Aku selalu dengar
Orang kata
Untungnya jadi cantik/tampan
Semua orang minatAku selalu dengar
Orang kata
Untungnya jadi pandai
Selalu jadi rujukanAku selalu dengar
Orang kata
Untungnya jadi kaya
Apa yang di inginkan
Pasti boleh dibeliTAPI
Orang selalu lupa
Bahawa setiap manusia
Ada kelebihan masing-masing
Cuma ada yang ditonjolkan
Ada yang tidakKadang luar cantik
Dalam buruk
Nampak pandai
Tapi tak cukup bijak
Jasmani kaya
Namun rohani miskinRenungkanlah sayang
Bersyukur dengan apa yang dikurniakan
Allah dah cipta kita
Sebaik-baiknya
KAMU SEDANG MEMBACA
Tinta Penulis Kerdil
PuisiAku tulis Bukan mengenai sesiapa Tapi mungkin sekadar luahan jiwa Mahupun rantaian kata -Kumpulan Puisi-