Bab 24

6.2K 226 1
                                    

Bahagia rasanya apabila dapat pulang ke tanah air. Setelah 5 tahun menanggung perasaan rindu kepada keluarga, kawan dan seseorang itu. Hanya komunikasi menggunakan telefon bimbit sahaja dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tapi bukan 'orang itu'. Semenjak hari pertama di negara orang, tidak sesekali pun 'orang itu' menghubunginya, membuatkan perasaannya ragu untuk mempercayai kata-kata 'orang itu' 5 tahun yang lalu. Adakah 'orang itu' sudah tidak sanggup menunggunya selama 5 tahun. Tergiang-ngiang kata-katanya semasa dia inhin berangkat.

"Kalau awak betul-betul cintakan saya. Tunggu saya balik dari London itu pun kalau awak sanggup." Ujarnya kepada 'orang itu'. Dia melihat orang yang berada dihadapannya hanya mengangguk.

"Saya akan tunggu awak." Ringkas sahaja jawapan itu tapi cukup bermakna kepadanya.

Dia duduk berseorangan menunggu siapa yang akan mengambilnya di KLIA ini. Setengah jam dia menunggu, tidak dia lihat orang yang akan menjemputnya.

"Hana?" Tegur seseorang. Hana menoleh kemudian mengangguk perlahan kepada lelaki dihadapannya yang mengenakan cermin mata hitam dan baju pejabat yang dilipat hingga ke siku. Sangat sesuai dengannya yang segak, tidak terlalu sado, rambutnya yang sengaja didirikan seperti jejaka korea, dan mukanya memang seperti china atau korea.

Hana merenung wajah itu. Macam familiar muka mamat ni. Getus Hana.

"Kenapa renung saya macam tu. Handsome sangat ke?" Soal lelaki itu kepada Hana. Segera Hana melarikan matanya. Dan suara tu, macam suara 'dia'. Tapi tak mungkin muka dia lain sikit. Hana masih bermonolog dalam hati.

"Jomlah. Ibu dengan abah awak dah tunggu. Mari sini saya bawakan beg awak." Lelaki itu menarik beg yang dibawa Hana. Hana hanya mengikut jejak langkah lelaki itu sehingga sampai dihadapan kereta mewah. Mereka berdua masuk kedalam perut kereta.

"Awak tidurlah dulu. Nanti sampai Perak saya kejutkan awak." Ujarnya lagi. Hana hanya diam. Hana tak kenal aku ke? Bisik lelaki itu. Dalam perjalanan Hana sudah terlelap.

"AWAK bangunlah kita dah sampai ni." Lelaki itu hanya menyentuh bahu Hana. Hana bangun terpisat-pisat, terasa sekejap sahaja dia terlelap meskipun perjalan KL ke Perak kira-kira 2 jam.

Hana segera keluar dari kereta lalu membuka bonet kereta untuk mengambil begnya. Belum sempat dia mengangkat bagasinya keluar, tangan lelaki itu terlebih dahulu mengangkat bagasinya. Hana hanya mengeluh.

Dia berjalan mengikut langkah lelaki itu, dia melihat dimuka pintu sudah berdiri keluarganya. Wajah yang dirindukan Ibu dan abahnya, mak ayah Farid, kedua abangnya serta dua orang wanita yang mnedukung mendukung budak kecil yang hampir sebaya.

Hana meliarkan mata mencari seseorang taoi hampa, batang hidung orang itu langsung tidak dia lihat. Hana berjalan mendekati keluarganya.

"Macam mana kat sana ok?" Tanya Puan Tania apabila tangannya sudah disalam oleh Hana. "Alhamdulillah ok bu. Rindunya kat ibu dan abah." Ujar Hana lalu memeluk kedua orang tuanya. Kini dia menyalami tangan orang tua Dani.

"Welcome home our little sister." Ujar Idham dan Adif serentak lalu mencium dahi adik kesayangan mereka. Hana tersenyum gembira. Dia mengalihkan wajah kepada dua orang bayi yang didukung oleh dua wanita.

"Ni ke anak buah Hana?" Soal Hana lalu mendekati mereka. Dua wanita itu mengangguk serentak.

"How cute. Sorry Sarah, kak Nurul sebab tak ada masa wedding korang." Ujar Hana lalu mencium anak buahnya itu. Idham dan Adif dapat kahwin serentak 4 tahun yang lalu. Idham kahwin dengan Sarah, Adif kahwin dengan Nurul.

"Dah jom masuk. Buat drama jejak kasih pulak kat sini." Ujar Idham disambut tawa oleh mereka semua.

"Dani, apa tercegat kat luar tu. Mari masuk." Jerit Puan Tania dari ruang tamu. Hana yang kebetulan paling belakang menoleh belakang melihat gerangan siapa yang dipanggil 'Dani' oleh ibunya.

Ku Pilih HatimuWhere stories live. Discover now