Qistina berasa gementar dah seminggu dia tak bersua muka dengan encik playboy tuh . Lagi tiga hari mereka akan diijab kabulkan dan dia bakal jadi isteri kepada playboy .
Qistina duduk di birai katil memikirkan idea kakaknya yang menyuruh dia menggoda suaminya sendiri dengan baju tidur yang kaklong dan kakngah belikan harituh. Geli hatinya melihat kaklong memberi idea begitu. Sedar tidak sedar sudah pukul 11 malam tetapi qistina masih belum boleh menutup matanya, dia berfikir bagaimana kehidupannya selepas ini . Fikir punya fikir alamakk tertidur .
**********
Qistina bangun untuk solat suboh selesai menunaikan kewajiban dia sambung melelapkan matanya . Dia rasa matanya cuma mahu terpejam sahaja,berat kepalanya.
"Morning ibu ayah" Ucapku perlahan.
"Morning anak ayah. Kenapa ni sayang? Tak sihat ke?" Soal ayah.
"Taktahu lah , mungkin nak demam ayah ." Balas ku.
"Takut lah tuh nak kahwin , tuh yang sampai demam." Usik abanglong.
Aku hanya mendiamkan diri . Malas hendak usik mengusik, berdebat, bermanja hari ini . Kepala ku sakit sangat . Selesai bersarapan aku terus melelapkan mata di dalam bilik.
Kedengaran telefon ku berbunyu menandakan satu chat di whatsapp masuk.
My future husband :
Assalamualaikum qis , kau demam yer? Makan ubat tau . Jaga diri tuh elok elok jumpa lusa yer . Get well soon darling , i miss you :*Laju qistina menaip semula .
Waalaikumsalam, hmm yer . Thanks encik playboy . Miss u more.
Tersenyum sendirian ammar melihat apa yang qistina hantar kepadanya. Dia tidak sabar untuk menunggu hari yang di nanti nanti itu . Jujur dia mula mencintai gadis itu akan tetapi ego nya memaksa diri untuk berkeras.
"Wahai egoo, gugurlah engkau . Sesungguhnya aku amat menyayangi gadis kecil itu ." Bisik hatinya .
Qistina melelapkan matanya apabila selesai sahaja dia memakan ubat .
"Ibu, qis mana? Demam lagi ker dia ?" Soal kaklong.
"Haah, masih demam . Mintak mintak cepat kebah" ucap ibu .
"Mummy !! Daddy !! Tengok kakak . Dia buli aris." Jerit aris .
"Mana ada mummy , arisya gurau jer, aris cengeng sangat" Balas arisya.
"Kamu nie janganlah gaduh ye sayang, main elok elok ." Pujuk kaklong kepada anaknya.
"mummy,where's maksu ?" Soal mereka berdua .
"She feeling unwell my dear" balas mummynya.
***********
Ammar sedang memikirkan tentang qistina . Wajah yang amat dia rindui . Rindu nak marah , sergah , usik . Semuanya lah. Risau di dalam hatinya mendapat tahu bakal isterinya itu demam. Ingin sahaja dia pergi melihat keadaan gadis itu. Akan tetapi tidak dibenarkan oleh kerana esok adalah hari mereka disatukan.
"Hai boss , teringat kat girlfriend ke ? Esok dah nak kahwin pun masih termenung ke?" Usik pekerjanya .
"Eh awak nie , dah tak ada kerja ke ha ?" Soal ammar tegas.
Terus terdiam pekerjanya . Ammar menyambung kerja tiba tiba pintu biliknya disergah.
"Woii bro, apa cite?" Soal syafiq selamba.
"Kau masuk bilik aku memang tak reti ketuk pintu ye?" Tanya ammar sinis
"Hehe, macam kau tak kenal aku am . Esok camne? Gugup tak?" Soalnya lagi.
"Mestilah gugup kau nie." Marah ammar.
"Amelia pesan kat aku. Dia cakap dia takkan lepaskan kau dengan mudah and takkan biarkan kau bahagia" panjang syafiq beritahu.
Kelihatan muka ammar menahan marah . Geram dengan kata kata gadis itu.Menyesal dia memberi harapan palsu. Tetapi kelihatan dia masih belum mahu berubah. Ego nya tinggi setinggi gunung everast agaknya.
--BERSAMBUNG--
Thanks for reading . Dont forget to vote gais! Nantikan apa yang bakal berlaku dalam rumah tangga mereka :)
Xoxo
YOU ARE READING
Suamiku Encik PLAYBOY
RomansaMengisahkan Nur Aqira Qistina seorang gadis yang lincah dan comel malah kuat membebel sepatah ditanya sepuluh patah dijawabnya ... qistina disuruh bekerja sebagai personal assistant di AA Holdings iaitu di syarikat kawan ayahnya dan bekerja dibawah...