Malam Kehidupan.

36 6 0
                                    

Di hening malam ini aku terasa semacam celaka, ada kala aku rasa aman dan ada kala aku rasa rimas. Aku tidak tahu mengapa, mungkin ini kerana kebingitan warga kota celaka.

Aku tahu manusia ini hidupnya berkelompok kalau seorang diri hidupnya terseksa tak ubah seperti hilang tuhan. Aku ?

Ha ha ha ha ha

Aku biasalah hidup seorang diri sambil mengamit indahnya langit walaupun ada ciptaan manusia menghalang pandangan aku ke langit itu.

Aku sudah biasa bersendirian, bukan lah aku ini sombong atau aku tiada kawan. Aku ada kawan tapi tidak ramai seperti manusia lain. Aku tidak tahu kenapa aku tidak mempunyai ramai kawan.

"Babi betul orang-orang sana, sedap aku tengok seni Tuhan, mereka bising!"

Keluh aku!

Aku keluh sebab ada orang menganggu aku, kebingitan mereka, jeritan mereka dan gila tawa mereka tak ubah seperti celaka. Kadang aku terasa mereka tak ubah dari sysitan dan ada kala mereka juga lebih dari syaitan.

Masih aku ingat akan peristiwa celaka yang tidak akan hilang dalam pemikiran aku. Tidak akan semasa sekali hilang!

"Hoi! Budak tu baca buku lah, taraf tak ubah seperti sampah hendak membaca buku!"

"Tolong jangan ganggu aku, aku merayu"

"Hoi sampah! Kau nak baca buku, buku berat macam ni. Hentikan lah!"

"Aku tidak pernah kacau kalian! Jangan ganggu aku!"

"Kalian? Haha, pandai pula guna kalian. Hoi! Kau tahu tak status kau macam sampah. Dasar budak jalanan!"

Krappp

Prappp

Habis buku aku dikoyak dan dibuang ke longkang itu, malam itu juga aku nangis bagai orang. Mahu tidak gila, orang tanya kenapa aku menangis aku jawab buku aku koyak. Gila kan!

Tidak kah mereka tahu dengan sepatutnya mereka beromen dan buku itu sepatutnya melancap bersama.

Mereka tidak tahu buku itu sepatutnya mereka ramas bukan tetek bohsia mereka. Biasa lah manusia yang tidak mempunyai jiwa.

"Assamualaikum, tumpang tanya?"

"Walaikummusalam, tolong jangan ganggu aku. Tolong aku merayu!"

"Eh bro jangan salah faham, saya bukan lah henda ganggu atau kacau. Saya cuma ingin bertanya"

"Oh apa dia?!" Sedikit kasar

"Buku sebelah itu bro punya ke?"

"Ya"

"Wah bro baca buku berat ye!"

"Hidup aku dengan buku"

"Oh okay lah tu bro. Bagus!"

"Maaf aku kasar tadi, aku takut sebab banyak budak-budak kacau aku"

"Oh relaks lah!" Sambil membakar rokok Malboro light.

"Aku takut dan trauma, kau pun aku tengok tak ubah macam budak lain, pakaian, gaya cakap, kelakuan slumber kau tu. Tu aku kasar tadi"

"Sama? Haha!" Gelak sambil lap air mata disebab gelak laki-laki tu tak ubah macam celaka.

"Ye la sama"

"Pandangan kasar nampak sama. Tapi dalaman aku tidak. Aku punyai jiwa dan kehidupan tapi mereka tiada."

"Maksud kau?"

"Hidup ini harus ada kehidupan kau perlu berjalan dan mencari kehidupan"

"Tak faham! Apa kau merepek"

"Tak pe bro, nanti kau banyak baca buku. Kau akan faham. Tapi ni aku bagi something."

"Bagi?"

"Nah!"
Laki-laki itu menghulur satu buku tebal dan kulitnya keras. Mamat tu cuma tersenyum bila aku menyambut buku itu.

"Bro baca dan fahamkan. Aku gerak dulu, aku lama tak berjalan. Last aku berjalan pun kelmarin. Chow! Assamualaikum."

Laki-laki itu terus gerak sambil menunjuk simbol peace diatas kepala dia.

"Style juga bro ni" aku tersenyum. Lama sudah aku tidak senyum.

Aku terus belit buku yang laki-laki itu bagi tadi.

"Tafsir Al Quran"

Aku senyum dan cuma berterima kasih pada lelaki itu.

Terima kasih si laki-laki kehidupan.

Ketagih Tuhan Di Jalanan.Where stories live. Discover now