Bab 6- kematian Eshmeir

18 6 0
                                    

Selepas 10 hari bertolak dari Moldora , akhirnya , Merizsa , Eshmeir , Iyas dan Azrim sampai ke Voldora.

Eshmeir merupakan lelaki yang kaya , dia membeli sebuah rumah untuk keluarganya.
Di belakang rumah Merizsa ada hutan kecil dan rumah usang yang sudah lama di tinggalkan.

Merizsa meminta Eshmeir untuk berpindah atau memilih rumah lain kerana Merizsa dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Tetapi Eshmeir tetap juga mahu menetap di situ dengan alasan sukakan suasana yang aman.

Merizsa tidak lagi dihantui oleh lembaga wanita sebelum ini. Kini perutnya sarat mengandung anaknya yang ketiga.

Pada 12 November ... Eshmeir dihinggapi satu penyakit misteri , tetapi Eshmeir tetap tabah mencari nafkah untuk keluarganya yang tercinta walaupun pada asalnya dia seorang yang kaya.

Di sana terdapat saudara Azrim belah Merizsa iaitu anak kepada Naomi iaitu kakak Merizsa. Naomi mempunyai 2 anak , seorang perempuan dan seorang lagi lelaki ,,, namanya Fara dan Yaziv . Naomi juga telah meninggalkan dunia.

21 Disember- Kelahiran anak yang ketiga hampir hampir sahaja lagi, tetapi kesakitan yang menghinggapi suami kedua Merizsa sudah hampir hampir membawanya bertemu dengan ajal kematian.
Penyakit Eshmeir tidak sembuh sembuh walaupun telah diubati oleh beberapa doktor.

Selama hidup Merizsa bersama dengan Eshmeir , hidup mereka aman bahagia , mereka berdua tidak pernah bergaduh.

Eshmeir mula lemah ketika 16 December, kesakitan Eshmeir membuatkan Merizsa lebih berduka cita kerana Eshmeir baru setahun bersamanya.

Mojoriti fahaman di Voldora adalah Hurri namun fahaman Syra ramai di sini.
Fahaman Rasyar pula terlalu sedikit kerana ramai yang percaya Air Rasyar telah pupus setelah kematian Atrit dan juga Avock di Zaezarel.

Panggilan bagi ketua puak atau fahaman Hurri adalah Her dan kepalanya Herra manakala bagi ketua fahaman Syra dipanggil Sir dan kepalanya Sira.

21 Januari ( tahun selepas itu ) adalah hari yang sedih dan penuh duka cita bagi Merizsa , hari itu adalah hari kematian Eshmeir......

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Zawaf al israel
Nama sebenar: Zawaf
Lahir: Zaezarel @ Parost
Keturunan: Air Rasyar dan Israel
Gelaran: al israel
Kelebihan: membunuh Syruce
Hidup: zaman raja Genot dan raja Kazama.

Ayahnya Amaruld yang berketurunan Israel manakala ibunya Hayarus adalah kakak kepada Hazma Arkiri.

Zawaf berkhidmat kepada putera Kazama dan putera Hazama sejak berusia 6 tahun lagi.

Pada usia 10@12@13@14 tahun , Zawaf berjaya merampas tahta daripada raja Kazama dengan menipu rakyat jelata dengan mengatakan bahawa raja Kazama telah mati.

Kerajaan Zawaf al israel hancur dilanda taufan di All Alam , sejak daripada itu , mereka berhijrah ke Milikin ( sekarang Zaezarel ).

Zawaf al israel juga merupakan pemimpin utama fahaman Hurri.

________________________________

Hazma Arkiri
Nama sebenar: Hazma Arkiri
Lahir : All Alam
Keturunan : Air Rasyar
Gelaran : Hamza
Kelebihan :
Mempunyai otak yang cerdas
Pandai
Menghinggapi penyakit koma kekal
Hidup: zaman raja Kai , raja Kirsyar ( sezaman ) dan zaman raja Zawaf al israel.

Hazma Arkiri merupakan pemimpin utama fahaman Rasyar.

Hazma Arkiri pernah difitnah berzina dengan saudaranya sendiri iaitu Gasha, dan dihukum rejam.

Pada batu terakhir Hazma Arkiri jatuh pengsan dan akhirnya tersedar kembali pada zaman Zawaf al israel , selepas peperangan dengan Syruce.

Tubah Hazma Arkiri masih muda dan sihat seperti orang tang berusia 25 tahun.

Apabila mendapati Zawaf menipu rakyatnya dan memporak perandakan Ferozuni , Hazma Arkiri bangkit menentang...

Kesimpulan: Syruce bermusuhan dengan Air Rasyar , khususnya golongan raja Gara dan Hazma Arkiri kecuali Zawaf al israel. Zawaf al israel pula bermusuhan dengan Hazma Arkiri kerana menentangnya ,,,, permusuhan ini kekal sehingga muncul kembali Syruce di Ferozuni.
Permusuhan ini diteruskan oleh pengikut pengikut masing masing ........

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Iyas Mirza : Watts Rachel MerizsaWhere stories live. Discover now