Part 10

61 11 2
                                    

HyunSeung sudah berada didalam perut kapal terbang sejak pukul 6 pagi tadi. Dia bertolak keluar daripada rumahnya pada pukul 5 pagi memandangkan flightnya pada awal pagi. Dia memasang fon telinga dan menutup matanya sambil mendengar lagu. Hatinya dipaut rasa sebak. Dadanya sesak.

°°°°°°°°
DooJoon hadir ke rumah JunHyung pada pukul 7 pagi. Dia mahu menolong JunHyung apa yang patut sebagai seorang sahabat sejati. Dalam pukul 10 lebih, rumah JunHyung huru-hara dek kerana gelak tawa YoSeob, DongWoon dan GiKwang. DooJoon masih berlagak tenang.
" Eii mana HyunSeung ni. Haritu beria nak tolong aku bersiap bagai. Ni dia yang datang lambat. " JunHyung membebel ketika GiKwang sibuk membetulkan bowtie untuk JunHyung. " Kau ni diam sekejap boleh tak ? Daripada tadi membebel macam makcik tua ! Ni aku nak betulkan bowtie kau pun susah. Jangan gerak. " giliran GiKwang pula membebel. " Alaa aku bukannya apa, Seungie ni belum datang lagi. Pukul 11 lebih sudah mahu gerak ke rumah NaEun. " JunHyung membebel lagi namun dalam nada yang lebih rileks. " Nanti dia datang lah tu. " balas GiKwang sambil tekun menmbetulkan bowtie JunHyung. Bilik JunHyung itu meriah dengan suara bebelan mereka berdua. DongWoon asyik mengambil selfie sejak tadi manakala DooJoon duduk dikerusi bersebelahannya. Orang ajak selfie tak mau, muka ketat je macam tak happy.
" Nanti Seungie datang lah tu. " DongWoon mencelah.
" Dia tak akan datang. " suara yang tiba tiba muncul membuatkan semua kepala tertumpu dimuka pintu bilik JunHyung.
" Apa kau cakap ni Seobie ? " JunHyung terpinga-pinga. " Kau tanya lah kawan kau tu. Doojoon, kau tahu kan kenapa ? " YoSeob menjawab dengan riak wajah yang kurang senang.
" Kenapa ni ? Haa ? " JunHyung pergi kearah DooJoon. DooJoon kelihatan resah. " Dia, dia dah fly balik Russia. " DooJoon menjawab dengan suara mendatar. " Alaaa, dia balik kampung dia la Seobie. Nanti minggu depan dia balik sini semula lah. Rileks sudah. Tapi tu lah, dia tak ada masa hari penting aku. " reaksi JunHyung begitu tenang kerana dia beranggapan HyunSeung akan balik pada pangkuan mereka semula. " Tak, dia tak akan balik sini semula. " YoSeob bercakap menahan sebak. " GiKwang, JunHyung dan DongWoon tercengang.
" Maksud kau ? " GiKwang terpinga-pinga.
" Dia jaga nenek dia yang sakit kat sana. Mungkin dalam tempoh masa yang lama. Dia dah hantar surat kat Cube Ent yang dia mahu left daripada Beast dan mohon cuti dalam tempoh masa yang tertentu. Dia terpaksa tinggalkan kita. Nenek dia amat perlukan dia dalam saat genting macam ni memandangkan HyunSeung ialah cucu kesayangan nenek. " jelas DooJoon panjang.
" Tapi kenapa dia tak bagitahu kita awal-awal ? " YoSeob tidak mampu menahan air matanya.
" Dia baru dapat berita daripada ibu bapa dia minggu lepas, selepas semua persiapan kahwin Jun sselesai. Dia tak tahu macam mana nak cakap. Dia hanya cakap dengan aku sebab dia takut dia tak mampu nak berhadapan dengan korang semua. " sambung DooJoon lagi.
" DongWoon dan GiKwang menunduk. Mereka tidak percaya seakan-akan HyunSeung sanggup merahsiakan keadaan ini sedangkan mereka sudah lama membina tali persahabatan. YoSeob meinggalkan bilik itu dengan tangis yang jelas kedengaran. " Seob ! " DooJoon mahu mengejar YoSeob namun ditahan oleh GiKwang. " Biarkan dia. "
" Sudah lah, kita dah lambat untuk kerumah NaEun. " DongWoon turut keluar daripada bilik itu diikuti dengan GiKwang dan JunHyung. DooJoon menghela nafas berat.

Together..Where stories live. Discover now