Keesokan harinya, di hadapan Hyehwa Station, (Last Day - Sunday)
Seunghee setia menunggu Baekhyun di hadapan Hyehwa Station, seperti yang telah dijanjikan.
"Kau buat apa kat sini ?" Soal satu suara yang amat Seunghee kenali.
"Omo... Chanyeol-ssi. A..aku tunggu Baekhyun. Kami nak pergi beli stok air mineral kelab." Seunghee menjawab jujur.
"Baekhyun ? Dia cakap dia nak jumpa dengan aku kat sini." Ujar Chanyeol tenang.
Beberapa saat kemudian handphone Seunghee bergetar. Seunghee mengambil handphone-nya dari beg sandangnya lalu membaca mesej yang baru diterimanya.
Baekhyun
-> Seunghee, mianhaeyo. Aku tak dapat teman kau hari nih. So, aku mintak tolong Chan untuk gantikan tempat aku. Okay ?
Jantung Seunghee berdetak rancak setelah selesai membaca mesej dari Baekhyun yang menerangkan apa yang sedang berlaku kini.
"Baekhyun ?" Soal Chanyeol.
Seunghee mengangguk perlahan.
Melihatkan raut wajah Seunghee yang berubah, Chanyeol sudah dapat meneka bahawa semua ini merupakan rancangan Baekhyun.
'Yes !! Gomawo chingu !' Hati kecil Chanyeol bersuara.
"So..." Chanyeol tidak meneruskan kata-katanya sebaliknya menarik tangan kiri Seunghee supaya mengikutinya.
Seunghee yang terkejut dengan tindakan Chanyeol itu sekadar menurut.
Di And.Here Cafe,
"Wait a minute." Chanyeol berkata kepada Seunghee seraya menuju ke arah kaunter.
Seunghee setia menunggu di sebuah meja di sudut kafe.
Seketika kemudian Chanyeol datang dengan membawa dua regular cup berisi Ice Americano.
Chanyeol menghulurkan salah satu cup kepada Seunghee sebaik sahaja dia mengambil tempat berhadapan dengan Seunghee.
Kedua-dua mereka hanya mendiamkan diri. Ketika itu hanya kedengaran bunyi alunan muzik ballad yang sedia terpasang di kafe tersebut.
"Ha..hari nih... Last day, kan ?" Seunghee bertindak memulakan perbualan bagi menyelamatkan keadaan sebelum menjadi bertambah awkward.
Chanyeol terdiam. Hakikatnya dia sendiri sudah terlupa mengenai perkara tersebut.
"Emm..." Chanyeol membalas hambar.
"Seunghee-ssi... Aku--"
"Seunghee ?"
Sapa satu suara secara tiba-tiba sekaligus menghentikan kata-kata Chanyeol.
Seunghee dan Chanyeol memandang ke arah pemilik suara itu serentak.
Seunghee tersenyum ceria manakala Chanyeol mengetap bibir geram.
"Tak sangka boleh jumpa kau kat sini." Figura tinggi lampai yang dikenali sebagai 'Oh Se-Hun' itu berkata lagi sambil berjalan menghampiri meja yang diduduki oleh Seunghee dan Chanyeol. Seunghee tersenyum lagi. Chanyeol sudah tayang muka meluat.
YOU ARE READING
[C] I Think I Love You! ↪ Chanyeol x Seunghee
Conto+Kisah pasal Chanyeol yang dapat note cinta dari Seunghee. atas saranan Baekhyun, Chanyeol pun meminta Seunghee untuk berikan dia masa selama seminggu untuk fikirkan pasal confession Seunghee. Seminggu? Apa yang akan berlaku dalam tempoh tersebut...