tidak mengaku. "Kejaplah weh!" balas aku sekali lagi sambil mengambil buku sains dari dalam beg selepas meneliti jadual kelas yang terpampang elok pada papan kenyataan kelas.
Hati aku berdebar. Ugh! kenapa dengan aku ni. Tiba-tiba, eh kejap itu bukan dia ke? Timbul tanda tanya dalam fikiran aku.Okay tu memang dia! Lelaki yang aku perhatikan dari tadi sedang berjalan ke arah koperasi, ke arah aku! Tak keruan aku jadinya. Okay chill sofea chill; Aku pusing kebelakang, dengan harapan Raisyah atau junior yang lain ambil alih tempat aku sekejap tetapi tidak menjadi. Orang terlalu ramai, tambahan lagi dengan mereka yang mengenali aku. "Sofea, nak roti ikan bilis" "Peah, nak ice lemon tea" "Kak Pea, nak keropok ikan tu!" Siapa je sampai hati tengok diorang ni? haha. Tergelak aku.
Pembeli semakin surut jumlahnya. Tiba-tiba, cahaya matahari yang tadi terik, memancar direct pada muka kian mendung, seakan akan gelap. Aku cuba mendongak melihat gerangan yang berdiri dihadapan aku itu. AL... LA... MAK... Aku kaku, kelu. Sofea Raudhah! ni kerja kau. Be profesional! "Ye nak apa?" soal aku, menutupi segala yang bermain diminda aku waktu itu. "Em, nak air ice lemon tea dengan sandwich ni".
Saat aku berpaling ke arah peti air, aku membuat muka lega. Raisyah ternampak lalu menyoal, "Kau kenapa? penat nampak?". "Ish, mana ada!". Aku letakkan kedua dua pesanan itu diatas counter. "Em berapa ye?So.." "Du.." belum sempat aku menjawab, "fea Raudhah." "Ha?" jawab aku kelu, keliru. "Berapa jumlahnya sofea?" "oh, dua ringgit dua puluh sen".