Chapter 11

5K 187 33
                                    

Dua tahun kemudian

"Morning Mrs Zhafran." Zhaf sempat mencium pipi gebu milik isterinya yang sedang menyediakan sarapan.

"Morning too my husband." Aina juga turut membalas ciuman tersebut dan berhenti memasak.

"Abang tak ingat ke hari ni hari apa?" Aina cuba bertanya Zhaf akan apa yang ada pada harini.

"Hari Selasa la sayang oi." Zhaf langsung tidak ingat akan hal tersebut.

Aina kecil hati akan jawapan Zhaf.

Aina mula menghidangkan sarapan di atas meja dapur mereka dengan kadar segera memandangkan dia dah terlewat untuk mengintip apa yang akan suaminya sebentar nanti.

Aina juga perasan akan perubahan suaminya yang terlalu drastik semenjak dua menjak ni. Selalu balik lewat, selalu pergi kerja awal. Kadang kadang breakfast yang Aina buat langsung tak sentuh. Kecil hati juga la Aina. Kadang kadang tu bila pulang, minyak wangi yang dipakainya berbau lain. Berbau lembut macam perempuan. Setahu Aina, Zhaf suka pakai yang berbau keras. Dia kata long lasting.

Jadi, Aina memutuskan untuk mengekori Zhaf pada pagi ini.

"Sayang, sorry. Abang dah janji dengan klien nak breakfast. Sorry. Got to go. Byee. Mwahhh. Assalamualaikum." Zhaf dalam serba salah untuk memberitahu akan hal tersebut. Tetapi hati di pihak sana dia kena jaga juga.

"Hm, takpa la. Klien lagi pentingkan."

"Er bukan macam tu sayang. Abang..."

"Eh takpe. Lagipun kan syarikat abang dah terkenal. Abang kan nak sara anak anak kita nanti. Nak sara sayang."

Zhaf melepaskan keluhan yang berat. Ya. Aina mengandung anak kembar. Genetik family Aina la. Dah ada abang kembar. Mesti genetik tu lekat juga. Zhaf sebenarnya berasa bersalah merahsiakan perkara ini.

Aina saja cuba untuk menguji Zhaf dengan kata kata begitu.

Selepas sahaja Aina menyalam Zhaf, Aina terus berlari menukar pakaiannya dengan cepat. Takut dia terlepas pandang kereta Zhaf. Dah selesai kunci pintu semua, Aina terus bergerak ke keretanya dan mula keluar dari halaman rumah.

Nampak gayanya kereta Zhaf masih dapat dikesan olehnya.

✖️✖️✖️✖️

Aina memberhentikan keretanya selepas nampak Zhaf mula memasuki ARR CORNER.

Hatinya luluh selepas nampak Zhaf dipeluk oleh seorang wanita yang segak, cantik, bergaya. Namun bukan setakat peluk, diciumnya pipi Zhaf dan tangannya mula merayap disekitar badan Zhaf. Zhaf tidak menepis, malahan membiarkan tangan itu terus melingkari pinggangnya.

"Muka Zhaf sungguh gembira dengan perlakuan wanita tersebut. Aku tak tahu la aku nak cakap apa. Tapi hati perempuan mana tak hancur bila nampak suaminya sedang berasmara dengan perempuan lain. Hari ulang tahun kita yang kedua, awak bagi hadiah yang sangat gempak untuk saya. " Tudung yang dipakai Aina sungguh lencun dengan juraian air matanya. Aina menjerit sekuat hati didalam kereta.

Aina sempat jugak merakam gambaran yang berada di hadapan matanya dan menangkap beberapa keping gambar.

Aina sudah tidak tahan dengan adegan tersebut. Hatinya makin sakit bila melihat perlakuan Zhaf. Zhaf membiarkan je apa yang perempuan tersebut lakukan.

Aina membawa hatinya yang duka lara itu pulang ke rumah.

✖️✖️✖️✖️

Sebulan kemudian

Selepas kejadian tersebut, Aina masih melayan Zhaf dengan baik. Walaupun dia cuba cekalkan hatinya. Tetapi semalam dia tidak dapat menahan lukanya yang semakin membesar di hati.

Selama seminggu juga, Aina cuba mengekori Zhaf. Dan perlakuan masih sama. Dan perempuan yang sama.

Cuma pagi ini, Aina tidak akan mengekori Zhaf. Dia sudah serik. Zhaf pun sekarang makin sibuk dan tidak meluangkan masa bersama Aina. Zhaf pun mula tidur di dalam bilik bacaan dan bukan bilik utama mereka.

Perlakuan Zhaf pun mula dingin dan tidak mengendahkan kandungan Aina yang makin berusia selama 4 bulan.

Aina ternampak kelibat Zhaf yang mula turun tangga.

"Abang, sini sayang pakaikan tie untuk abang." Suara Aina mula serak. Air matanya bertakung.

"Hey hey, kenapa ni sayang? Abang minta maaf selama ni abang jarang luangkan masa dengan sayang. Abang sibuk. Sibuk untuk dapatkan projek yang bernilai jutaan ringgit." Zhaf mula bimbang akan perlakuan Aina.

"Abang, Aina minta maaf andai Aina ada buat abang tak selesa. Buat abang rasa meluat. Halalkan semua makan minum." Air mata Aina mula gugur satu persatu.

'Ya Allah, kau ampuni dosa dosaku ya Allah. Aku tak kuat bila nampak air mata Aina gugur.' Zhaf mula berperang dengan hatinya sendiri.

"Aina tak buat salah apa pun dekat abang, Aina selalu je buat abang gembira."

"Okay tie abang dah siap." Aina sedaya upaya menutur kata kata.

Zhaf mula menyeka air mata yang makin lebat di muka Aina. Aina mula menarik muka Zhaf dekat dengan dia. Aina mengucup pipi Zhaf buat kali terakhir?

Dengan segala kekuatan yang ada. Hari ini, saat ini. Aina akan melangkah keluar dari rumah. Dan jauh membawa hatinya yang sudah tawar akan perlakuan Zhaf. Bibit bibit cinta yang mula tumbuh pada 2 tahun lalu, yang mula menyatukan dua hati menjadi satu jiwa, yang mula mengenal erti cinta, manis. Tetapi pada harini hatinya sedikit sebanyak mula tawar akan perasan perasan tersebut.

Apabila Zhaf dah mula keluar breakfast dengan "klien", Aina bergegas menuju ke bilik tidurnya dan mula mengemas segala barang dia berada. Apabila sudah, Aina mula meninggalkan sekeping nota dan sekeping gambar yang baru di print olehnya sebentar tadi di dalam bilik bacaan.

Sedang Aina meninggalkan nota, dia cuba menarik laci untuk mengambil pasportnya.

Aina ternampak sampul berwarna coklat keemasan. Huhuhu.

Aina membuka sampul tersebut dan tanpa disangka sangka, ternampak sijil nikah yang tertera nama ZHAFRAN MIKHAIL DAN AYRANA ALISHA.

"Ya Allah betapa luluhnya hati perempuan bila ternampak sijil nikah suaminya dengan perempuan lain. Tarikh tu. Sepatutnya tarikh ulang tahun perkahwinan aku dengan Zhaf yang tahun kedua. Astagfirullah."

Matlamat utama Aina, membawa diri jauh daripada semua orang.

Yaa, itu matlamat dia. Cuba ubati hatinya makin lama makin "berlubang."



Macam mana? Okay tak?
Author nak promote sikit cerita. Malam tu lupa 😅
CINTA WECHAT by  enaaaaa_
CINTA SI MAMAT GANGSTER by FarahDiana99
ITS TIME TO GET A LOVE by Parancegalaxy

Siapa Jodohku? Where stories live. Discover now