chapter 1 <3

5.7K 214 1
                                    

Fanfic pertama yang sungguh tak matang. Author harap korang bersabar waktu membaca, author pun menyampah baca balik cerita ni XD.

Tengah berusaha edit tanpa mengubah jalan cerita.

--------

'Kring....' jam milik jihyo mulai bunyi pada pukul 6.15 pagi. Jihyo bangun dengan keadaan yang masih mamai berjalan ke bilik air yang terdapat didalam biliknya. 35 minit kemudian jihyo telah siap dengan berpakaian seragam sekolahnya, rambutnya diikat toncang dua, bermake-up sedikit untuk menyembunyikan warna kulit mukanya yang sebenar dan memakai kaca mata yang berbingkai tebal.

"done" jihyo tersenyum melihat penampilannya di cermin. Jihyo mulai turun ke bawah sambil membawa beg sekolahnya untuk menyertai omma dan appanya yang bersarapan di ruang makan.

Omma jihyo iaitu puan cheon sungmi yang melihat kelibat anaknya yang turun dari tangga tersenyum kepada jihyo kemudian menyapa jihyo untuk turut serta bersama mereka. "hyo mari sarapan sebelum pergi ke sekolah dulu"

jihyo tersenyum kepada kedua orang tuanya sambil mengucap selamat pagi. Sambil menyapukan jam strawberry ke rotinya jihyo memberitahu aktivitinya pada hari ni selepas sekolah kepada kedua orang tuanya. Selepas jam sudah menunjukkan pukul 6.55 pagi, jihyo segera meminta diri kepada kedua omma dan appanya. Jihyo berlari kecil untuk kesekolahnya, disebabkan sekolahnya hanya terletak beberapa meter dari rumahnya, jihyo memilih untuk berjalan kaki.

Sesampainya dikelas jihyo segera duduk ditempatnya iaitu di tempat yang paling belakang dan paling hujung sebelah kanan. Hanya beberapa orang sahaja yang baru masuk kekelas kerana kelas mula pada pukul 7.45 dan sekarang baru pukul 7.05 pagi.

"selamat pagi seong im yang cantik" cha hyeon ah kawan karib jihyo yang duduk disebelah meja jihyo menegurnya. Ya, di sekolah kawan-kawannya memanggilnya dengan nama sebenarnya iaitu cheon seong im, manakala jihyo nama stagenya.

"selamat pagi hyeon, mesti ada apa-apa ni tetiba jer puji aku" jihyo mengangkat sebelah keningnya ke arah hyeon, dan hyeon tersenyum penuh makna kepada jihyo a.k.a seong im. Jihyo yang mengerti akan maksud senyuman itu mengeluh sambil mengeluarkan buku nota bersaiz sederhana dari begnya, dan menghulurkan buku bersaiz sederhana besar itu kepada hyeon. Hyeon dengan teruja membuka buku yang diberikan oleh jihyo itu, selepas melihat isi dalam buku tersebut, hyeon memeluk jihyo dengan erat.

"WAHH!!! Terima kasih seong im, kau lah kawan terbaik aku" Hampir sesak nafas jihyo dibuatnya apabila hyeon memeluknya dengan erat sekali.

"kau ni fanatik sangatlah kat group bts tu, ni dah kali yang ke sepuluh aku bagi autograf bts kat kau, tapi kau masih mintak kat aku lagi. Tau tak malu aku dibuatnya nak minta kat diorang bertujuh sebanyak sepuluh kali" jihyo berdecik kesal kepada hyeon. Isi yang terdapat dalam buku saiz sederhana itu terdapat autograf ahli-ahli bts kesemua tujuh orang.

Hyeon hanya ketawa kecil melihat jihyo yang sudah cemburut itu. "alah... kau kan rapat giler dengan suami-suami kesayangan aku tu, buat apa nak malu, lagipun kau kan memang tak tahu malu" selepas berkata seperti itu, hyeon terus mendapat sepakan daripada jihyo.

"aduh... Sakitlah seong im, kau ni kalau aku mati, kesianlah suga aku tu, nanti dia nak kahwin ngan siapa kalau bukan aku" hyeon mengusap bekas sepakan jihyo tadi dengan muka masam.

"kau ni main cakap jer aku tak tau malu, aku buat benjol kat kepala kau tu baru tahu" jihyo berkata dengan suara yang marah tetapi hyeon bukannya takut malah tersengih seperti kerang busuk.

"alah.... Aku gurau jelah janganlah macam ni, oklah nanti aku belanja kau makan nasi goreng khimchi kat restoran dekat depan sekolah tu. Ok?" hyeon mula memujuk jihyo dengan kegemaran jihyo iaitu makanan.

Who would I choose? √Where stories live. Discover now