Bab 33

6.4K 197 15
                                    

"Kahwin dengan Kayla." Wajah Hana serius merenung Dani.

"Hana!" Mereka semua menjerit nama Hana kecuali Dani dan puan Lina. Mereka terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Hana.

"Apa ni, Hana, Dani?" Idham melihat Hana dan Dani silih berganti.

"No, saya takkan kahwin dengan dia." Bantah Dani dia masih kaku berdiri di tempat yang sama. "So, if you not marry her. Awak nak tanggung dosa hari-hari, dan buat lagi?" Air mata Hana sudah mengalir.

"Saya tak pernah buat. It's the first time." Dani mendekati Hana. "Nope! It not the first time. Leher! Leher dia awak yang buatkan?" Mereka disitu hanya terpinga-pinga tidak mengerti apa yang terjadi. Hanya puan Lina sahaja yang kusyuk dengan cucu pertamanya yang belum di beri nama.

"Okay fine I admit I'm doing that. But Hana please. Saya tak nak kahwin dengan dia." Dani memegang tangan Hana. Hana tidak menepis dia hanya membiarkan. Dia menyeka air matanya sendiri.

"Saya bagi awak dua pilihan sama ada awak kahwin dengan Kayla atau.." Hana terhenti seketika dia melihat semua orang yang disekelilingnya kemudian kembali merenung Dani.

"Kahwin dengan dia atau ceraikan saya." Ujar Hana merenung jauh ke dalam mata Dani. Dani juga mula menitikkan air mata sambil menggelengkan kepala. Hana menarik tangannya dari genggaman Dani.

"Fikir dulu. Kalau awak dah ada jawapan baru awak masuk jumpa saya. Jangan jumpa saya atau masuk dalam bilik ni kalau awak tak ada jawapan." Ujar Hana lalu mengambil anaknya dari puan Lina.

"Sebelum tu saya nak bagi tahu, nama anak saya dah ada, nama dia Daniel Haziq, Daniel Haziq bin Dani Hakim. Sebelum awak keluar dari bilik ni awak azankan Daniel dulu." Ujar Hana lalu menyerahkan Daniel kepada Dani. Dani mengambil Daniel dikucup dahi anaknya sebelum dia mula membisikkan azan ditelinga kecil Daniel.

Mereka yang berada di situ hanya memandag sayu. Idham bangga dengan adiknya walaupun Hana marah pada Dani tapi Hana masih mengingati tanggungjawab kepada Daniel dan suaminya.

Sesudah itu Dani merenung wajah anaknya, wajah Daniel hampir sama dengan wajahnya. Maafkan daddy sayang. Daddy dah kecewakan mummy. Bisik Dani lalu mencium dahi Daniel. Dia menyerahkan Daniel kepada Hana.

"I'm sorry sayang. I love you, I love you so much." Dani sempat berbisik kepada Hana lalu mencium dahi Hana. Hana hanya mampu menangis. Dengan berat langkah Dani terpaksa keluar dari wad Hana.

Idham mengikuti Dani keluar begitu juga dengan Adif. Sarah dan Nurul juga mengikut apabila Hana menyuruh mereka keluar mengikut Idham dan Adif. Dia tahu abang-abangnya macam mana.

"Mak, balik dulu ya Hana. Nanti mak datang dengan ayah. Mak harap Hana tarik balik kata-kata Hana tadi. Mak pun kecewa dengan Dani." Ujar puan Lina lalu keluar dari wad Hana. Semua sudah keluar dari wad tinggal Hana bersendirian di situ.
Dia mencium dahi Daniel.

"Mummy minta maaf sayang." Ujar Hana lalu menangis teresak-esak.

ADIF menarik leher baju Dani. "Apa yang Dani buat kat Hana?" Soal Adif. "Abang! Janganlah macam ni. Kita cakap baik-baik." Nurul memegang tangan suaminya. Mendengar pujukan Nurul Adif segera melepaskan Dani.

"Dani, cerita apa yang dah jadi? Kenapa Dani mesti kahwin dengan Kayla?" Nurul bertanya tapi Dani hanya menggeleng sambil menangis.

"Along rasa baik Dani kahwin dengan Kayla." Idham bersuara. "Tak nak along. Dani tak nak." Dani bersuara perlahan.

"So, Dani nak ceraikan Hana?" Dani menggeleng. "Then married with Kayla." Ujar Idham lagi. Sarah masuk ke dalam wad Hana.

"Along dengan angah tak apa-apakan Dani kan?" Soal Hana dia meletakkan Daniel di katil bayi yabg berkaca itu.

"Tak. Han, kau cerita dengan aku apa dah jadi." Sarah duduk di birai kati Hana. Air mata Hana jatuh lagi.

"Sarah, dia curang dengan aku. Dia kiss Kayla. What will you do if you see your husband kiss with others girl?" Sarah terkejut mendengar kata-kata Hana. "Dia kiss Kayla? Kat pipi?" Soal Sarah lalu memeluk Hana. Hana menggeleng.

"Lips." Sarah menenangkan Hana. "Empat bulan yang lalu. Pagi yang Dani dah pergi kerja, Kayla keluar bilik dia, aku ada nampak love bite kat leher dia, tapi dia kata dia garu leher dia kuat sangat sampai jadi macam tu. Apa salah aku Sarah? Kenapa Dani buat aku macam ni?" Ujar Hana teresak-esak.

"Actually Hana, empat bulan yang lalu yang kitorang pergi rumah kau, masa aku nak pergi tandas aku ada dengar Dani minta maaf kat Kayla. Dia suruh Kayla lupakan apa yang jadi dan buat macam tak pernah berlaku. Waktu tu juga aku tanya kau tak rasa Dani ada sembunyikan sesuatu. Aku minta maaf sebab baru bagitahu kau sekarang." Ujar Sarah panjang lebar.

"Tak apalah benda dah jadi. Aku tak boleh buat apa-apa dah" Hana melepaskan tangisannya kepada Sarah. Sarah juga turut menangis.

KEESOKANNYA Dani masuk ke wad Hana memandangkan tiada siapa di dalam wad itu. "Dah ada jawapan?" Soal Hana yang sedang menyusukan Daniel.

Dani mengangguk. "Saya akan kahwin dengan Kayla. But it's for you and Daniel, saya tak nak awak jauh dari saya lagi." Ujar Dani. Hana memejamkan mata sungguh pahit untuk ditelan kebenaran itu. Dia akan bermadu. Dani hanya memerhatikan tingkah laku Hana. Hana meletakkan Daniel yang sudah tidur di katil kecil bersebelahannya.

Tanpa dapat ditahan air mata Hana jatuh. Dani mendekati Hana lalu dia memeluk Hana, Hana tidak membalas pelukan Dani.

"Dani apa salah saya? Kenapa awak buat saya macam ni?" Hana memukul perlahan dada Dani. Syafiq dan Fazrina yang baru masuk terkejut dengan adengan Dani dan Hana mereka berdiri di pintu memmerhatikan pasangan itu, mereka juga tertanya-tanya apa terjadi.

"Awak tak salah apa-apa. Saya yang salah, saya tak tahu macam mana semua tu boleh jadi. Semua tu jadi terlalu cepat. I'm sorry sayang. I'm so sorry." Dani mengucup dahi Hana. Kerana penat menangis Hana tertidur dalam dakapan Dani.

"Kitorang ganggu ke?" Soal Syafiq. Dani menoleh kemudian menggeleng. Dengan perlahan dia membaringkan Hana.

"Masuklah." Pelawa Dani. Syafiq mendekati Dani manakala Fazrina mendekati bayi lelaki yang aedang tidur. "Siapa nama dia?" Soal Fazrina.

"Daniel Haziq" Jawab Dani. Dia dan Syafiq duduk di sofa. "Apasal muka kau ni macam mayat hidup? Mata kau macam zombi dah aku nampak." Ujar Syafiq tergelak. Dani mengeluh kemudian melihat Hana yang tidur lena.

"Kau ada masalah ke?" Soal Syafiq gelaknya mati. Dani mengangguk kemudian meraup rambutnya, dia menangis lagi. Buat masa ini dia membuang perasaan malunya. Fazrina duduk berdekatan mereka berdua.

"Nampak gaya kau ni. Masalah kau besar sangat." Fazrina bersuara.

"Aku kena kahwin." Ujar Dani. "What?!" Soal Syafiq dan Fazrian serentak. "Janganlah jerit. Aku TERpaksa kahwin." Perkataan ter itu ditekan

"Dengan siapa? Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Syafiq. Dani menceritakan satu persatu kepada Syafiq dan Fazrina.

"Memang besar masalah kau bro. Kalau aku mungkin aku tak bagi pilihan aku terus minta cerai. Aku salute dengan Hana, dia tak terus melenting dia bertanggungjawab. Macam manalah kau boleh buat macam tu? Kalau aku dapat isteri macam Hana aku takkan kecewakan dia." Ujar Syafiq.

"Semua tu jadi tiba-tiba. Aku tak pernah sayang atau cinta dengan Kayka. Aku cuma ada perasaan kesian dekat dia. Simpati."

"Kalau kau tak sayang, kau tak cinta macam mana kau boleh kiss dia sekali dengan love bite tu?" Kali ini suara Fazrina yang kedengaran.

"Kan aku dah bagitahu aku cuma simpati dnegan dia."

"Simpati sampai macam tu sekali?" Soal Fazrina lagi. Dani mengeluh. "Sabar bro." Syafiq menepuk bahu Dani. Dani merenung Hana.

"Aku tak nak kehilangan Hana Fiq, aku takut dia tinggalkan aku. Aku sangat cintakan dia, aku sayang dia." Air mata Dani jatuh lagi. Fazrina menahan lagi, hatinya sakit mendengar luahan hati Dani. Dani menangis kerana seorang perempuan.

Okey guys vote & komen ya.









Ku Pilih HatimuWhere stories live. Discover now