Tiba-tiba pintu kelas yang mereka berdua berada terbuka, dengan cepat jihyo menolak junho jauh darinya dan menyambung mengemas barang yang telah digunakan untuk membersihkan kelas tadi.
Jihyo ingin mengambil baldi yang penuh dengan air yang kotor itu ke tandas untuk membuang air didalam baldi itu dan mencucinya supaya tiada sisa yang melekat, tetapi pergerakannya terhenti apabila melihat berpasang-pasang kasut berada didepan baldi tersebut.
Jihyo yang tadinya menunduk untuk mengambil baldi, mendongakkan kepalanya untuk melihat gerangan kasut yang berada didepannya. Orang tersebut ialah song hana iaitu diva desekolah ini bersama dengan geng divanya yang lain.
"eh.. nerd sesuai sangatlah kerja ni dengan kau yang buruk kan guys?" hana berkata sinis kepada jihyo, geng hana yang lain mengiakan apa yang hana berkata dengan senyuman yang sinis sama seperti hana. Jihyo hanya mampu menundukkan kepalanya takut untuk membalas pandangan mata hana yang seperti ingin memakannya. Junho pula hanya mampu melihat bersama rakannya yang lain.
"eh.. Guys apa kata kita mandikan nerd buruk ni nak?" belum sempat jihyo mentafsir apa yang hana katakan, jihyo telah basah bermandikan air kotor yang jihyo gunakan untuk membersihkan kelas. Hana dan gengnya ketawa melihat keadaan jihyo yang basah kuyup bermandikan air kotor yang diikuti ketawaan rakan-rakan yang lain. Junho memberi muka simpati kepada jihyo, dia tidak dapat menolong jihyo kerana dia tahu kalau dia menolong jihyo, mereka akan membuli jihyo lebih teruk lagi, jadi dia hanya mampu mengeluh kerana tidak dapat menolong jihyo dan berdiri kaku disitu.
Jihyo melarikan dirinya melalui pintu belakang kelas, tetapi nasibnya malang kerana entah dengan sengaja atau tidak dia terlanggar kaki seseorang yang menyebabkan lututnya terluka kerana terkena dinding. Selepas bagun jihyo terus lari dan melanggar semua yang menghalang laluannya. Sewaktu berlari, jihyo terserempak dengan rakannya yang baru sahaja datang kesekolah, tetapi jihyo membiarkan mereka dan teguran mereka kerana dia perlu pergi ketandas dengan segera.
Sesampai sahaja dtandas, jihyo terduduk ditutup jamban dan menangis semahunya. Selepas beberapa minit, tangisan jihyo berhenti. Jihyo mengeluarkan teleponnya didalam poket skirt sekolahnya. Dia mendailakn nombor seseorang, dia menunggu sehinggalah panggilan terjawab.
"Hello" terdengar suara serak-serak basah disebelah sana, baru bangun tidur
"unnie..." jihyo sambung menangis yang tadinya berhenti.
"jihyo kenapa ni?" suara diseberang sana mulai panik, bimbang dengan keadaan jihyo yang menangis.
"unnie.. To...." jihyo ingin berkata tetapi sendunya semakin kuat menyebabkannya tidak boleh menyambung ayatnya lagi.
"ok, jihyo ambik nafas dulu tenang dahulu, kemudian cakap perlahan-lahan pada unnie sekarang" jihyo mengikuti saranan perempuan disebelah sana.
"ummie.. Tolong. hantarkan baju sekolah jihyi dan semua barang yang jihyo selalu guna untuk pakai sebelum pergi sekolah boleh?" jihyo berkata dengan sendu yang tidak kuat seperti tadi.
"ok, jihyo tunggu sana yer, nanti jihyo mesej unnie, jihyo ada kat mana ok?"
Jihyo tersenyum sedikit mendengar bunyi barang yang jatuh. 'Mesti unnie kelam kabut sebab risaukan aku' jihyi bermonolog sendiri."unnie.." jihyo berkata tanpa sendu.
"ye?" suara disebelah sana bertanya.
"unnie adalah manager yang paling baik kat dunia ni" jihyo berkata jujur.
"thanks, you so sweet, unnie gerak dulu yer nanti lambat pulak, bye.."
Jihyo menamatkan panggilan selepas dia membalas bye ke managernya. Jihyo memesej managernya untuk memberi tahu lokasi dimana dia berada.
YOU ARE READING
Who would I choose? √
Fanfiction(Songjihyo&kimtaehyung fanfic) Hidup sebagai seorang nerd di sekolah yang selalu menjadi target pelajar untuk dibuli dan pada masa yang sama seorang artis yang popular di luar. Jihyo seorang gadis berumur 15 tahun, penampilannya yang kelihatan selek...