Doojoon mempercepatkan langkahnya ke pintu masuk Hospital Besar Seoul. Ditangannya terdapat sejambak bunga ros dan sebuah bakul kertas yang berisi buah epal dan mangga. Dia menuju ke kaunter hospital dan bertanya sesuatu kepada jururawat yang bertugas disitu. Dia menaiki lif dan menekan nombor 3. Pintu lif pun terkuak dan dia bergegas mencari wad sahabat baiknya itu.
Sesampainya di wad 301, dia tersenyum tawar kerana melihat sahabatnya, Yoseob sedang terbaring dengan kepalanya yang berbalut dek kerana kemalangan malam tadi. Dia menghampiri katil Yoseob. Sahabatnya sedang berehat diatas katil hospital.
" Kesian kau, tu lah pergi balik kampung taknak tunggu aku. " -hati Doojoon berbisik.
Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Yoseob walaupun sahabatnya itu tidak sedar dari pengsan. 'Bayi' mereka itu terpaksa berdepan dengan tidur yang panjang. Doojoon menunggu sahabatnya yang lain untuk hadir kehospital dengan sabar. Masing masing ada hal sendiri, Junhyung di studio menyiapkan lagu comeback mereka yang akan diriliskan tidak lama lagi. Dongwoon pula pergi meluangkan masa dengan kawan kawan sekolahnya, gikwang pergi ke pasar, hendak masak u tuk Yoseob katanya manakala Hyunseung pula baru bertolak balik dari kampung pagi tadi sebaik sahaja Doojoon menelefonnya tentang Yoseob. Hanya DooJoon yang tidak mempunyai sebarang urusan penting pagi itu.