Keesokan harinya, kami masuk kelas tanpa sepatah kata sehinggalah Nabil yang duduk di belakangku memulakannya. "Sof" sambil mencucuk belakang aku dengan mata pen. "Aduh! tak reti panggil baik-baik ke ha?! and what did you call me? Sof? seriously? Pea tu okay lagi tahu tak! Kenapa suka sangat shortform kan nama aku! ughhh" "Garangnya" "Dia memang cam tulah bil, takyah amik hati sangat, kau ada salah kot, nanti minta maaflah kat dia" "em memang pun, thanks mad"
"Caa! correction tape aku dah habis!" normallah, jerit depan pintu kelas. "Lepas ni MT lah pea" "Tapi cikgu tak datang" "Malas" jawab Raisyah, sayu. Nak tunjuk penat sangatlah tu.
"Sofea nak pergi koop ke?" Siapa pula yang tanya ni? "Haah nak beli correction tape" oh, It's Nabil.
"Abil ikut sekalilah, nak beli buku panjang. Tak cukup huhu"
"Oh emm okay okay jomlah"eh, dia bahasakan diri dia Abil ke dekat aku? hahahaha
"Em aku panggil kau Peah boleh? Sofea macam awkward sangat pula" tanya Nabil dengan lembut. Dia dah kenapa? ish, takut aku marah ke? "Memang orang panggil aku Peah pun so boleh je"
"Pasal first day tu, aku minta maaf sangat sangat..." Nabil memulakan hasrat sebenarnya. "Oh yang itu" "Aku tak perasan pun masa tu. Aku betul betul minta maaf. Kalau kau tak marah marah mesti lagi tak perasan aku masa tu. Nasib kau ni kuat ngajuk. Senang nak tahu bila salah".
aikk?
"Hm Nabil, sebenarnya aku jenis pendam dalam hati je. Aku langsung tak reti marah orang, sebab aku rasa setiap kata yang aku keluarkan, itu sebenarnya aku sendiri, jadi aku takut orang kata 'kau pun sama je'. Kalau aku marah, aku akan nangis, dan salah satu cara untuk aku tunjuk my dissapointment pada orang lain adalah dengan perbuatan, cause I'll be totally silent bila marah. Jadi kalau aku jauh dari kau, aku jalan sorang sorang, aku kawan dengan orang lain, aku bukan merajuk, Aku tak harap untuk dipujuk. Itu cara aku untuk ubat hati sendiri, ajar diri bersabar. Lupakan benda remeh yang menyakitkan hati. Hm tulah. Faham?"
"Oh sorry Sofea, its an honoured to know that. Aku tak tahu, jangan marah aku lagi btw are you having a hard time now?
"haha siap honoured, aku cakap macam ni sebab aku nak kau tahu, ada orang lain yang tak sama cara macam kau. Kau tetap kena hormat. Get it?. oh nope, Im okay."Perempuan."
"Ha?"
"Nothing"Jauh. ya jauh. Kami dari blok belakang dan koperasi boleh dikatakan sangat jauh kerana perlunya kami melintas padang, dataran perhimpunan dahulu.
"Pakcik air mineral pakcik, penat ah" "Nak juga" "Dua ya?"
"Yup" jawab kami serentak.Belum sempat aku menghulur duit di antara grill itu, Nabil telah membayarnya. "Wah, belanja aku?" "shh". Haa? apakah??