Chapter 1

14K 378 13
                                    

Selama lima tahun aku menetap di negara barat untuk menyambung belajar akhirnya harini aku akan pulang semula ke tanah air! Ya Allah, seronoknya aku rasa. Tak sabarnya nak jumpa mama, papa, abang kembar. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku rindu mereka. Opss, aku lupa dekat kawan baik aku. Hehe.
"Malaysia! Aku datang!" Jerit Aina di airport Heathrow.
Semua orang memandang pelik terhadap Aina. Mereka fikir budak ni terlepas dari pusat sakit mental kot. Hahaha.

To: Mummy 💞
Assalamualaikum mama! Adik dah nak naik flight ni. Jangan lupa ajak abang haziq dengan abang haikal dan papa jemput adik tau mama! Doakan perjalanan adik selamat ya mama.

Selama berbelas jam duduk dalam kapal terbang akhirnya Aina sampai juga malaysia tanah air tercinta. Ahahahaha. Semasa di balai ketibaan, Aina terlanggar seseorang lelaki.
"I'm coming home, i'm coming home, tell the world i'm....."*gedegang! Aduh! Siapa pula aku langgar ni, dah la aku tak sabar nak jumpa dorang"

Zhaf sedang leka menaip mesej kepada bonda. Dia memberitahu bahawa dia sudah sampai di KLIA. Tanpa sedar dia dilanggari seorang perempuan.

"Tak sabarnya nak rasa masakkan bonda. Dah sebulan aku tak rasa masakkan.....*gedebushh! Siapa pula yang langgar aku, aku dah la tengah lapar, kejap lagi aku makan juga manusia ni" omel Zhaf

"Encik saya minta maaf encik, saya tak sengaja. Saya nak cepat ni encik. Saya minta maaf" ujar Aina sambil tunduk 90 darjah banyak kali dan terus keluar dari balai ketibaan.

Tidak sempat zhaf nak memarahi perempuan yang langgar dia, perempuan tersebut sudah keluar dari balai ketibaan. Tetiba zhaf senyum, tanpa sedar perempuan tadi tercicir kad pelajarnya. Bagus! Zhaf bangun dan mengambil kad tersebut lalu membelek dan memasukkan ke dalam kocek seluarnya.

'Aina namanya. Wow! Bonda! Angah dah jumpa calon menantu bonda! Hahaha' bisik hati Zhaf.

Aina ternampak kelibat orang tuanya yang sedang melambai. Terus dia lari sambil menolak troli yang berisi bagasinya, tak tengok kiri kanan terus dia lari. Shawl yang dipakainya pun tak kisah jadi ke tak lagi.

"Mama! Papa! Adik rindu sangat sangat dekat mama dan papa!" Ujar Aina sambil menangis
"Ye adik, kitorang pun rindu juga dekat adik yang manja ni" ujar mama Aina iaitu Datin Aaisyah Melur.

"Dik, kau dah lupa ke dekat abang abang kau yang handsome ni? Kata suruh abang abang kau jemput, tapi kau buat macamni ye kat kitorang, merajuk aku dengan kau dik." rajuk Aiman Haiqal
"Haah dik macam ni ye kau buat kat kitorang. Dah la wei abang jom kita balik, tinggal dia sesorang kat sini." Ujar Aiman Haziq

"Alolo abang kembarku bucuk masyam ni, adikmu yang cantik lagi comel ayu ni tak buat la. Adik pun rindu gila dekat abang abang adik yang nakal ni!"
"Hello! Weolls wangi hokay?" Ujar kembar itu serentak. Lalu semua tergelak dengan kata kata Haziq dan Haikal.
"Dah la, jom kita balik sembang dekat rumah. Malu la sembang dekat sini dik oi! Tahu la lama tak jumpa pun" Ujar papanya

Adik pun tersengih dengan teguran itu. Lalu mereka pun pergi ke kereta dan pulang ke Mont Kiara iaitu rumah kedua ibu bapanya.

✖️✖️✖️✖️

'Mana pula driver papa ni, haritu aku nak tinggal kereta dekat airport dia tak kasi sekarang lambat pula ambil aku' bisik hati Zhaf

Tetiba ada sebuah kereta berhenti depan dia tanpa mengendahkan kereta itu Zhaf terus berlalu meninggalkan kereta itu lalu kedengaran bunyi hon dari kereta tersebut. Dia terdengar orang memanggil namanya.

"Woi Zhaf! Kau nak pergi mana tu? Aku dekat sini la weh! Woi Zhaf! Dengar tak!" Jerit suara garau yang tidak jauh dari nya.
'Eiii siapa pula panggil aku tapi macam kenal je suara tu'
Lalu Zhaf menoleh dan dia sangat terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kawan baik dia dari kecil yang menjerit memanggil namanya.

"Weh pahal kau jerit macam orang gila ni? Tak malu ke? Kau tahu tak orang semua tengok kau. Tu kau nampak tak?"ujar Zhaf

"Aku jerit la dah kau tak dengar. Pekak sangat. Telinga tu dah terkambus dengan salji dekat London la tu."ujar Airil sambil tersengih-sengih. Airil ni kawan baik Zhaf dari kecil lagi. Dulu dorang ni berjiran semasa tinggal di Damansara.

"Kau! Kurang ajar kan? Hahaha mulut kau dari dulu tak pernah nak berubah. Aku ingat aku pergi sebulan ni ingat kau dah berubah, rupanya hampeh"

#Hewhew sorry if tak best sebab saya baru belajar menaip 🙈 hahahahahaha. Kalau ada yg sudi sumbangkan entry apa apa just pm kay. Huhu first try gaiss. Nebess hahahaha.

Siapa Jodohku? Where stories live. Discover now