Selepas beberapa hari kemudian, majlis hari jadi junho telah tiba. Pada malam itu seperti yang telah dijanjikan, hara dan hyeon telah datang ke rumah jihyo dengan seseorang lelaki dibelakang mereka.
"kau nak pakai camtu jer ke gi sana?" hara bertanya sambil matanya memandang jihyo dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jihyo sekarang memakai dress berwarna hitam yang panjang hingga kebawah kakinya dan berlengan pendek, manakala rambutnya dan make-upnya dibuat seperti dia selalu pergi ke sekolah.
"kenapa tak ok ke baju ni" jihyo memerhatikan baju yang dihadiahkan oleh ommanya.
"baju tu ok, tapi... Rambut ngan muka kau tu" hyeon menunjukkan kepala dan muka jihyo. Jihyo mengeluh mendengar kata-kata hyeon itu.
"dah tu nanti diorang tau lah" hara dan hyeon mengangguk faham. Tiba-tiba bunyi deheman dari arah belakang hyeon dan hara membuatkan mereka bertiga memandang kearah tersebut.
"oh lupa pulak, seong im ni sepupu aku nama dia juhyuk, juhyuk ni seong im kawan baik kitorang" hara memperkenalkan juhyuk pada jihyo dan sebaliknya. Jihyo dan juhyuk bersalaman sebagai tanda perkenalan.
"jadi juhyuk lah yang nak bawak kita nanti?" jihyo bertanya dan mendapat anggukan daripada hara.
"dah jom kita pergi, yang lain dah tunggu kat sana dah" mereka semua bergerak menaiki kereta jihyo dengan juhyuk yang menjadi pemandu.
Sampai sajer di sana, mereka disambut ramah oleh junho didepan pintu.
"selamat hari jadi junho" mereka berkata serentak sambil memberikan hadiah mereka kepada junho.
"terima kasih, korang masuklah dulu" mereka semua masuk kedalam rumah junho yang bising dengan musik-musik yang dilontarkan oleh dj yang telah dibayar dan yang sesak dengan orang-orang yang sedang menari dan berbual. Jihyo, hara dan hyeon pergi berkumpul bersama kawan mereka yang lain dekat dengan meja yang terletak makanan-makanan yang pelbagai jenis dan lazat.
Tiba-tiba suasana tadi yang bising dengan dentuman lagu-lagu terhenti. "ok, korang semua berhenti dahulu, kita naynyikan lagu untuk birthday boy kita ni!" semua memberi perhatian di atas pentas yang terdapat changmin sedang berucap dan junho berdiri disebelahnya. "ok lepas kiraan tiga korang naynyi ye, 1! 2! 3!" semua mula menyanyikan nyanyian selamat hari jadi kepada junho, habis sajer nyanyian selamat hari jadi, semua bersorak sambil bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah.
"terima kasih sebab telah datang, lepas ni ada seseorang yang special telah dijemput datang ke sini, tapi sementara memunggu, mari kita bergembira dulu!" semua bersorak gembira dan musik yang tadinya berhenti mula berdentum semula.
Jihyo yang tadinya sibuk berbual bersama temannya, terkejut apabila ada seseorang menariknya ke suatu tempat.
"yah lepa...!!" jihyo berhenti menjerit apabila orang yang menariknya itu memandang kearahnya. "ish kau ni buat terkejut aku jer".
"hehe sorrylah" junho membuat muka tak bersalah dan menunjukan giginya yang putih itu.
"ceh buat muka tak bersalah pulak, ingat comel ke buat camtu" jihyo membebel sendirian sambil melerakan badannya ditarik junho ke sebuah bilik.
"kau cepat tukar dan pakai make-up semua supaya jadi cantik sangat yer, semua aku dah sediakan dalam bilik ni, kalau dah siap bagitau aku, aku tunggu kat luar" jihyo hanya mengangguk faham.
Selepas sahaja menukar pakain dan memakai make-up, jihyo keluar dari bilik tadi dan mula menapak kearah junho yang sedang leka bermain dengan henponnya tanpa sedar kehadirannya. Jihyo mula berdehem apabila tidak mendapat reaksi lagi dari junho. Junho mengalihkan kepalanya dari henpon ke jihyo. Matanya hampir terbeliak melihat kecantikan jihyo sekarang dengan drees selutut dan berlengan pendek berwarna merah, sungguh sesuai dengan kulit jihyo yang putih gebu itu.
Jihyo yang melihat reaksi junho itu menggigit bibirnya untuk menahan gelak, padahal didalam hati sudah berguling-guling dia tergelak melihat junho dengan mulut terbuka dan mata membesar.
"dah lah jom, tutup mulut tu nanti lalat masuk" jihyo menarik tangan junho ke ruang tamu rumah junho yang telah dibuat tempat mereka menyambut hari jadi junho.
"ok kau tunggu sini, nanti kalau aku dah panggil kau, kau baru naik atas pentas ok?" jihyo mengangguk faham, junho meninggalkan jihyo di bawah pentas untuk naik keatas pentas.
"ok guys, tetamu special kita dah sampai, dipersilakan song jihyo!" jihyo naik ke atas pentas dengan anggun, terdengar bunyi-bunyi orang bersiul dan bunyi orang tangkap gambar dari bawah pentas.
"hello saya song jihyo!" terdengar jeritan yang kuat dari bawah pentas selepas jihyo memperkenalkan dirinya.
"ok jihyo, apa yang awak nak nyanyi malam ni?" junho bertanya.
"mmm... Saya nyanyi some, jadi birthday boy kita ni kena ikut naynyi sama lah ye" jihyo tersenyum kepada junho.
"ok, untuk jihyo saya akan buat apa-apa sahaja" dapat dengar bunyi orang 'booo' dari arah bawah pentas.
"ok, music please" tak lama kemudian musik mula berdentum.
Semua bertepuk tangan mendengar suara mereka yang merdu.
Skip
"sorry saya tak boleh lama-lama kat sini" terdengar bunyi orang mendengus kesal dan berkata 'alaah...' jihyi tersenyum mendengar mereka memprotes.
"sebelum tu saya telah sediakan aotougraf sebagai hadiah, jadi selamat berhibur" jihyo segera pergi ke bawah pentas dan masuk kebilik yang dia masuki tadi.
Setelah menukar pakaian dan make-upnya seperti ketika dia datang, jihyo keluar dari bilik itu dan pergi ke tandas.
"eh, tengok girls, budak nerd tulah" jihyo cuba mengendahkan kata-kata hana itu dengan membuat halnya sendiri. "tak sedar diri dahlah tak cantik tapi tetap datang pakai make-up sampai nampak macam badut" hyeeje kawan hana berkata dan disambut gelakan oleh yang lain.
"guys apa kata kita bagi hadiah kat dia nak?" hana berkata dan mendapat anggukan dari kawan-kawannya. Belum sempat jihyo ingin melarikan diri, badannya telah basah dengan air. Dan tanpa belas kasihan lagi hana menconteng muka jihyo dengan make-up dengan comot dan menarik jihyo keluar dari tandas ke tengah ruang tamu yang dipenuhi dengan orang-orang yang sedang berseronok.
"hey mintak perhatian sikit!!" hana menjerit, dan sekarang semua mata memandang hana dengan tanda tanya. "ok sebagai hiburan kita lagi, kitorang telah bersolek seorang badut" hana menganggkat muka jihyo yang tunduk kelantai supaya semua orang boleh melihat muka jihyo. Semua didalam ruang tersebut tergelak melihat muka jihyo itu, air mata jihyo mula menitis satu persatu kerana malu dan sedih dirinya diperlakukan begitu. Hana melepaskan tangannya dari muka jihyo dengan kasar dengan senyuman kemenangan terlekat dibibir. Jihyo yang tidak tahan dengan semua gelakan dari orang sekeliling terus keluar dari rumah tersebut dengan keadaan berlari dan air mata yang makin lama makin lebat mengalir dipipinya.
Setelah beberapa minit berlari jihyo terlanggar seseorang sehingga menyebabkan jihyo terjatuh ke tanah.
"sorry" jihyo meminta maaf dan mengusap air matanya yang jatuh dengan kasar tanpa memandang orang yang dilanggarnya."jihyo?" jihyo memandang orang yang dilanggarnya sebelum memeluk orang yang dilanggarnya itu dan menghamburkan tangisannya di bahu orang itu.
"takpe oppa ada" v mengusap belakang badan jihyo yang bergetar kerana menangis tersedu walaupun dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Seseorang yang tadinya mengejar jihyo terpaku ditempatnya apabila melihat jihyo yang sedang berpelukan dengan v. Setelah beberapa minit melihat jihyo yang berpelukan dan menangis tersedu-sedu di bahu v dia mula pergi dari situ kerana jihyo dan v telah pergi meninggalkan tempat itu menaiki teksi.
Bersambung...
-------------------------------------------------------------
Sorry lambat update, author sibuk tahun ni :'(. Selamat membaca dan terima kasih kerana telah membaca dan menvote :-).
YOU ARE READING
Who would I choose? √
Fanfic(Songjihyo&kimtaehyung fanfic) Hidup sebagai seorang nerd di sekolah yang selalu menjadi target pelajar untuk dibuli dan pada masa yang sama seorang artis yang popular di luar. Jihyo seorang gadis berumur 15 tahun, penampilannya yang kelihatan selek...