Di Bilik Kelab, (Saturday)
Chanyeol membuka lokernya. Dia terlihat sticky note yang berwarna hijau neon yang ditampal pada cermin lokernya. Dia membaca tulisan yang ditulis pada sticky note tersebut. Dia terdiam buat seketika.
"Yo Chan ! Kau nak singgah mana-mana ke sebelum balik rumah ?" Baekhyun menyapa Chanyeol sambil berjalan menghampiri lokernya yang bersebelahan dengan loker Chanyeol.
Chanyeol tidak menjawab sapaan Baekhyun sebaliknya dia bertindak menampal sticky note tadi pada dahi Baekhyun.
"Apa nih ?" Soal Baekhyun sambil mencabut sticky note itu lalu membaca tulisan yang tertulis padanya.
"Omo... Ini confession ke ? Siapa yang bagi kat kau nih ?" Baekhyun bertanya penuh berminat. Chanyeol sekadar menjongketkan bahu tanda tidak tahu.
"So kau nak kena jumpa secret admirer kau nih dulu la sebelum balik." Baekhyun berkata merujuk kepada tulisan pada sticky note tadi. Chanyeol hanya mengangguk.
"Woaa... Tak sangka betul iceberg macam kau nih pun ada awek sangkut." Ujar Baekhyun jujur. Chanyeol menghadiahkan jelingan maut terhadap Baekhyun.
"Okay la, okay la... Macam nih la, aku bagi kau tips sikit la, nak ?" Baekhyun menawarkan khidmat sebagai pakar cinta tak bertauliah. Chanyeol memandang Baekhyun tanda ingin tahu sambil menutup pintu lokernya.
"Haa... Nak tahu la tuh." Baekhyun sengaja mahu mengusik kawan baiknya itu. Chanyeol yang malas hendak melayan Baekhyun terus berlalu meninggalkan bilik kelab.
"Weyh Channie ! Aku gurau je la. Tunggu la kejap." Ujar Baekhyun separuh menjerit sambil menutup pintu lokernya lantas mengejar langkah Chanyeol.
"Aigoo... Merajuk ke nih ? Okay la, kali nih aku serius." Baekhyun berkata setelah berjaya menyaingi langkah Chanyeol.
Melihatkan Chanyeol yang tidak membalas kata-katanya, Baekhyun meneruskan jua niatnya dengan membisikkan sesuatu pada Chanyeol.
"Seminggu ? Lama betul." Ujar Chanyeol kurang yakin dengan bestfriend-nya itu.
"Ye la... Dalam seminggu tuh bolehlah kau perhatikan dia samada sesuai atau tak untuk dia jadi yeoja awek kau." Terang Baekhyun bagi meyakinkan Chanyeol yang ragu-ragu dengan ideanya.
"Okay, cool !" Balas Chanyeol bersetuju dengan idea Baekhyun. Baekhyun tersenyum bangga.
Di court basketball,
Seperti yang tertulis pada sticky note tadi, Chanyeol menunggu di court basketball manakala Baekhyun telah pulang ke rumah terlebih dahulu.
Tidak berapa lama kemudian, muncul seorang yeoja yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Oh Seung-Hee'. Keadaan menjadi awkward seketika.
"Emm... Boleh tak kau bagi aku masa untuk fikirkan hal nih?" Chanyeol berkata bagi menyelamatkan situasi awkward itu.
"Emm ? Owh... Okay." Seunghee membalas dengan reaksi agak terkejut kerana buat pertama kalinya dia berhadapan dengan Chanyeol.
"A week. Starting Monday. Okay ?" Chanyeol bertanya lagi.
"A week ? Emm... Okay." Seunghee bersetuju namun sedikit kecewa kerana dia merasakan seminggu itu satu tempoh yang cukup lama.
"Okay, I will looking forward for this matter." Ujar Chanyeol sambik berlalu meninggalkan Seunghee.
Seunghee sekadar mampu mengangguk lalu menghantar Chanyeol pergi dengan ekor matanya.
YOU ARE READING
[C] I Think I Love You! ↪ Chanyeol x Seunghee
Short Story+Kisah pasal Chanyeol yang dapat note cinta dari Seunghee. atas saranan Baekhyun, Chanyeol pun meminta Seunghee untuk berikan dia masa selama seminggu untuk fikirkan pasal confession Seunghee. Seminggu? Apa yang akan berlaku dalam tempoh tersebut...