Bab 2: Tiba di Eshtimara

37 6 0
                                    

"Puan ada kenalan di Voldora?" Tanya pemuda itu.

"Tak perlulah nak panggil saya puan, hanya Merizsa"

"Oh kalau macam itu , Merizsa , saya rasa puan bukan dari Voldora kan?"

"Hahaha , awak saja pun boleh , ya saya bukan dari Voldora" jawab Merizsa.

"Kalau begitu mengapa pergi ke Voldora?"

"Saya ingin memulakan hidup baru di sana"

"Mengapa puan...."

"Panggil saja awak" kata Merizsa.

"Mengapa awak ke Voldora dengan berjalan kaki di padang pasir ini .Tambahan pula dengan 2 orang anak yang masih kecil? Awak tidak takut keselamatan awak dan anak anak awak ?" Tanya pemuda itu "tapi tak mengapa , awak dan anak anak awak kini selamat"

"Terima kasih banyak banyak , oh sebelum itu , siapa nama tuan?"

"Sepatutnya saya memperkenalkan diri awal awal lagi , Saya Eshmeir".

"Saya Watts Rachel Merizsa , boleh panggil saya Merizsa, dan anak sulung saya Azrim namanya yang kecil ini Iyas"

"Gembira dapat berkenalan dengan kamu semua"

Setelah beberapa jam dalam perjalanan Eshmeir lalu bersuara
"Nampaknya kita telah sampai di Eshtimara!" Kata Eshmeir "kita rehat di sana dahulu ya, di sana aman ,kerana kini musim bunga".

"Eshmeir" panggil Merizsa"ini sahaja yang saya mampu terimalah 25 Voyard ini"

"awak, awak simpanlah" kata Eshmeir "mungkin awak boleh gunakan untuk anak anak awak"

"Eshmeir , awak memang baik hati"

"Awak lebih memerlukan daripada saya" kata Eshmeir "kalau perlukan bantuan, awak boleh jumpa saya atau kita jumpa di sini"

Mereka berpisah di pintu masuk kota Eshtimara yang indah itu.

"Mama, Azrim laparlah mama"

"Baiklah Azrim" kata Merizsa "kita akan beli makanan"

"Beli makanan?! Yay! Yay! Beli makanan!" Kata Azrim dengan nada yang penuh dengan kegembiraan.

Sekali lagi Merizsa mengalirkan air matanya , kali ini kerana terlalu gembira . Mereka membeli makanan dan merehatkan badan ni salah satu pondok yang terletak di tepi tepi taman bunga yang indah ,tiba-tiba Merizsa ternampak seorang pengemis di taman bunga itu Merizsa menyuruh Azrim memberikannya sedikit wang.

"Pak cik , terimalah 10 Voyard ini" kata Azrim.

"Terima kasihlah nak" kata pengemis itu mesra "anak ini tidak ada ibukah?"

"Ibu saya sedang duduk dan merehatkan diri di pondok itu" jawab Azrim sambil menunjukkan jarinya ke arah Merizsa.

"Alangkah beruntungnya dia dapat anak seperti kamu, kamu akan membesar dengan sempurna dan akan berbakti kepada ibu kamu" kata pengemis itu "siapa nama kamu?"

"Saya Azrim"

"Terima kasih Azrim" ucap pengemis itu.

"Pak cik saya minta diri dulu ya" kata Azrim hormat

"Baiklah"

Selepas semua selesai mereka bertemu kembali di pintu masuk kota Eshtimara.

"saya rasa macam saya tidak akan jumpa awak lagi" kata Merizsa gembira.

"Nampaknya awak dan anak-anak awak sudah kembali bertenaga" kata Eshmeir "tapi.....keadaan semakin gelap kita tidak boleh meneruskan perjalanan"

"Di mana kita boleh bermalam?"kata Merizsa gelisah dia merapatkan Azmin ke sisinya.

Iyas Mirza : Watts Rachel MerizsaWhere stories live. Discover now