Bab 9

7.1K 250 1
                                    

Setelah berpuas hati dengan penampilan diri Hana mencapai beg kemudian turun menuju dapur. Hana melihat Sarah meletakkan dua mug yang berisi air nestum.

"Morning." Ucap Hana lalu duduk di sebuah kerusi. Dicicipnya sedikit nestum itu lalu mencapai roti yang disapu dengan kaya.

"Morning too." Sarah juga duduk berhadapan dengan Hana. Sambil itu mereka berdua berbual.

Setelah mereka menghabiskan makanan mereka berdua memandu kereta masing-masing menuju Sekolah Menengah St. Johny.

SAMPAI di tempat parkir sekolah Hana masih berdiam diri di dalam kereta menunggu Sarah. Dia merasakan tangannya sudah sejuk.

"Aduh.. nervous pulak. Janganlah.. Astaghfirullahalazim." Ucap Hana.

Hana berzikir dalam hati. Tiba-tiba pintu keretanya diketuk. Hana melihat Sarah berdiri di luar. Dia mengambil mengambil beg lalu keluar dari kereta.

"Kau dari mana?" Soal Hana.

"Tadi aku singgah kedai top up kejap. Jom masuk." Ujar Sarah.

Sebelum masuk Hana menarik nafas. Sarah sudah ketawa terkekeh. "Kau ni Hana.. baru nak jumpa murid dah macam ni belum lagi kalau jumpa bakal mak mertua." Hana mencubit pinggang Sarah.

"Auch.. dah jom masuk." Mereka berdua beriringan masuk dalam. Bismillahirahmanirahim. Ucap Hana dalam hati.

SEMASA perhimpunan diadakan Hana mengingati perbualannya dengan Sarah semasa sarapan pagi tadi.

"Oh ya. Sarah kau cakap kat aku kau nak ceritakan pasal sekolah tu?" Ujar Hana sambil menyuap roti kedalam mulutnya.

"Apa yang kau nak tahu?"

"Hmm.. kenapa perhimpunan kat gelanggang. Muat ke semua kelas?"

"Muatlah. Sekolah tu ada dua sesi. Satu sesi pagi dan satu lagi sesi petang. Sesi pagi untuk murid tingkatan tiga sampai tingkatan enam."

"Sesi petang?"

"Aku belum habis lagilah. Sesi petang tu murid tingkatan satu dengan dua." Ujar Sarah. Hana mengangguk.

"Jadi aku ni sesi pagi dengan petang lah."

"Taklah, kau tu guru sesi pagi. Cikgu pun ada sesi tau! Sesi pagi dengan petang." Ujar Sarah.

"Jadi kau ni sesi pagi lah ni?"

"Eh tak. Aku dua-dua sesi. Aku kan kerani sekolah." Ujar Sarah.

"Saya nak perkenalkan pada kamu semua guru yang akan menggantikan cikgu Salmah selama tiga bulan. Cik Hana Dhiya." Ujar pengetua sekolah iaitu Mr. Lee Chin Hui. Hana tersentak apabila dia mendengar namanya dipanggil.

"Hana berdiri!" Ujar Nurin guru yang mengajar subjek BI dan PSV. Hana dengan segera berdiri sambil tersenyum tapi senyumannya mati apabila dia nampak seperti orang yang sangat dikenalinya duduk di antara murid tingkatan enam. Mata mereka bertentangan, Hana segera melarikan matanya.

Hana duduk perlahan-lahan. "Dani..." Bisik Hana tapi masih mampu didengari Nurin.

"Awak kenal Dani ke Hana?" Soal Nurin.

Ku Pilih HatimuWhere stories live. Discover now