Nama aku Ismail, nama aku indah persis nama nabi. Tapi aku bukanlah seorang nabi. Aku ini seorang yang busuk, mandi aku cuma air paip yang kadang bersabun dan kadang tidak bersabun.
Aku mempunyai seorang rakan karib namanya sering orang sebut dan gunakan tapi ingat dia bukanlah seorang pelacur atau pekerja sosial.
Kawan karib aku ini buat aku belajar erti kehidupan. Rakan karib aku pernah berkata pada aku.
"Lihatlah manusia lain dihadapan kau Mail."
"Ya!"
"Lihat mereka tidak ubah seperti robot, hanya berjalan mengejar dunia yang tidak pasti. Mereka juga tidak nampak anak syurga seperti kamu ini."
Aku tersenyum bila dia katakan aku anak syurga. Senyum aku, senyum hambar.
Kadang kala rakan karib aku itu lah membuat aku belajar perkara lain seperti Matematik, Sains dan sebagainya.
"Cuba kau kira manusia di hadapan kau."
"6 orang"
"Wah! Kau makin pandai!"
Senyum aku lagi, senyum itu senyum hambar lagi.
Itu rakan karib aku, dia tidak pernah mengajar dan juga mengeluh bila mengajar aku. Dia tidak langsung henti belajar.
Itu rakan karib aku ketika aku kecil, bila aku besar. Rakan karib aku itu mula bencikan aku. Ke mana saja aku pergi dia akan memerhati aku dengan mata tajamnya.
Kadang aku tidak selesa, kadang itu lah aku lari darinya. Aku lari padanya kerna aku malu.
Dia pernah kata pada aku.
"Kau bodoh Mail! kenapa kau berlakuan begini?"
"Aku ingin bebas!"
"Tidak kau tahu manusia itu bebas!"
"Kau juga tunjukkan aku manusia robot lepas itu kau kata manusia itu bebas. Babi!"
"Manusia itu sifatnya bebas, manusia boleh jadi pelbagai dengan kepandaiannya. Tapi kau bodoh menjadi manusia lebih teruk dari manusia robot!"
"Jangan kacau aku babi! Kau blah!"
Sejak dari itu, rakan karib tidak nampak rakan karib ku. Kadang aku tahu dia mengintai aku, begitu dia sayang pada aku.
Hari ini aku rasa sungguh bertuah dan indah, rakan karib aku hari ini datang hadir dekat dengan ku.
Dia belai rambut aku, dia usapkan dahi aku. Aku baring diatas ribanya yang penuh kehangatan sayang walaupun malam ini penuh keheningan.
Aku ingin pejamkan mata wahai rakan karib aku, izinkan aku semadi diatas riba kau rakan karib ku.
Rakan karib aku, namanya jalan. Dia bukan lah manusia atau makhluk hidup. Dia ciptaan manusia lain.
Kalian pelik kerna rakan karib aku Jalan bukan? Kau kata aku ini stoned bukan?
Aku stoned kerna kalian yang tidak mahu mengubah aku yang hidup di jalanan.
YOU ARE READING
Ketagih Tuhan Di Jalanan.
De TodoSeperti biasa aku hanya duduk di tepi jalan sambil melihat manusia berpusu-pusu berlari mengejar dunia. Aku tidak pasti apa yang dikejar mereka. Apa aku kejar? aku kejarkan Tuhan! Kalian kenal Tuhan? Benar kenal? Ha Ha Ha Ha Kalian bohong! kalian ti...