"Gambar perempuan mana kau tangkap ni?" Rock membulatkan biji mata. Tanda tak percaya bila melihat gambar yang berada di tangannya.
"Gambar mana Rock? Mana ada aku ambik gambar perempuan. Mengarutlah. Ingat aku macam kau?" membalas. Malas mahu melayan Rock yang selalu sangat hiperbola. Over.
"Ni lah, takkan pondan kot pandaiii" Rock tak puas hati, digoyang-goyang foto di tangannya itu. Tanda serius. Dawie mengerutkan dahi.
"Ko sure ke perempuan? Bukan hantu, bukan bunian., bukan pontianak?" tergelak Dawie.
Aku lebih selesa mengambil foto alam ciptaan Allah. Bukan wanita. Bagi aku wanita bukan untuk diekspoitasi. Keindahan wanita patut diabadikan untuk tatapan yang tersayang, yang berhak.
Kalau takat suka-suka nak kandid gambar awek cun, buat koleksi, upload dalam blog dan hebahkan, itu adalah eksploitasi, mencuri.
Tersirap darah aku bila melihat ada seorang wanita, sedang tersenyum manis di dalam gambar yang dihulurkan Rock.
"Kan aku cakap betul? Apa ni Dawie? Hantu Bunian ke? Nak kata pontianak, cun ja aku tengok." Aku membiarkan soalan Rock tak berjawab. Sumpah, aku sendiri tak tahu.
***********************************
Minggu lepas ibu telefon.
Katanya mereka sudah ada calon isteri buat aku. Aku terdiam lama, dan sebelum memutuskan talian aku minta ibu bagi aku masa 3 hari untuk aku berfikir.
"Aku? Kahwin? Layak ke??"
Selama 3 hari, aku tak tahu apa yang patut aku fikirkan. Dari segi pendapatan, mini studio yang aku usahakan dengan Rock rasanya memadai. Tempahan dari orang nak kahwin dah lumayan. Walaupun dalam keadaan aku yang sedang sambung belajar, tu bukan alasan.
Lalu aku tanya ustaz. Kata Ustaz Hasrizal, buatlah solat istikharah, Allah yang mencipta maka Dia yang Maha Mengetahui.
Hari ketiga selepas ibu telefon, aku bangun pagi dengan keadaan sangat nyaman.
Dalam doaku selepas Subuh, aku dapat rasakan ketenangan.
Aku telefon ibu dan nyatakan persetujuan.
Dalam hati, aku serahkan 100% pada Ilahi.
Kamera di tepi, aku tenung dengan pandangan kosong.
************************************
Esoknya aku bergerak ke fakulti seperti biasa. Tersimpan dalam beg, aku cetak 1 salinan gambar wanita misteri itu, dan aku letakkan dalam sampul surat.
Hasrat hatiku kalau aku jumpa gerangan orangnya, aku pulangkan balik.
Walaupun indah, untuk aku simpan aku tetap tidak sedap hati. Bukan style aku, ini dah menyalahi prinsip yang aku pegang selama ni.
Jenuh mata aku mencari orangnya, sampaikan kuliah pun aku dengar macam orang mabuk saja. Rock dah ketawa-ketawa. Sibuk menggiat aku.
"Dawie dah kena sampuk puteri bunian." Ah, sukalah kau kan Rock?
Dalam hati aku mengakui, aku tertarik dengan 'dia '. Selepas kecewa dengan cinta pertama, aku merasakan tiada lagi istilah Couple buat aku.
Semuanya aku serahkan pada Allah, dan hati ini, aku simpankan khusus pada wanita yang bakal bergelar isteri.
Teringat aku pada 1 lagi wanita misteri, yakni bakal isteri aku.
YOU ARE READING
Cerita Dari Hati
Historia CortaKoleksi cerita pendek tentang kehidupan - Definisi Cinta- "Kak Yan happy ke? Bertunang hari ni?" Sambil tunduk, dia meluahkan. Dia melihat Akak Salmah dan Cik Mira yang tercengang. Kak Yan nampak kaget, dan perlahan-lahan dia ketawa. "Lah, itu ke ha...