"Exam 1 dalam 3 minggu lagi, so ready ya semua"
"ahh exam!!" keluh semua pelajar Indigo, kelas pertama daripada 7 kelas Tingkatan 4.
Aku sangat bersungguh dalam persiapan menuju peperiksaan kerana untuk mendapatkan tempat top 10 bukanlah senang. Kawan baik aku sendiri adalah pesaing aku.
"Sofeaaa" kedengaran satu suara yang berbisik. Err apa tuu... "Pandang le belakang" "pe kau nak?" "korang berdua pandai, nak join study boleh tak?" "Erm setiap hari, balik sekolah sampai 5petang, okay?" Potong Raisyah. Dia memang minat study group tapi limitedlah. "Baik cha, set"
Senang.
********************
"okay, make a group of 4 everyone"
erm, aku ngan cha je.
"What it take you too long? Do you guys want me to make a group for you? " "YES"
"Now, you turn back, you turn back, ..... "
ha. nice. dengan dia lagi.Nabil tengah menulis, bincang dengan Raisyah.
Honestly, lepas diperhatikan, Nabil ni good-looking, smart, pakaian dia neat je. Muka dia tak putih sangat, Tapi ada Nur barangkali. Mata dia, coklat cair, cantik. Bibir dia pink. Harap harap nanti kau tak hisap rokok. Kalau ya, hitam lah bibir seksi kau ni. Orangnya tinggi lampai, 180cm. Keding je, matured. "Haih, untung siapa dapat kau"
"auuchh! asal kau siku aku, cha?"
"Gila ke?! orang suruh bincang BI ni kau sibuk untung siapa dapat Nabil!"
"Ha? mana kau tahu ni?" Bisik aku.
"Pfft. Semua tahu! kau cakap kuat kuat!"SOFEA RAUDHAH!!? KENAPA DENGAN KAU!!! HUAAAA MALUNYAAAAA.
"Ayok Pea, kantoi." "Diamlah Mad! Aku saja je". Muka aku betul betul merah sekarang. "Hahaha" balas Nabil. Merah juga mukanya. Yang muka kau nak merah tu asal? bil bil.
*******************
"Sofea Raudhah"
siapa tu? suara tu betul betul pernah aku dengari tetapi sangat jarang."Abang!" jerit aku lalu memeluk abang kesayangan aku itu. Ramai yang memerhati serta menghayati adegan itu. "Bila Abangah balik?" Soal aku kegembiraan, sambil air mata yang menitis dikesat. "Around 5am" "Ye je? sofi tak nampak pun" "Tiba rumah around 8am adik oi, awak di sekolah lagi." balasnya sambil menarik pipi aku.
"Assalamualaikum"
"Eh Nabil, waalaikumusalam lama tak jumpa"
"What do you mean lama tak jumpa? He is new here."
"I know him Sofi, get in the car"
"What are you trying to do Abangah?!"
"JUST GET IN THE CAR."
"NOW!!!"Bagi orang lama yang melihat situasi itu, mereka sangat memahami apa yang berlaku. Tapi yang baru, risau &takut menyelubungi diri.
Abangah seriously, stop it. Malulah sofi macam ni abangah.
Aku sandarkan kepala pada dashboard dihadapanku lalu menangis.