2

3.1K 24 0
                                    

"Wake up pretty gojes." Kejut Mimi.
"What do you want nenek kebayan?" Kata Syaza.

Sudah sebulan lebih kejadian bodoh itu berlaku. Syaza sering dijadikan bahan di kampus.

"Mimi, Shyna. Aku nak keluar. Ikea kejap. Nak ikut?" Soal syaza.

"Boleh boleh! Nak makan meatball!" Teriak manja shyna. Pasal makan, memang takde peluang. Pantang jumpa makanan. Dia nombor 1.

"Ha makan makan makan. Tengoklah pipi tu. Kau dengan meatball sama je. Bolat bolat." Betah Mimi sambil mengembongkan pipinya.

"Sudahh. Pipi dua dua ni. Kalau aku rebus. Kenyang sangat tau." Kata Syaza sambil menarik pipi kedua sahabat baiknya. Memang sudah menjadi tabiat bergurau manja. Mengeratkan silaturahim katanya.

"Kereta Shyna. I dont care. Dah lama tak naik kereta dia" Rengek Mimi.

"Whatever loser." Layan Shyna.

Honda CR-Z Shyna dipacu terus ke Ikea. Inilah dia bersahabat dengan orang kaya. Sorang honda, Mimi mini cooper. Syaza masih terkial kial memandu perodua Axianya. Syaza mengalih pandangan ke tingkap. Sudah menjadi kebiasaan orang berpusu pusu ke Ikea ini. Membeli belah, makan malah cuci mata. Hari ini Syaza membawa hatinya yang lara. Kurang sikit berat jiwa kalau melayan Shyna dan Mimi. Biasalah. Bila ada masalah, pertama, serahkan diri pada Allah. Seterusnya mak dan abah. Dan, beruang kutub tambah nenek kebayan. Hilang tekanan.

Mereka mencari tempat kosong. Peluang dapat duduk ibarat 1/10 je. Terlepas pandang melayang lah. Nasib baik hari ini bertuah. Sampai sahaja terus dapat tempat.

"Apa nak makan?" Soal Mimi.
"Makan kau." Jawab Syaza.
"Whatever! Shyna takyah jawab. Dah tahu." Perli Mimi

Shyna menarikkan mukanya. Acah acah merajuk. Biarkan dua orang ini. Syaza melihat puluhan manusia disini. Pelbagai umur, bangsa, wajah dan gaya. Tak usah dikata karenahnya. Yelah, banyak udang banyak garam, barang orang banyak ragam.

Mimi kembali ke meja dengan makanan yang telah dipesan. Swedish Meatballs dan Daim Cake kegemaran Shyna dilahap dengan kebulur. Nasib baik kawan, kalau tak mesti disekeh sekeh.

"Za, tengok kanan." Bisik Shyna. Syaza menoleh ke kanan. Terlihat seorang "lelaki" memegang Canon EOS 1100D memakai kemeja putih bersama jeans biru lusuhnya.

"Kau biar betul! Dia ada tulah!" Kata Mimi.

"Shhhh! Diam lah. Tulah. Kamera dia pegang pun suitable untuk girl." Bisik Shyna.

"Nak aku try tak?" Kata Syaza sambil tergelak kecil.

"Go on. Kau dapat belanja sebulan aku belanja." Cabar Shyna.

Syaza merenung "lelaki" itu. Tiba tiba dia mengenyit mata pada Syaza. Geli rasa kerana dia bukan lelaki tulen. Tiba tiba "lelaki" itu bangun dan menghampiri Syaza.

"Hai, I'm Rosli. This is my card. Freelance fotographer." Kata dia sambil mengulurkan kad bisnesnya.

Syaza senyum lalu memandang Shyna. "Standby sebulan." Bisik Syaza sambil tersenyum.

---------------------------------

"Hi Rosli, please pick me at 6pm after class." Panggilan ditamatkan.

Sudah sebulan Syaza mengenali "Rosli". Tiba tiba terdetik rasa selesa mengenali dirinya. Daripada ceritanya, dia anak kepada Dato terkemuka di Kuala Lumpur ini, Dato' Mahali; seorang duda. Isterinya pergi meninggalkannya sewaktu dia belum senang dan berkahwin dengan seorang lelaki british kaya raya dan pindah ke UK. Kemuadian, meneruskan kehidupan bersama "hero"nya.

"Hey pretty. Come in." Jemput Rosli.
"Thank you. Sorry susahkan. Kereta saya rosak tadi." Jelas Syaza.

Nissan teana dipandu terus ke rumah sewa Syaza.

"Thanks. I'll text you later." Kata syaza sambil membalas senyuman dengan Rosli.

"Assalamualaikum. I'm back!" Teriak Syaza.

"We need to talk." Kata Shyna serius.

"Za, u cant continue this relationship. Dia tu a girl lah. Please if u love us." Rayu Mimi.

"Girls, listen me. He is better than other guys. U know? Why girls nowdays sanggup pilih orang macamtu? Dia tahu hormat aku. Pemikiran dia tak sedangkal lelaki tulen yang mana fokusnya berbentuk seksual. Dia faham keinginan aku lagi lagi shopping. Dia teliti. Omg terlalu banyak to be explain." Jelas Syaza. Cara cakapnya seperti dia benar telah jatuh cinta.

"Kita orang dah nasihat. Ingat, rasul tak mengaku umat. Ni kad kitaorang. Next month kitaorang nikah sama sama." Kata Shyna sambil menhulurkan kad. "Kitaorang nk ajak kau nikah sekali tapi kau sibuk dia she-male kau tu." Jelasnya lagi.

Syaza teliti kad tersebut.

Shyna&Alif
Mimi&Kimi

Syaza sedikit kaget. "Omaigod. I know these guys!" Alif; seorang lelaki berbadan tegap dan tua lebih tahun daripada Shyna. Sudah menjadi cita rasanya jatuh cinta kepada lelaki yang lebih tua. Pekerjaan Alif sebagai Pensyarah termuda di kampus kami, UITM Puncak Alam menjadi kegilaan ramai perempuan akhirnya tumpas ke tangan beruang kutub ni.

Kimi; seorang lelaki yang tinggi. Lebih kurang 187cm mungkin. Seorang Pilot di syarikat Air asia, jelas menggambarkan kesegakannya bersama uniform pilotnya sudah tentu menyebabkan banyak anak mata terpaku dengannya. Seorang yg bijak menyebabkan dia mampu mencapai cita cita seawal usia 23tahun.

Syaza pasti, kedua dua lelaki ini baik dan kaya. Dan paling pasti, mampu membawa kedua dua sahabatnya itu ke jalan Allah. Alhamdulillah kedua dua sahabatnya mencapai kebahagiaan yang dicari.

"Aku nak jadi ketua karaoke. Takpun ketua kendarat. Omg korang tahniah!" Kata Syaza lalu memeluk kedua sahabatnya.

"Thanks. Waktu tu. Kau kena duduk rumah ni sorang. Kita orang dah duduk dengan husband kita orang. Waktu tu kita orang dah tak boleh tengok tengok tegur kau tau. Kau dah besar tolong jaga diri. Kitaorang sayang kau macam adik kitaorang sendiri. Kita dah 23 sekarang. 15tahun kita kawan. Tolong, jaga maruah diri kau." Kata Mimi. Sedih mendengarnya.

Petang itu, keadaan menjadi sepi. Indahnya jika dapat diputarkan masa. Dimana waktu tu, mereka bertiga berada di dalam satu kelas yang sama. 3RK2. Syaza merupakan ketua tingkatan. Awal pagi bersama, rehat, di dalam kelas. Denda, menyanyi, menjerit, di-aim cikgu semua bersama. Kenangan yang banyak membesarkan mereka.

Kenangan yang dimana kini cuma menjadi potret di ruang tamu mereka.

Syaza merenung ke luar tingkap, di lihat ke pokok. Teringin sekali melihat ke langit tanpa memakai cermin mata. Tapi tidak mampu kerana rabun silaunya yang semakin tinggi. Syaza cuba menghadam nasihat kawan kawannya sebentar tadi. Ada betulnya. Dia tak sepatut begini.

Allah telah tentukan, perempuan bersama lelaki. Disebabkan itu Allah jadikan Hawa untuk Adam. Bukan satu lagi Adam. Seperti mana selipar. Kanan dipasangkan bersama kiri. Bukan satu lagi kanan. Mengalir air mata ke pipinya.

Syaza mencapai telefon bimbitnya. Mendail nombor Rosli. Belum sempat menelefon, Rosli telah telefon dahulu.

"Hello Syaza. I had something to talk."
"Hello. Saya pun."
"Okay awak dulu."
"Takpe, awak dulu."
"Okay. Saya rasa awak tahu saya ni sebenarnya itu. Saya sayang awak. Saya tak dapat tahan kehendak bersama awak. Dah jadi macam keperluan. Tapi, saya taknak rosakkan awak. Awak baik. Saya takkan rosakkan awak. So, better kita jadi kawan. Girlfriend okay?
"Oh my, itu saya nak cakap tadi. But, thank you Rosli."
"No more Rosli. Call me Roslin my dear.
"Orait Roslin. Jumpa esok."

Panggilan tamat seperti Hilang satu beban di bahunya.

Pelacur CintaWhere stories live. Discover now