"Morning ibu ayah" . Kataku sambil melemparkan senyuman .
"Morning anak manja ayah" Kata ibu.
Tiba tiba aku terfikir kejadian yang berlaku di rumah ammar semalam. Mahu tak mahu aku kena terima lamaran mereka. Aku tidak mahu ibu dan ayah kecewa .
"Qis sayang, semalam uncle ariff merisik kamu untuk ammar" Kata kak ika .
" ermm" hanya itu yang terkeluar dari mulut ku.
"So qis terima atau tidak?" Soal ibu.
"Qis ikut ajer keputusan ibu dan ayah . Dah jodoh nak buat macam mana kan?" kataku.
Selesai bersarapan pagi . Aku terus ke pejabat dihantar oleh ayahku .
*******
Tokk tokk tokk!"Qistina, nanti kita lunch sama sama ye?" Kata intan
"Owrait intan" Balasku.
Aku menyiapkan semua kerjaku dengan pantas. Bila aku memikirkan lagi dua bulan aku akan bergelar isteri playboy tue. Naik menjerit aku .
WHAT? SUAMIKU ENCIK PLAYBOY.
Terngiang ngiang di telinga ammar akan kata kata qistina. Entah mengapa dia merasa agak kecewa dengan kata kata gadis itu .
"Woi" sergah syafiq.
"Kau nie kan masuk tak reti ketuk pintu ker ha?" Kata ammar
"Eh sejak bila aku masuk bilik kau kena ketuk pintu nie?" Soal syafiq
"err kau nie." Kata ammar dengan bengang.
"Woi bro, lunch jum . Laparlah." Ajak syafiq.
"Sorry dude. Aku ada date dengan amelia" ucap ammar.
"Kau still dengan dia? haritu aku nampak dia dengan dato luqman dekat cafe" kata syafiq bersungguh.
"Haah, kau fikir aku percaya ke?" soal ammar tegas.
"Lantak kau lah bro. Aku chaw dulu. Kau kalau bab amelia mesti mengamuk" ucap syafiq tidak berpuas hati.
*******
Alah laparnya .. perut aku dah menyanyi dah nie . Mana lah intan nie .
"Hye beb, sorry late . Ada kesesakkan lalu lintas" kata intan.
"Banyakla kau. Lapar tau aku. Menyanyi dah perut aku." kataku sambil menarik muka.
"Aloloo.. jom pergi makan ye . Btw si syafiq join kita tau." ucap intan.
"halah awat dia ikot sama?" Kataku.
"Dia takdak kawan. Dia ikot kita ajelah. Tak apa." Kata intan.
Sampai sahaja di cafe kami menunggu kedatangan syafiq . Dari jauh kulihat syafiq memegang sebuah kotak.
"you bawak apa ni syafiq?" Tanyaku.
"Kek. Jom makan kek. I belanja" Jawab syafiq.
"Yeayh thanks syafiq" serentak aku dengan intan .
Puas makan dan berbual . Tiba tiba mataku terpandang seseorang yang amat aku kenali. Siapa lagi kalau bukan si playboy. Kalinie dia keluar dengan perempuan tak cukup kain.
"Sayang cantik tapi tak cukup kain" omel ku.
"Cemburu ke kak? Itu amelia. Teman wanita ammar." Kata syafiq perlahan.
"hee cemburu? Takde mase ." Jawabku sambil membesarkan mataku.
Alangkah terkejutnya aku apabila syafiq menegur perempuan itu . Kulihat air muka ammar berubah lalu melepaskan pelukan nya di pinggang amelia. Amelia memandang tajam ke arah ku.Pantas aku mengajak intan pulang ke office dengan alasan banyak kerja yang perlu disiapkan. Baru sahaja aku ingin melangkah terasa ada tangan yang menarikku.
"Qis. Aku nak kau bagi aku masa untuk jelaskan" kata ammar.
"Kenapa nak kena jelaskan? Saya tak perlukan penjelasan encik ammar. Oke bubye. Sweetla lagi dekat tempat awam ni . Belum kahwin lagi dah peluk peluk. Dasar perempuan murah!" Automatik mulut ku mengeluarkan ayat itu ke amelia.
Entah kenapa hatiku sakit melihat perbuatan ammar yang sedemikian.
--BERSAMBUNG--
Thanks for reading~
Don't forget too vote...
I need your support guys.. Anything idea just comment oke? :)

ANDA SEDANG MEMBACA
Suamiku Encik PLAYBOY
RomanceMengisahkan Nur Aqira Qistina seorang gadis yang lincah dan comel malah kuat membebel sepatah ditanya sepuluh patah dijawabnya ... qistina disuruh bekerja sebagai personal assistant di AA Holdings iaitu di syarikat kawan ayahnya dan bekerja dibawah...