Part 2

115 18 1
                                    

DongWoon mundar mandir di wad 301. Menunggu sahabat baik yang sudah dianggap seperti abang sendiri untuk sedar daripada pengsan.
" Dah lah Woon, kau dah kehulu kehilir dah nak dekat 1 jam. Fuhh legend kau. Hahaha " -Tegur HyunSeung sambil mengusik DongWoon. Riak muka jejaka tinggi lampai itu nampak gusar.
" Aku risau la, dah lama kita dekat sini tapi YoSeob tak sedar sedar pun " -risau DongWoon.
" Kalau ikutkan aku ni lagi lama daripada korang, aku yang first sampai sini. Aku lagi risau " -sampuk DooJoon yang duduk di kerusi berhampiran katil.
Sedang mereka berbual, ada seorang lelaki dewasa terburu buru masuk kedalam wad tersebut sambil membawa sebuah beg kertas.
" sorry sorry, i'm late hehe "-GiKwang hadir lambat kerana dia memasak nasi bersama sup untuk YoSeob. Dia tersengih kelat. JunHyung yang menyandar di dinding menegakkan badannya apabila melihat GiKwang yang terkocoh kocoh.
" Kau masak apa ? " -tanya DooJoon membalas sengihan GiKwang.
" Nasi dengan Sup ayam je " -jawab GiKwang sambil meletakkan sebuah beg kertas di atas almari kecil berhampiran katil.
" Weh, aku balik dulu. Bye " -JunHyung meminta izin untuk pulang. Pantas dia menghilang disebalik dinding hospital. Riak wajahnya seperti mak hilang anak.
" Dah kenapa kawan kau sorang tu ? "-perli DooJoon kepada semua rakannya yang berada didalam wad itu.
" Entah, aku pun tak tahu dengan dia. Daripada semalam lagi dia macam tu "-jawab HyunSeung acuh tak acuh sambil meletakkan kedua dua tangannya kedalam poket seluar slack hitamnya.
" Weh jari YoSeob dah gerak sikit !! " -jerit DongWoon kegembiraan.

Together..Where stories live. Discover now