"Aina! Isya dah datang ni! Cepat sikit, lama sangat dah dia tunggu." Jerit Datin Aaisyah dari tingkat bawah.
Aina dengan sepantas kilatnya, turun tangga dengan sepantas yang boleh.
"Weh babe! Sorry lambat. Tadi angah sekat aku dalam bilik. Dia tak bagi aku keluar selagi aku tak kasi number kau. Jadi aku..."
"What?! Kau bagi number aku dekat dia?! Pehal ni weh? Patut la aku nampak dia keluar dari bilik kau tadi sambil senyum semanis yang mungkin dekat aku. Then dia boleh gelak." Balas Isya sambil memuncungkan bibirnya yang merah bak delima.
"Dah dah. Jom gerak. Karang jem pulak jalan nak ke sana. Taknak aku tersekat sekat dekat jalan raya."
"Bye Isya. Drive elok elok. Kalau ada apa apa call saya okay?" Ujar angah yang dari tadi curi curi dengar perbualan mereka manakala Datin Aaisyah dah masuk bilik tidur untuk solat zohor.
Mereka berdua keluar dari rumah dan menuju ke Mini Cooper A3 milik Isya dan memasuki perut kereta tanpa menghiraukan angah yang sedang terpekik terlolong dari dalam rumah.
✖️✖️✖️✖️
"Jom tengok wayang dulu. Nanti kita main ice skate." Ujar Isya sambil menuju ke kaunter wayang.
"Aaa okay jugak la. Kau beli cerita Goosebump, aku nak pergi beli popcorn."
2 jam kemudian
"Cerita tu sedih ada kelakar ada. Nanti mesti keluar yg budak halimunan pula." Ujar Isya sambil matanya melilau ke arah ice skate dan berlalu ke arah sana.
Aina cuma mengikut rentak Isya, ke mana Isya pergi, ke situ juga dia pergi. Lepas dah pakai "gelang tangan" mereka terus masuk ke gelanggang ais. Sedang ralit Aina meluncur di atas ais yang beku tetiba dia dilanggari oleh seorang manusia yang agak kacak sehingga mengundang gelak tawa pengunjung yang agak ramai pada hujung minggu. Cewahh agak kacak. Dan mula la perang dunia...
"Eh kau perempuan! Kau ni memangkan sengajakan nak langgar boyfriend aku. Aku tahu la boyfriend aku handsome. Tak payah la kau nak tergedik gedik nak langgar dia."
'Sabar Aina sabar. Bukan salah aku. Sabar. Apahal perempuan ni bising lebih. Boyfriend dia rilek je.' Bisik hati kecil Aina
Haa bukan lelaki tadi ye yang marah Aina tapi pasangan lelaki tadi. Lelaki tadi hanya ralit juga memerhati Aina sampai naik malu Aina. Dah la kena marah dengan perempuan gedik. Okay perempuan gedik bukan agak gedik. Hahaha.
"Kau senyap kenapa perempuan gatal?! Aku cakap dengan kau kan?! Kau tengok aku la!" Ujar perempuan gedik sambil mecengkam pipi Aina yang agak kurus.
Aina dah hilang sabar. Agak la sampai nak naik tangan main cengkam cengkam ni. Dah la dengan orang ramai, mujur orang disekeliling tak ambil tahu.
"Sekejap. Nama aku Aina. Aina Nadiah. Bukan perempuan gatal yang macam kau sangkakan. Bukan aku la yang langgar boyfriend kau! Dia yang langar aku! Yang kau lebih lebih ni kenapa?! Gedik la wei!" Marah Aina sambil menahan sabar supaya muka perempuan tadi tidak dapat cop lima jari kepunyaan Aina.
"Bel, dah la awak. Saya yang langgar dia. Lagipun bukan salah dia. Perlu ke awak nak marah dia sampai macamtu? Its not fair okay? Dah sudah. Awak pergi sana, biar saya saja yang settle. Dah pergi sana." Tegur Zhaf sambil cuba menenangkan kekasih hatinya.
Haa lelaki kacak tadi tu Zhaf! Haa Zhaf la, kawan baik dengan Angah tu. Memerangkap orang yang dia langgar dekat airport haritu. Jodoh Aina dengan Zhaf macam kuatkan? Asyik langgar je. Hahaha.
"So awak saya minta maaf. Im really sorry. Saya tak nampak awak. Awak sakit tak?" Tanya Zhaf sambil memerhati jelingan tajam Bel.
"Its okay. Cuma ajar mulut perempuan tadi ye. Saya tak apa apa."
Aina terus berlalu pergi dan keluar dari gelanggang ais tanpa menghiraukan Isya yang sedang jerit memanggil namanya. Mood dia dah bersepah.
Isya juga keluar dari gelanggang dan ikut Aina ke Starbucks. Macam mana dia tahu pergi ke Starbucks? Tadi
Aina dah cakap semasa mereka berada dalam kereta. Aina cakap lepas main ice skate kita pergi starbucks.Aina tolak pintu Starbucks dan pergi ke arah kaunter.
"Chocolate cream chip and caramel macchiato. Untuk cream chip nama Aina and yg macchiato Isya." Setelah bayar harga kopi tersebut Aina pergi mencari tempat kosong untuk menunggu pesanannya.
"Eh kau kenapa tadi? Minah mana pula? Siapa lelaki tadi? Kenapa kau blah macamtu je?" Tanya Isya dengan soalan yang bertubi tubi.
"Entah betina mana tah meroyan tak tentu hala.
✖️✖️✖️✖️
'Perempuan tadi tu kan yang dia langgar aku dekat airport, dia tak perasan aku ke?'
Sedang Zhaf bermonolog, Bel datang ke arahnya.
"Sayang? Awak mengelamun apa sayang? Jom teman sayang shopping please?" Ujar Bel sambil buat puppy eyes. Hahaha
"Aku takde masa. Dah blah kau balik naik teksi. Aku takde mood."
✖️✖️✖️✖️
"Lusa jom pergi Singapore nak tak? Sebab next week aku nak kena pergi interview. Papa aku suruh. Before aku nak mula kerja jom la pergi bercuti." Ajak Aina
"Aku on je. Nanti inform aku. Okay bye. Kirim salam dekat family kau." Ujar Isya dan pulang ke rumahnya.
Aina ni memang suka berjalan means travel. Taksah kalau sebulan tu tak pergi bercuti. Nanti macam macam orang dia ajak pergi.
#Pendek tak? Haha pendek? Bukan takda idea tapi malas menguasai. Hahaha maybe saya akan lambat update sebab sekarang mood bercuti. Hewhew.
Gambar diatas tu Singapore ye.
YOU ARE READING
Siapa Jodohku?
Teen FictionSetelah 5 tahun menetap di negara orang, akhirnya puteri tunggal Dato' Azhar Sulaiman pulang juga ke tanah airnya. Namun tiada siapa yang menyangka, takdir itu indah menemukan Aina Nadiah dan Zhafran Mikhail di lapangan terbang secara tak sengaja ke...