chapter 10 <3

1.8K 119 2
                                    

"seong im, kau satu kumpulan dengan hana, junho dan changmin" changmin merupakan kawan baik junho yang turut famous seperti junho juga. Jihyo yang mendengar hyeon berkata tentang nama-nama kumpulannya terkejut.

"wei, kau biar betul. Janganlah main-main, tak lawak kot" jihyo memandang hyeon, mengharap apa yang hyeon katakan tadi hanya main-main sajer. Tapi hyeon menunjukkan riak serius yang menerangkan yang dia tidak main-main. Jihyo mengeluh mengenangkan nasibnya yang sungguh malang hari ni.

"habislah aku" jihyo meraupkan mukanya. Hyeon hanya dapat memberi semangat kepada jihyo dengan mengusap belakang badan jihyo.

Tiba-tiba hara datang kearah mereka berdua. "untunglah kau jihyo satu kumpulan dengan dua orang lelaki hot kat sekolah"

"gilerlah kau cakap aku bertuah, habislah aku satu kumpulan dengan hana" jihyo seperti mahu menangis jer mendengar dia perlu sekumpulan dengan hana.

"nak buat macam mana. Takkanlah kau nak jumpa tuan chan pulak, bukan kau dapat tukar kumpulan nanti, tapi dapat denda adalah. Penyelesaiannya kau pasrah jelah" hyeon berkata memujuk.

"kalau aku tak dapat nak pergi perjumpaan dengan diorang macam mana? Kalau diorang susah nak bawa dibincang? Dahlah aku sibuk mulai esok dan seterusnya" jihyo mula tak keruan.

"kau tabah jelah nanti, atau kau batalkan perjumpaan tu" hara pulak memujuk, jihyo mengeluh perlahan.

Skip

Bunyi loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat. Sewaktu jihyo sedang mengemas barang-barangnya junho dan changmin datang kemejanya.

"seong im, aku nak minta nombor telefon kau. Nanti senang kalau kita nak bincang kat mana kita nak jumpa" junho berkata.

"bukan kau..." belum sempat jihyo menghabiskan ayatnya, jihyo baru teringat yang mereka sedang pura-pura kenal. "jap ye" jihyo mengambil sekeping kertas dari begnya dan menulis nombor telefonnya di atas kertas itu. Selepas siap menulis nombor telefonnya, jihyo memberikan kertas tersebut kepada junho.

"ok thanks, bye kitorang pergi dulu" junho berkata sambil melambai kearah jihyo, changmin yang berada disebelahnya hanya mendiamkan diri sahaja dari tadi melihat perbualan kawannya dan jihyo dan mengikut junho yang ingin keluar dari kelas.

"bye seong im, kitorang pergi dulu" hyeon melambaikan tangannya pada jihyo diikuti dengan hara juga. Jihyo membalas lambaian kawannya itu sambil memandang pemergian kawannya dengan hujung mata kerana masih mengemas barang yang tertunda tadi.

Jihyo mengeluh, dia baru teringat akan janjinya dengan won geun yang ingin berjumpa dengannya di kelas won geun selepas tamat waktu persekolahan. Jihyo berjalan menuruni tangga ditingkat bawah untuk menuju kekelas won geun.

Sesampainya dihadapan kelas won geun jihyo ragu-ragu mahu membuka pintu kelas won geun, selepas beberapa saat memikir akhirnya jihyo mengambil keputusan untuk membuka sahaja pintu kelas tersebut. Jihyo dengan perlahan-lahan menarik dari tepi pintu tersebut, terbuka sahaja pintu tersebut jihyo dapat melihat won geun yang sedang duduk diatas meja kelas sambil menghadap kearah tingkap melihat keadaan diluar sana.

Jihyo yang melihat won geun tidak memberi riaksi akan kedatangannya berdehem kuat supaya won geun yang beberapa meter darinya dapat dengar. Wom geun yang tadinya ralit melihat suasana diluar, memalingkan kepalanya menghadap belakang iaitu dimana pintu kelas berada untuk mencari dimana punca bunyi tersebut, won geun tersenyum lebar apabila melihat kelibat jihyo yang berada didepan pintu tersebur.

"sinilah" won geun menepuk-nepuk meja berdekatan supaya jihyo mendekatinya, jihyo dengan takut-takut memdekati won geun. Won geun yang perasan riak takut jihyo tersenyum.

"janganlah takut, saya tak makan awak pun saua makan nasi" won geun berkata untuk menghilangkn rasa takut jihyo. Jihyo mulai duduk dimeja yang berada berdekatan dengan won geun. Keadaan mulai senyap apabila jihyo telah duduk dimeja, jihyo yang tidak selesa akan suasana tersebut memecahkan suasana yang canggung itu.

"jadi kenapa oppa nak jumpa seong im kat sini?" jihyo memandang won geun yang masih memandang suasana diluar melalui tingkap yang berada disitu.

"sajer jer nak jumpa" won geun berkata selamba, jihyo mulai naik angin dengan jawapan yang won geun bagi itu, dengan cepat jihyo mencubit lengan won geun. Won geun ketawa melihat reaksi jihyo yang tengah muncung itu sambil mengusap tangannya yang dicubit jihyo itu. Sakit macam kena cubit dengan ketam.

"dah giler ke apa.." jihyo berkata perlahan tetapi dapat didengari oleh won geun.

"haah oppa dah giler, dah giler gilerkan jihyo" won geun tersengih seperti kerang wangi, tiba-tiba tangannya yang sebelah lagi menjadi cubitan jihyo.

"uish, cubit macam ketam sebaik tam tercabut sekali tangan ni" won geun mengomel sendiri sambil mengusap tangannya yang baru dicubit jihyo. Tiba-tiba won geun mendapati jihyo ingin mencubit tangannya, dengan pantas won geun mengelak dari cubitan jihyo yang berbisa iti.

"dah lah jihyo baliklah macam ni" baru jihyo ingin pergi dari situ, tangannya digenggam oleh won geun.

"duduklah dulu, oppa nak tanya ni kenapa jihyo asyik hindarkan diri dari oppa?" won geun bertanya.

"jihyo.. Jihyo.." belum sempat jihyo berkata, won geun memintas percakapan jihyo.

"ni sebab haritu oppa mintak couple kan?" won geun cuba menteka, jihyo menganggukkan kepalanya mengiakan kata-kata won geun.

"jihyo ni macam tak tahu jer perangai palyboy oppa ni" won geun berkata sambil menyengih kearah jihyo, jihyo hanya mampu menggelengkan kepalanya, perangai yang membuatkan jihyo takut sampai dia menghindarkan won geun.

"habis nape oppa pindah sini?" jihyo bertanya curiga.

"sebab kat sekolah lama oppa susah nak mintak cuti, pastu oppa pun pindah sinilah, sebab oppa tengok jihyo ni senang jer mintak cuti dari cikgu.

"ooo" jihyi hanya ber-ooo mendengar penjelasan won geun itu. Jihyo melihat jamnya, sudah lambat. Dia telah janji dengan v oppa untuk bersiap awal. "oklah oppa jihyo pergi dulu, jihyo ada janji kena balik awal. Bye" jihyo melambai kearah won geun dan dibalas olehnya.

Jihyo dengan segera balik kerumahnya dan membersihkan diri. Setelah siap bermakup dan memakai baju, jihyo melihat pantulan dirinya di cermin. jihyo memakai dress selutut berwarna pink dan hitam, manakala kasutnya nanti dipadankan dengan kasut berwarna pink, rambutnya pulak dilepaskan dan bermakeup nipis.

Sementara menunggu ahli bts datang menjemput, jihyo duduk dikatilnya sambil membuka instagram dan twitternya untuk melihat apa yang menarik.

Tak lama kemudian kedengaran bunyi loceng rumah berbunyi menandakan ada seseorang diluar, jihyo dengan berlari menuju kearah pintu untuk membuka pintu rumahnya. Buka sahaja pintu rumah, v, jin dan jhope sudah berada didepan pintu dengan segak memakai tuksedo. Mereka bertiga sempat terpegun melihat kecantikan jihyo malam ini.

"jom oppa" jihyo berkata apabila tidak mendapat reaksi dari oppa-oppanya.

"ok jom" mereka menuju ke kereta kumpulan bts, ahli yang lain berada di dalam kereta pun terpegun melihat kecantikan jihyo.

"oppa kita nak pergi mana ni?" jihyo bertanya setelah kereta telah bergerak menuju ke destinasi.

"rahsia, jihyo ikut jer" rapmon berkata, jihyo hanya bisa akur dengan kata-kata rapmon itu.

Bersambung.....

-------------------------------------------------------------Sorry tak update semalam :-( ni sambungannya. Semalam author sibuk tengok cerita running man yang hanbin dan bobby datang sampai terlupa nak update. Terima kasih kerana telah baca dan vote :-)


Who would I choose? √Where stories live. Discover now