3

2.5K 24 8
                                    

"Macam mana baju nikah korang? Cantik?" Soal Syaza.
"Too pretty." Jawab Mimi dan Shyna serentak.
"Alhamdulillah. Aku sponsor tudung utk bridesmaid korang nanti." Kata syaza.
"Wah tudungvein. Makin maju kan sekarang. Thanks Syaza."

Tinggal 2 minggu lagi majlis walimatulurus mereka. Tak sabar rasanya hendak naik pelamin. Tapi sebagai pengapit sahaja.

"Syaza, sebenarnya there's someone want to see you. I introduce to you, Mr. Syakir. Syakir, ni Syaza." Kata Mimi.

Aduh dia ingat ni segmen cari jodoh ke? Mereka hanya berbalas senyuman lalu beku membisu.

"Kitaorang tinggalkan kejap. Nak try baju." Terus melangkah pergi. Apa jenis kawan ni, nak kahwin tinggalkan member dengan mamat poyo ni.

"So, member baik dorang?"
"Boleh nampak kan?"
"Jangan garang sangat. Patut tak kahwin kahwin."
"Diam. Siapa awak nak cakap saya macamtu?"
"Okay okay sorry. Saya pengapit Alif."
"Alif pilih yang salah jadi pengapit."
"Asal plak?!"
"Sebab dia pilih mamat poyo!"
"Whatever"

Syaza melangkah pergi. Menjengkelkan.

"Shyna!!!!!!!!!!!" Teriak Syaza.
"Wow wow rileks. Shyna tengah salin baju. Kenapa ni?" Soal Alif.
"Alep!! Shyna tinggalkan aku dengan pengapit annoying kau tu. Bencilah!" Marah Syaza.

"Hey singa tua. Jangan macam macam. Awak yang marah marah." Kata Syakir
"Omaigod kenapa awak sibuk eah?"
"Ha gaduh lah. Nanti kahwin." Perli Alif.

"No way!!" Teriak Syaza dan Syakir serentak.

---------------------------------

"Lusa je tinggal wedding dia orang." Kata Syaza.
"Dah seminggu lebih juga kita kenal." Kata Syakir manja. Siapa sangka pergaduhan tak cemerkap mereka bertukar. Syakir lebih dahulu jatuh hati pada Syaza. Penangan garang Syaza menyebabkan Syakir jatuh jati padanya.

"Okay goodnight sweety. Go get your rest." Pesan Syakir manja.
"Okay goodnight."

Syaza merebahkan badannya. Kini dia tinggal seorang diri. Mimi dan Shyna duduk di rumah keluargnya untuk persiapan perkahwinannya. Syaza melelapkan matanya.

Dingdong. Bunyi doorbell rumahnya. Syaza memberanikan diri ke pintu dan membuka pintu.

Seorang makcik di depan muka pintu.

"Assalamualaikum. Ni rumah Syaza kema ke?"soal makcik tersebut.
"Saya Syaza. Kenapa ya?"
"Saya ibu Syakir. Tolong jauhkan diri daripada anak saya. Maaf, kamu tak mampu membahagiakan dia. Saya juga ada pilihan untuk dia. Yang sudah bekerjaya.

Makcik tersebut melangkah pergi. Patah hatinya. Kejadian 12 tengah malam ini sangat memeritkan. Syaza menjerit sekuat hati. Syaza menutup pintu dan tertidur di pintu.

--

Syaza merahsiakan perkara itu daripada Shyna dan Mimi. Esok pernikahan mereka. Tak sepatutnya mereka mengetahui perkara bodoh ini.

Syaza mempunyai plannya. Malam ini dia akan laksanakan. Maafkan Syaza, Mimi dan Shyna. Dia tak mampu hadir pada esok hari.

Syaza berjalan sekitar tasik titiwangsa. Cuba menenangkan hati. Terlihat seorang lelaki sedang mengambil gambar. Syaza menghampiri lelaki tersebut.

"Em assalamualaikum. Saya Syaza. Awk buat apa?" Tegurnya.
"Waalaikumsalam. Saya Farhan."

Perbualan petang itu rancak. Farhan; seorang lelaki mempunyai rupa paras sangat kacak. Berbadan sasa dan berkerja sebagai pilot. Sama seperti Zahir. Suatu yang menjadikan dia istimewa. Dia mempunyai perwatakan sama seperti, Ahmad; ketika di sekolah menengah dahulu, sangat rapat dengan Syaza. Tetapi akhirnya dia menyambungkn pelajaran ke luar negara. Dan langsung tidak menghubungi syaza. Syaza sangat merinduinya.

Syaza melangkah pulang ke rumah. Bip. Bunyi whatsapp.
"Saya Farhan. Kalau awak ada apa apa masalah. Boleh call saya."
Baru dia teringat dia bertukar nombor sebentar tadi. Tetapi, malam ini Syaza ada plannya sendiri. Syaza keluar ke tasik itu kembali. Dia melangkah menghampiri tasik itu.

"Terlalu banyak cinta aku cari. Semuanya datang dan pergi. Ya aku ada nama baru aku. Kini, aku pelacur cinta." Lalu melompat masuk ke tasik tersebut. Syaza memang tidak tahu berenang. Dari kecil lagi.

Syaza sering mendengar butir bicara orang. Saat kita menghampiri kematian, kita akan mengimbas saat bersama orang tersayang. Tapi tidak Syaza. Dia teringat akan satu cinta yang dia terlupa. Cinta pada yang Maha Esa. Namun, kini dia terlambat.

Dia semakin sukar bernafas. Badannya juga sejuk. Lima derianya tidak lagi berfungsi. Dunia kian gelap.

.......ini pengakhirannya?

Pelacur CintaWhere stories live. Discover now