Ruangan wad 301 bertukar menjadi meriah setelah beberapa hari menjadi suram. YoSeob kelihatannya semakin sihat dan ceria seperti selalu. Kedatangan sahabat sahabatnya dari Cube Ent amat membuatnya terharu. Cuma dia tertanya tanya tentang JunHyung yang hanya datang sekali menziarahinya semalam berbanding dengan sahabat sahabatnya yang sering singgah diwadnya. Apa sudah jadi kepada lelaki itu ? Soalan itu sedang bermain di benaknya.
JunHyung duduk tertunduk melihat cincin emas yang bertahtakan berlian berhampiran Sungai Han. Dia merenung dalam dalam. Cincin yang dihadiahkan untuk perempuan idamannya kini kembali ke tangannya kerana perempuan itu tidak sudi menerima dirinya lagi. Apakah kekurangan dirinya itu?
" so, sebab ni lah muka kau ketat ? Sebab ni lah kau jarang ada masa untuk Seobie ? "
Suara yang muncul entah dari mana itu cukup memeranjatkan dirinya yang duduk keseorangan. Dia melihat DooJoon yang sedang berdiri segak dibelakang bangku tempat dia duduk.
JunHyung diam. DooJoon mengambil duduk disebelahnya.
" aku nak kau ingat, perempuan kita boleh cari. Tapi, sahabat susah nak cari. Aku taknak tengok kau macam ni. YoSeob selalu tanya pasal kau. Mana kau ? Dia pulak yang care pasal kau " -ucap DooJoon sambil meletakkan tangan di leher JunHyung.
JunHyung menatap wajah DooJoon. Wajah yang cukup tenang itu mendamaikan hatinya. DooJoon mengukirkan senyuman. JunHyung membalas senyuman itu dengan ikhlas hati. Mereka perlu kembali kehospital untuk menziarahi Yoseob yang akan pulang petang ini.