Bab 6

561 38 30
                                    

"Kau tak rasa pelik ke?Semua rumah kat kawasan ni dah dirobohkan,tinggal rumah banglo besar tu je.Menakutkan arr."Kata Fakira.
"Relax arr Kira,kita doa mintak-mintak rumah tu ada orang.Sekurang-kurangnya dia boleh tolong bawak kita keluar dari hutan ni kan?"Cadang Sharina.
"Ok" Kata Fakira.
"Lagipun,aku tengok kawan-kawan kita yang 3 orang tu macam tak carik kita je.Inilah namanya kawan.Depan macam malaikat,Belakang kita macam syaitan nirojim.Marah Sharina. "Hmm,aku pon tak sangka diaorang tak carik kita wei.Sedihnya dapat kawan macamni."

Setelah sampai di depan pintu banglo besar tersebut.
"Assalamualaikum!"Mereka berdua memberi salam serentak.
Namun tiada jawapan. "Macam takde orang je"Kata Fakira.
"Ala baru bagi salam sekali,kita sepatutnya bagi salam sebanyak 3 kali.Dah lepas 3 kali pemilik rumah tak bukak,baru kita pergi kay"Kata Sharina lagi.
Selesai memberi salam kali yang kedua,pintu rumah banglo 2 tingkat itu terbuka.Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50 tahun menjenguk keluar dengan muka yang bengis.
"Paa jatha muka rimake?"Kata pemilik rumah itu.
"Ha?bahasa apa tu pakcik?kami tak fahamla.Kami ni sesat,boleh tak pakcik bawa kami keluar dari hutan ni?"Kata Fakira.
"Muka satse?sukma al ludu,arbi yasa kanatbu ira."Kata pemilik rumah itu lagi sebelum masuk ke dalam rumah dengan biarkan pintu rumahnya terbuka.
"Apa dia cakap ni wei,satu apa pon tak paham.Risau pulak aku dengan orang tua ni."Kata Sharina.
"Tula,apa kata kita pergi je dari sini?"Cadang Fakira.
"Al,panake sihma id arlu?lahrima sukma ek lamda mahru yasa."Kata pemilik rumah yang sudah duduk di sofanya.
Disebabkan doktor tu tahu bahawa 2 orang perempuan itu tak faham,doktor itu membuat isyarat tangan menyuruh mereka masuk.
"Owh,dia suruh kita masuk dalamla Rina.Kau nak masuk ke?"Tanya Fakira.
"Erm,entahla aku pon tak tahu,masuk jela.Mana tau dia boleh tolong kita kan?"Kata Sharina.
Mereka pun masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa.

"Nama saya Fakira,ini kawan saya Sharina.Kami ni pelajar Uitm Lendu.Datang sini sebab nak buat kajian tentang hidupan liar.Kami ada 3 orang kawan lagi.Diaorang suruh kami carik kayu api.Tapi kami tersesat sampai ke sini pulak."Kata Fakira sebagai pembuka bicara.Walaupun dia tahu pemilik rumah itu tak faham. "Owh,Fakira dna Sharina.Mana yasa DR LOKMAN.Yasa ad mala dukdu nisi.Dahsu pirham 10 hunta"Kata pemilik rumah banglo itu.
Nampaknya dia faham apa yang dikatakan oleh Fakira sebentar tadi. "Owh,nama pakcik ni Dr Lokman,maaf sebab terpanggil pakcik tadi."Kata Sharina yang hanya dapat menangkap nama yang disebutkan oleh orang tua itu.
"Dakti paa yasa kat sahki muka kan gilpang yasa paa."Kata Dr Lokman. "Doktor tinggal sorang jeke dekat sini?mana isteri dan anak-anak doktor?"Tanya Fakira.Sharina menepuk paha kawannya yang banyak tanya itu.
"Kareme dahsu tima."Kata Dr Lokman. "Maksudnya Doktor tinggal sorang?" Tanya Sharina.Dr Lokman hanya mengangguk.
"Muka kan ira?times muka usha nareke natpe lanjaber"Kata Dr Lokman.Mereka berdua hanya menganggukkan kepala sahaja.Dr Lokman pon bangun dari sofa untuk mengambil air minum untuk dua orang perempuan itu.
"Dia nak pergi mana tu?"Tanya Fakira.
"Kira,boleh tak kau jangan banyak tanya?just keep quite"Marah Sharina. "okay fine!"Kata Fakira sambil melibas rambutnya.

Dari dapur,Dr Lokman hanya memerhati gelagat dua orang perempuan itu sambil tersenyum.Selesai membuat air,Dr Lokman pergi ke ruang tamu dan menghidangkan air fresh oren kepada mereka.
"Owh,air!!nasib baik kita angguk tadi kan Rina?"Kata Fakira.
Sharina memandang Fakira dan membuat isyarat untuk Fakira menzip mulutnya.
"lahputjem nummi"Kata Dr Lokman.
Mereka berdua mengambil gelas yang berisi air itu dan minum sampai habis macam orang tak pernah jumpa air sehingga membuatkan Dr Lokman tersenyum.
"Dr tak bosan ke duduk sini sorang-sorang?"Kali ini,Sharina pula yang bertanya.Dr Lokman hanya menggeleng.
"Huahh"Fakira mula menguap.
"Aik?cepatnya mengantuk?"Tanya Sharina.
"Entahlah,mungkin sebab penat berjalan kot."Jawab Fakira.Akhirnya Fakira sudah lena dibuai mimpi.Setelah Fakira tidur,Dr Lokman terus ketawa terbahak-bahak membuatkan Sharina berasa takut. "Kenapa Doktor gelak?Apa yang kelakar?"Tanya Sharina.Dr Lokman tidak mengendahkan soalan Sharina.Dia hanya ketawa sahaja.Akhirnya,Sharina juga terasa mengantuk lalu tertidur.
"matlase pimimber" Kata Dr Lokman sambil ketawa.

GILA (TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now