Sehari kemudian, di bilik kelab, (First Day - Monday)
"Okay guys, hari nih aku ada pengumuman sikit." Suho selaku kapten pasukan bola keranjang sekolah mereka berkata sambil menepuk tangan bagi menarik perhatian anak-anak buahnya. Setelah semua ahli kelab mengambil tempat di hadapan Suho, Suho pun memulakan bicara.
"Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, our manager took a week off." Suho berkata dengan nada kecewa.
"Omo... Lagi berapa hari je lagi nak friendly dengan Kyeonggi Highschool. Boleh pulak dia cuti." Baekhyun menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
"Habis tuh, siapa nak uruskan urusan kelab ?" Chanyeol bertanya bagi pihak semua ahli kelab. Suho tidak terus menjawab sebaliknya mengukirkan senyuman penuh makna.
"Guys, aku perkenalkan..." Suho berkata seraya memandang ke arah pintu masuk bilik kelab.
"Annyeonghasibnikka..." Ujar seorang yeoja yang baru melangkah masuk ke dalam bilik kelab. Yeoja itu berdiri di sebelah Suho yakni di hadapan semua ahli kelab.
"Oh Seung-Hee ibnida. Sila berikan tunjuk ajar." Sambung yeoja itu lagi penuh bersemangat. Chanyeol sudah tayang muka tercengang manakala ahli kelab yang lain semuanya amat mengalu-alukan kedatangan 'cik pengurus gantian' itu.
"Waeyo ?" Baekhyun bertanya prihatin sambil mencuit bahu Chanyeol yang duduk di sebelahnya.
"Yeoja nih la..." Chanyeol memberitahu Baekhyun separuh berbisik.
"Omo... Are you sure ?" Baekhyun bertanya meminta kepastian.
"I'm very sure." Chanyeol menegaskan statement-nya sebentar tadi.
"So... lagi senang la kau nak perhatikan dia." Ujar Baekhyun. Kata-kata Baekhyun itu sedikit sebanyak membuatkan Chanyeol tenang.
"Okay la guys, lain kali je kalau korang nak berkenalan dengan lebih lanjut. For now... Everybody warm up ! We should practice for upcoming friendly game." Suho memberi arahan kepada anak-anak buahnya.
Tanpa bantahan semua orang pun mula bergerak keluar menuju ke court basketball.
"Seunghee-ssi you know what to do, right ?" Suho menyoal Seunghee.
"Nae !" Balas Seunghee ringkas namun penuh bersemangat.
Ketika Chanyeol berjalan keluar, secara tak sengaja matanya bertentangan dengan mata Seunghee. Chanyeol berpura-pura tiada apa yang berlaku, manakala Seunghee sudah melting dengan renungan mata Chanyeol.
"I'm going to work hard. Assa... Hwaiting Seunghee-ssi !" Seunghee berkata bagi memberi semangat kepada dirinya sendiri.
"Good luck !" Ujar satu suara yang amat familiar bagi Seunghee. Seunghee amat terkejut tatkala melihat pemilik suara yang husky lagi sexy itu. Chanyeol ! Chanyeol kemudiannya berjalan menghampiri Seunghee yang masih terpinga-pinga.
"Six days to go." Chanyeol berkata separuh berbisik. Seunghee terpaku. Chanyeol mengukir senyuman segaris seraya berjalan meninggalkan Seunghee yang masih dalam mode terkejut.
YOU ARE READING
[C] I Think I Love You! ↪ Chanyeol x Seunghee
Short Story+Kisah pasal Chanyeol yang dapat note cinta dari Seunghee. atas saranan Baekhyun, Chanyeol pun meminta Seunghee untuk berikan dia masa selama seminggu untuk fikirkan pasal confession Seunghee. Seminggu? Apa yang akan berlaku dalam tempoh tersebut...